Menu Bola

Borang Permohonan Online Dana Terengganu iDANA 2019

10:51 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 17 May 2019 jam 06:43 AM oleh GC.editor

Kerajaan Negeri Terengganu telah meluluskan bantuan untuk rakyat negeri Terengganu atau lebih dikenali dengan nama iDANA. Bantuan ini diwujudkan untuk membantu golongan seperti ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan orang miskin. Pemohon boleh membuat semakan kelayakan seperti yang tertera di laman sesawang rasmi iDana Terengganu. Bagi memudahkan rakyat untuk membuat permohonan, kerajaan negeri Terengganu telah mewujudkan sistem online untuk membuat permohonan.

Antara sebab lain kerajaan Negeri Terengganu mewujudkan permohonan online ini adalah untuk memastikan data-data pemohon diperoleh secara efisyen. Dalam sistem online ini kerajaan Negeri Terengganu telah menghimpunkan semua jenis bantuan yang diberikan kerajaan negeri seperti Dana Hari Raya, Transformasi Orang Muda (TOM – Bakti Remaja) dan Bantuan Persekolahan. Selain itu, permohonan juga boleh dilakukan secara manual. Caranya adalah dengan hadir ke mana-mana Pusat Bestari di DUN masing-masing.

Melalui bantuan ini, kerajaan negeri berharap dapat membantu golongan yang memerlukan terutama ketika masa ekonomi yang tidak menentu kini. Dengan harga barang yang meningkat diharap dapatlah meringankan beban rakyat Terengganu. Setiap permohonan yang diluluskan akan dimaklumkan dan bantuan akan disalurkan secepat yang mungkin.

PERMOHONAN BANTUAN iDANA TERENGGANU 2019 SECARA ONLINE

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan, kategori permohonan dan syarat am kelayakan permohonan sebagai panduan rakyat Terengganu yang ingin membuat permohonan:

GC Icon
Permohonan Online Dana Terengganu 2019
PERMOHONAN DANA TERENGGANU SECARA ONLINE
Sila layari pautan di bawah untuk membuat permohonan dana Terengganu:

BORANG PERMOHONAN ONLINE DANA TERENGGANU (iDANA) 2019

No 1Semakan-Pemohon boleh membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang semak
No 2Pilihan bantuan-Sila pilih senarai bantuan yang diinginkan dan pemohon hanya boleh memilih bantuan yang dibenarkan sahaja
No 3Syarat kelayakan-Senarai syarat kelayakan akan dipaparkan dan pemohon hendaklah bersetuju dengan syarat tersebut untuk membuat permohonan
No 4Mohon-Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mengisi semua maklumat bertanda (*)
No 5Pengesahan-Pemohon hendaklah mengesahkan dan bertanggungjawab ke atas maklumat yang diberikan adalah benar
No 6Cetak permohonan-Pemohon hendaklah membuat cetakan permohonan berserta dokumen yang diperlukan dan serahkan kepada JKKK untuk pengesahan. Pemohon akan menerima akuan terima permohonan daripada JKKK sebagai bukti permohonan telah diterima dan disahkan
PERMOHONAN BANTUAN iDANA TERENGGANU SECARA MANUAL
TickPermohonan boleh dibuat secara manual dengan pemohon perlu menghadirkan diri ke Pusat Bestari.com yang berdekatan DUN masing-masing. Maklumat dan alamat BESSCOM di seluruh Terengganu boleh dirujuk di pautan di bawah
Klik LinkPUSAT BESSCOMM
KATEGORI PERMOHONAN DANA TERENGGANU DAN JUMLAH BANTUAN
No 1Dana Raya
KATEGORIJUMLAH BANTUAN
Orang Kurang Upaya (OKU)
RM200
Warga emas
RM200
Bapa atau ibu tunggal yang tiada anak
RM200
Orang miskin
RM200
Klik LinkMaklumat Terkini Permohonan Dan Tarikh Pembayaran Bantuan Raya Aidilfitri 2019
No 2Bakti Remaja (BR)
Belum berkahwin yang berumur 21 hingga 40 tahun
RM200
No 3Bantuan Persekolahan
Bantuan kepada anak yang bersekolah (Maksimum 2 anak sahaja)
RM100
SYARAT AM KELAYAKAN
Berikut adalah syarat am kelayakan permohonan iDANA untuk semua kategori permohonan:
No 1Pemohon mestilah rakyat negeri Terengganu atau telah bermastautin di negeri Terengganu lebih 10 tahun dan mendapat perakuan daripada pengerusi JKKK
No 2Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu sertakan perakuan pendapatan yang disahkan oleh pengerusi JKKK atau penghulu mukim
No 3Pemohon mestilah pengundi berdaftar negeri Terengganu
No 4Pendapatan ketua isi rumah mesti tidak lebih daripada RM1,100 sebulan (Dana Raya Aidilfitri), RM2,000 sebulan (Bakti Remaja – BR) dan RM2,500 sebulan untuk Bantuan Persekolahan
No 5Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak
No 6Kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menolak permohonan dan meminda syarat di atas tanpa sebarang notis
Klik LinkSyarat-syarat kelayakan permohonan mengikut kategori
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut sila klik pautan di bawah:
Klik LinkManual Pengguna
Klik LinkSoalan Lazim (FAQ)