Hari guru 16 Mei 2019 tema koleksi kad ucapan selamat hari guru

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Seperti biasa tarikh keramat 16 Mei datang lagi pada tahun ini sebagai memenuhi salah satu hari dalam kalendar harian kita dan sekali gus menandakan hari yang telah dimasyhurkan sebagai Hari Guru di Malaysia.

Pendidik adalah individu paling penting sebagai pembina negara bangsa, justeru Hari Guru diraikan bagi menghargai jasa mereka.

Sambutan Hari Guru tahun 2019 kali ke 48 akan diadakan pada 16 Mei 2019 di Spice Arena, Pulau Pinang dan bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Peranan guru kini menjadi lebih mencabar dan kompleks dalam dunia globalisasi tanpa sempadan dengan teknologi yang sentiasa berubah yang memerlukan para pemimpin, profesional, pengurus dan pekerja yang bukan sahaja mahir dan berpengetahuan tinggi tetapi juga bertaraf dunia, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, pengetahuan teknologi dan kemahiran komunikasi yang berkesan.

Guru adalah satu profesion yang mulia kerana mereka pendidik ge­nerasi akan datang. Oleh itu, guru adalah tonggak dalam pembangun­an negara, terutama bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

TEMA SAMBUTAN HARI GURU 16 MEI 2019 DAN KOLEKSI KAD UCAPAN SELAMAT HARI GURU

Sempena Hari Guru, adalah tidak cukup sekadar mengucapkan terima kasih. Guru bagaikan lilin membakar diri menerangi kehidupan insan yang bergelar pelajar. Jasa dan pengorbanan guru meletakkan mereka di kedudukan tinggi dalam masyarakat, dihormati dan disegani.

Tema merupakan salah satu unsur yang sangat penting dalam sesuatu kempen agar kewibawaan, konsep dan motif yang direncanakan dapat dihayati dengan cepat dan penuh berprestij oleh rakyat Malaysia.

Berikut merupakan tema sambutan Hari Guru di Malaysia bagi tahun 2019 dan juga senarai tema sambutan hari guru bermula dari tahun 1972 sehingga tahun 2018.

GC-Icon
tema-hari-guru
TEMA DAN LOGO SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2019
TEMA : “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”
logo-tema-hari-guru-2019
SENARAI TEMA SAMBUTAN HARI GURU MALAYSIA
Tahun Tema
2018 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
2017 Guru Pembina Negara Bangsa
2016 Guru Pembina Negara Bangsa
2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
KOLEKSI TERKINI KAD UCAPAN HARI GURU BUATAN SENDIRI
kad-ucapan-hari-guru-1
kad-ucapan-hari-guru-2
kad-ucapan-hari-guru-3
kad-ucapan-hari-guru-4
kad-ucapan-hari-guru-5
kad-ucapan-hari-guru-6
kad-ucapan-hari-guru-7
kad-ucapan-hari-guru-8
Close