Menu Bola

Cara Semak Kadar Tol Lebuhraya Malaysia Secara Online

13:01 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 11 November 2019 jam 12:44 AM oleh GC.editor

Kemudahan lebuhraya merupakan satu bentuk kemudahan yang menghubungkan satu kawasan ke satu kawasan yang lain bertujuan untuk memendekkan masa perjalanan. Terdapat lebih kurang 30 konsesi lebuhraya di Malaysia dan kebanyakkan daripadanya berada di Lembah Klang. Lebuhraya atau Highway ini akan menjadi bertambah sibuk apabila tibanya musim perayaan di mana rata-rata pengguna jalan raya akan pulang ke kampung halaman atau pergi bercuti.

Contoh lebuhraya utama di Malaysia adalah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Lebuhraya KL-Karak, Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Link kedua dan Jambatan Pulau Pinang. Kadar bayaran tol untuk setiap lebuhraya berbeza mengikut konsesi lebuhraya dan juga kelas kenderaan.

Jika anda ingin membuat semakan kadar bayaran tol, anda boleh berbuat demikian secara atas talian sebelum anda memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi yang ingin dituju. Selain daripada dapat menyediakan bajet perjalanan ia juga dapat membantu anda menyediakan baki wang yang secukupunya di kad Touch n Go anda sebelum perjalanan dimulakan.

Aplikasi online ini telah dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bertujuan memudahkan pengguna jalanraya membuat semakan kadar bayaran ke destinasi di lebuhraya seluruh Malaysia. Selain itu, terdapat juga info-info lain seperti live kesesakan lalu lintas yang dikemas kini oleh LLM.

CARA SEMAK KADAR HARGA TOL LEBUHRAYA DI MALAYSIA SECARA ATAS TALIAN/ ONLINE

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat semakan secara online kadar harga tol di lebuhraya di Malaysia bagi memudahkan perjalanan pengguna lebuhraya:

GC Icon
Cara Semak kadar Tol
 CARA SEMAK KADAR TOL LEBUHRAYA ONLINE

Portal Lembaga Lebuhraya Malaysia

No 1Sila layari pautan di atas
No 2Pilih lebuhraya yang ingin anda gunakan
No 3Pilih plaza masuk dan Plaza keluar kemudian tekan butang cari
No 4Jarak perjalanan akan dipaparkan dan jumlah bayaran tol akan dipaparkan mengikut kelas kenderaan
 INFO PENTING
No 1Jika jenis tol tertutup anda perlu masukkan plaza tol masuk dan keluar dan kadar bayaran serta jarak akan dipaparkan
Contoh plaza tol tertutup
No 2Jika jenis tol terbuka hanya perlu masukkan plaza tol masuk sahaja. Kemudian hanya kadar bayaran akan dipaparkan
Contoh plaza tol terbuka
No 3Semakan tidak memerlukan muat turun/ download apa-apa aplikasi
 PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan atau ingin tahu info terkini sila layari pautan berikut:
Klik LinkPortal Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia
Klik LinkLaman Twitter Rasmi LLM Trafik