Menu Bola

Harga Gula Kasar Dan Halus Terkini Malaysia

22:36 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 25 October 2018 jam 10:40 PM oleh GC.editor

Gula merupakan keperluan asas dalam kehidupan kita seharian. Penggunaan gula digunakan dalam masakan dan minuman tidak kira untuk keperluan di rumah atau untuk tujuan masakan di gerai-gerai makanan. Oleh itu, penjualan dan harga gula harus dipantau oleh kerajaan bagi mengelakkan daripada penjual mengambil kesempatan menjual gula pada harga yang tinggi. Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP dahulunya KPDNKK) bertanggungjawab untuk memastikan harga jualan pada kadar yang sepatutnya seperti yang termaktub dalam Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Baru-baru ini, pada tarikh 27 Ogos 2018 KPDNHEP telah mengumumkan bahawa bermula 1 September 2018, harga gula bertapis kasar akan turun sebanyak RM0.10 iaitu pada harga RM2.85 berbanding RM2.95 harga sebelumnya. Katanya lagi penurunan harga gula ini adalah selaras dengan penurunan harga gula antarabangsa. Antara negara lain yang mengambil langkah sama adalah Singapura, Indonesia dan Thailand. Keputusan untuk menurunkan harga gula ini dilihat dapat meringankan beban rakyat dalam membeli barang keperluan asas. Untuk rekod kali terakhir harga gula disemak adalah pada 1 Mac 2017.

Menteri yang bertanggungjawab Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah menurunkan harga gula ini tidak bermaksud untuk kerajaan menggalakkan penggunaan gula secara berlebihan sebaliknya amalan gaya hidup sihat harus diamalkan oleh rakyat. Katanya lagi, peniaga diingatkan untuk tidak menjual secara berlebihan dan pada harga di bawah kawalan tanpa kebenaran bertulis daripada pengawal bekalan. Sebarang tindakan yang melanggar peraturan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan undang-undang. KPDNHEP juga akan giat melakukan pemeriksaan bagi memastikan harga dan bekalan gula diparas yang dibenarkan. Pengguna juga boleh membuat aduan jika tedapat aktiviti penjualan gula yang melanggar peraturan.

HARGA TERKINI GULA HALUS DAN KASAR TERKINI MALAYSIA TURUN MULAI 1 SEPTEMBER 2018

Berikut kami kongsikan harga terkini gula halus dan gula kasar bagi tahun ini. Sebarang perubahan dalam harga gula akan dimaklumkan oleh pihak KPDNHEP dari semasa ke semasa:

GC Icon
harga gula terkini malaysia
NotaPenurunan harga gula ini berpunca daripada penurunan harga gula antarabangsa
HARGA GULA BERTAPIS KASAR UNTUK SETIAP 1 KG
Harga SebelumHarga Terkini
RM 2.95
RM 2.85
Penurunan harga sebanyak RM 0.10 sejak kali terakhir harga kawalan disemak pada 1 Mac 2017
HARGA GULA BERTAPIS HALUS UNTUK SETIAP 1 KG
Harga SebelumHarga Terkini
RM 3.05
RM 2.95
Penurunan harga sebanyak RM 0.10 sejak kali terakhir harga kawalan disemak pada 1 Mac 2017
KENYATAAN MEDIA
Berikut adalh kenyataan media daripada pihak KPDNKK yang bertarikh 27 Ogos 2018:
kenyataan media kpdnkk 1
kenyataan media kpdnkk 2