Menu Bola

Harga terkini bayaran belajar memandu ambil lesen kereta motor 2019

09:59 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 21 January 2019 jam 03:00 PM oleh GC.editor

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) melalui Jawatankuasa Pelesenan Institusi Memandu (JKPIM) telah menetapkan Harga Siling bagi Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan di Institut Memandu (IM) untuk pengguna jalan raya mendapatkan lesen memandu yang sah.

Bagaimanapun, masih terdapat perbezaan harga membabitkan pengusaha sekolah / institut memandu di seluruh negeri. Harga siling bermaksud ianya memastikan pengguna dapat menikmati harga perkhidmatan atau barangan pada kadar yang munasabah.

Sebagai makluman, harga siling untuk mendapatkan lesen motosikal B2 adalah RM350, manakala B pula RM900. Harga lesen bagi kereta transmisi manual (D) adalah RM1,150 sementara bagi kereta transmisi automatik (DA) adalah RM1,250.

Menerusi tinjauan harga di Institut Memandu, GCarian mendapati perbezaan atau harga yang lebih tinggi daripada ditetapkan adalah disebabkan beberapa caj tambahan terdapat dalam pakej perkhidmatan lain yang disediakan oleh institut atau sekolah memandu terbabit.

Sebagai contoh, seperti kos operasi, sewa kenderaan, minyak, pekerja sokongan dan sebagainya bagi memastikan pelajar mendapat pembelajaran yang terbaik selain diambil kira dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan skim gaji minimum.

HARGA SEMASA TERKINI BAYARAN BELAJAR MEMANDU BAGI MENDAPATKAN LESEN KERETA ATAU MOTOSIKAL TAHUN 2019

Oleh kerana terdapat perbezaan harga bayaran belajar memandu di Institut Memandu di kawasan seluruh negeri. GCarian hanya dapat memberi maklumat anggaran harga sahaja melalui tinjauan harga yang dibuat bagi tahun 2019.

Anggaran harga yang dinyatakan masih munasabah meskipun berbeza daripada harga siling yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

GCarian yakin, anggaran harga ini dapat membantu anda memilih institut memandu yang mengenakan Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan bagi mendapatkan lesen memandu kereta atau motosikal pada harga berpatutan selaras dengan perkhidmatan lain yang ditawarkan.

KELAS LESEN MOTOSIKAL DAN KERETA
KelasKategori
B2Lesen motosikal tidak melebihi 250 cc
BLesen motosikal melebihi 500 cc
DLesen kereta transmisi manual
DALesen kereta transmisi automatik
HARGA SILING DAN ANGGARAN HARGA BAYARAN BELAJAR MEMANDU LESEN MOTOSIKAL
Harga SilingB2Anggaran Harga
RM Besar350Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 ccRM Besar500
Harga Siling
BAnggaran Harga
RM Besar900Lesen Motosikal Melebihi 500 ccRM Besar1,050
HARGA SILING DAN ANGGARAN HARGA BAYARAN BELAJAR MEMANDU LESEN KERETA
Harga SilingDAnggaran Harga
RM Besar1,150Lesen Kereta Transmisi ManualRM Besar1,250
Harga Siling
DAAnggaran Harga
RM Besar1,250Lesen Kereta Transmisi AutomatikRM Besar1,450
Nota
Harga SilingHarga siling adalah harga Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan di Institut Memandu (IM) yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Anggaran HargaAnggaran harga adalah maklumat lingkungan harga munasabah sekiranya Institut Memandu mengenakan Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan lebih tinggi daripada harga siling yang dinyatakan. Sekiranya harga yang dikenakan lebih tinggi daripada anggaran harga yang dinyatakan, lebih baik anda membuat tinjauan di Institut Memandu lain yang mungkin lebih murah.
Harga siling bagi mendapatkan lesen memandu di seluruh negeri telah ditetapkan dan perbezaan atau harga yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan, mungkin disebabkan beberapa caj tambahan yang dikenakan institusi terbabit.
Kebiasannya caj tambahan dikenakan apabila institusi memandu perlu mengambil dan menghantar pelajar ke sesuatu destinasi dan sebarang caj tambahan perlu diperincikan pihak institusi berkenaan.
HAD UMUR KELAYAKAN BELAJAR DAPATKAN LESEN MEMANDU
LesenUmur
Lesen motosikal tidak melebihi 250 cc16 tahun dan ke atas
Lesen motosikal melebihi 500 cc16 tahun dan ke atas
Lesen kereta transmisi manual17 tahun dan ke atas
Lesen kereta transmisi automatik17 tahun dan ke atas