Menu Bola

Tarikh penting jadual pembayaran gaji 2019-2020 penjawat awam kerajaan

14:28 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 18 December 2018 jam 12:07 AM oleh GC.editor

Surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia (ANM) berhubung dengan tarikh dan peraturan pembayaran gaji tahun 2019 telah dikeluarkan.

Surat pekeliling tersebut adalah bertujuan untuk memaklumkan tentang tarikh pembayaran gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2019 dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian / Jabatan bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan dengan sempurna dan gaji dibayar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

TARIKH PENTING JADUAL PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2019 KAKITANGAN AWAM KERAJAAN

Jadual bayaran gaji bulanan ini penting buat kakitangan awam berikutan ia dapat membantu Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang dan menguruskan perbelanjaan isi rumah dengan lebih teratur selain membuat simpanan kewangan peribadi.

Pelaksanaan pembayaran gaji kaki tangan awam kerajaan adalah melalui Sistem Gaji Berkomputer. Segala urusan ini akan diuruskan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan juga Pejabat Perakaunan (AO).

Antara tanggungjawab PTJ adalah memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan (AO) dikemaskini dan diproses secara berasingan, menyemak maklumat fail induk gaji dan membetulkan maklumat jika perlu dan lain-lain tanggungjawab seperti yang tertulis di Surat Pekeliling Akauntan Negara. Untuk pembayaran gaji bagi pekerja bergaji hari bayaran mestilah diproses pada satu haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya.

Berikut adalah perincian tarikh bayaran gaji dalam jadual pembayaran gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2019.

GC Icon
tarikh penting pembayaran gaji penjawat awam
JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2019
Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2019 adalah seperti di Lampiran disertakan berikut dan ditetapkan mengikut Arahan Perbendaharaan 105 dan surat kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.600-2/2/3(39) bertarikh 27 November 2018 (Permohonan Pengecualian AP105(b) – Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2019).
Tahun Baru Cina 5 & 6 Februari
No 1JANUARINo 2FEBRUARINo 3MAC
24.1.2019
Khamis
25.02.2019
Isnin
25.03.2019
Isnin
Hari Gawai 1 & 2 Jun
Hari Raya Aidilfitri 5 & 6 Jun
Hari Pesta  Kaamatan 30 & 31 Mei
No 4APRILNo 5MEINo 6JUN
25.4.2019
Khamis
23.5.2019
Khamis
25.06.2019
Selasa
Hari Raya Aidiladha 11 Ogos
No 7JULAINo 8OGOSNo 9SEPTEMBER
25.07.2019
Khamis
22.08.2019
Khamis
25.09.2019
Rabu
Hari Deepavali 27 Oktober
No 10OKTOBERNo 11NOVEMBERNo 12DISEMBER
17.10.2019
Khamis
25.11.2019
Isnin
18.12.2019
Rabu
Hari Krismas 25 Disember
Klik LinkSurat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia | Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2019

Sebagai rujukan berikut adalah jadual pembayaran gaji tahun 2018 :-

JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2018
Tahun Baru Cina 16 & 17 Februari
No 1JANUARINo 2FEBRUARINo 3MAC
25.1.2018
08.02.2018
23.03.2018
Hari Gawai 1 & 2 Jun
Hari Raya Aidilfitri 15 & 16 Jun
Hari Pesta  Kaamatan 30 & 31 Mei
No 4APRILNo 5MEINo 6JUN
25.4.2018
24.5.2018
07.06.2018
Hari Raya Aidiladha 22 Ogos
No 7JULAINo 8OGOSNo 9SEPTEMBER
18.07.2018
14.08.2018
25.09.2018
Hari Deepavali 6 November
No 10OKTOBERNo 11NOVEMBERNo 12DISEMBER
25.10.2018
22.11.2018
18.12.2018
Hari Krismas 25 Disember
Klik LinkSurat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia | Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2018