Permohonan kemasukan anak ke prasekolah 2021 KPM

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh

Permohonan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2021 boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui sistem aplikasi E-Prasekolah atau permohonan secara manual melalui sekolah yang dimohon.

Ibu bapa mahupun penjaga boleh membuat permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM tahun 2021 untuk anak / jagaan yang lahir pada (akan dikemaskini. Bagi tahun 2020, 2 Januari 2014 hingga 15 Januari 2016).

Ibubapa / penjaga boleh memilih salah satu kaedah permohonan yang disediakan samaada membuat permohonan secara online ataupun mengambil borang manual di sekolah yang ingin dimohon.

PERMOHONAN ONLINE ATAU MANUAL KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021

Ketetapan tempoh dan syarat serta maklumat cara membuat permohonan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2021 adalah seperti berikut.

GC Icon
Permohonan kemasukan anak ke prasekolah KPM
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON KE PRASEKOLAH KPM TAHUN 2021
Berikut adalah syarat untuk tahun 2020 (tahun 2021 akan dikemaskini):
TickKanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
TickKanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 15 Januari 2016 sahaja yang layak untuk memohon.
TARIKH DAN TEMPOH PERMOHONAN PRASEKOLAH 2021 KPM SECARA ONLINE
Dibuka Ditutup
Dalam Proses
Dalam Proses
CARA MEMBUAT PERMOHONAN PRASEKOLAH 2021 KPM SECARA ONLINE
No 1Ibu / bapa / penjaga perlu melayari sistem aplikasi E-Prasekolah KPM, sila klik pada pautan di bawah

SISTEM PERMOHONAN E-PRASEKOLAH

No 2Bagi yang pertama kali menggunakan sistem E-Prasekolah, perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna sistem supaya dapat mengakses sepenuhnya borang permohonan online. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
No 3Untuk membuat pendaftaran pengguna, klik Daftar Pengguna yang terdapat dalam sistem eprasekolah kemudian lengkapkan butiran maklumat yang diminta. Setelah pendaftaran berjaya sila Log Masuk sistem E-Prasekolah dengan menggunakan No. Mykad dan Katalaluan yang didaftarkan untuk mengakses borang permohonan online.
No 4Bagi ibu / bapa / penjaga yang telah mendaftar sebagai pengguna sistem e-prasekolah sebelum ini, tidak perlu membuat pendaftaran pengguna lagi dan hanya perlu Log Masuk sistem E-Prasekolah dengan menggunakan No. Mykad dan Katalaluan yang didaftarkan.
No 5Maklumat lengkap dan panduan permohonan sudah tersedia melalui menu yang terdapat dalam Sistem E-Prasekolah.
TARIKH DAN TEMPOH PERMOHONAN PRASEKOLAH 2021 KPM SECARA MANUAL
Dibuka Ditutup
Dalam Proses
Dalam Proses
CARA MEMBUAT PERMOHONAN PRASEKOLAH 2021 KPM SECARA MANUAL
No 1Ibu / bapa / penjaga perlu mengunjungi (walk in) ke sekolah yang ingin dipohon untuk mengambil borang dan melengkapkan borang permohonan.
No 2Borang permohonan yang telah lengkap dengan sempurna bersertakan dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup permohonan.
No 3Senarai Institusi / Sekolah Prasekolah boleh disemak di laman sistem aplikasi e-Prasekolah.
No 4Maklumat lengkap dan panduan permohonan sudah tersedia melalui menu yang terdapat dalam Sistem E-Prasekolah.
Info LainPANDUAN PERMOHONAN
Klik LinkMaklumat Lengkap Proses Permohonan Prasekolah