Permohonan egtukar pertukaran guru sesi Jun 2020 dan Januari 2021

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

e-Gtukar adalah modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk memudahkan para guru dan pentadbir sistem untuk membuat pertukaran atas sebab-sebab yang dibenarkan. e-Gtukar telah dibangunkan sendiri oleh beberapa sektor dalam KPM seperti Sektor Operasi Pendidikan (SOP), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Perlu diingatkan hanya guru yang telah berdaftar dalam Pentadbiran Sistem dan Pentadbir Sistem yang dilantik oleh KPM sahaja boleh menggunakan modul ini.

Pada tahun 2018, KPM mendapati terdapat 20 470 permohonan pertukaran telah dihantar oleh guru ke KPM. Antara sebab yang dikemukakan adalah jauh daripada pasangan hidup. KPM akan meneliti permohonan guru-guru yang telah menghantar permohonan. Beberapa syarat perlu dipatuhi sebelum ianya diluluskan dan KPM berusaha sedaya upaya untuk membantu guru-guru yang benar-benar ingin bertukar atas pelbagai alasan namun keputusan pertukaran bergantung juga kepada kekosongan sekolah yang dipohon.

Pada tahun 2019 juga, KPM akan membuka permohonan kepada guru yang memerlukan untuk bertukar. Oleh itu, modul e-Gtukar akan digunakan dan akan dibuka secara berperingkat untuk sesi Jun 2020 dan Januari 2021 dengan sekali permohonan sahaja. Seperti tahun lalu, permohonan akan ditapis berdasarkan keperluan dan syarat yang telah ditetapkan. Para guru yang berminat untuk membuat permohonan dinasihatkan untuk membuat semakan maklumat dan tindakan untuk membuat pembetulan maklumat peribadi perlu melalui laman sesawang e-operasi dengan segera. Jika terdapat sebarang permasalahan sila berhubung dengan pentadbir sekolah masing-masing.

PERMOHONAN e-GTUKAR PERTUKARAN GURU ONLINE SESI JUN 2020 DAN JANUARI 2021

Berikut merupakan cara membuat permohonan e-Gtukar, tarikh tutup permohonan, syarat membuat permohonan dan lain-lain info berkaitan permohonan e-Gtukar yang dikendalikan oleh KPM ini:

GC-Icon
Permohonan-egtukar-pertukaran-guru-sesi-Jun-2019-dan-Januari-2020
TARIKH PERMOHONAN e-GTUKAR 2020
Dibuka Ditutup
Dalam-Proses
Dalam-Proses
CARA MEMBUAT PERMOHONAN e-GTUKAR

Permohonan Online e-Gtukar

No-1 Sila masukkan ID pengguna, kata laluan dan kad pengenalan seperti yang didaftarkan kemudian tekan butang OK
No-2 Untuk pengguna kali pertama, sila daftar masuk dengan mengisi maklumat peribadi dan tekan butang simpanegtuka
TRAFFIC LIGHT PERMOHONAN SEMASA PERTUKARAN GURU

Semakan Kekosongan Jawatan Mengikut Negeri

No-1 Para pemohon perlu menggunakan sistem lampu isyarat dalam mendapatkan maklumat berkaitan kekosongan jawatan dan opsyen di negeri pilihan sebelum membuat pengesahan atas permohonan yang dibuat
No-2 Sistem lampu isyarat adalah petunjuk jika terdapat kekosongan atau sebaliknya. Jika lampu hijau maka terdapat kekosongan jika lampu isyarat warna merah maka tiada kekosongan
SYARAT UMUM PERMOHONAN e-GTUKAR 2020
No-1 Guru hanya dibenarkan bertukar apabila mendapat kelulusan dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran daripada jabatan pendidikan yang dipohon diluluskan
No-2 Permohonan hanya boleh dipertimbangkan jika terdapat kekosongan di tempat/negeri yang dipohon
No-3 Penempatan ke sekolah akan ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
No-4 Sebarang pembatalan pertukaran setelah permohonan diluluskan tidak akan dilayan
SENARAI GURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PERTUKARAN
No-1 Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
No-2 Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
No-3 Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
No-4 Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
No-5 Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
No-6 Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
INFO PENTING
bullet-point Salinan dokumen yang diperlukan perlu diserahkan kepada pengetua atau guru besar untuk pengesahan
bullet-point Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar. Jika didapati terdapat pemalsuan permohonan tidak akan dilayan
bullet-point Semua jawatan yang dipegang akan tergugur apabila permohonan pertukaran diluluskan
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang info lain anda boleh muat turun senarai FAQ dan juga manual panduan pengguna seperti di pautan di bawah:
Klik-Link Soalan Lazim (FAQ) Pertukaran Guru
Klik-Link Manual Pengguna e-GTukar
Close