Menu Bola

Permohonan kemaskini semakan keputusan dan rayuan BR1M 2018

13:53 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 18 October 2018 jam 05:15 PM oleh GC.editor

Berikut adalah maklumat alternatif berkaitan Bantuan Rakyat 1 Malaysia bagi tahun 2018 (BR1M 2018). Informasi adalah bermula dengan Permohonan Baharu, Kemaskini dan Semakan Keputusan BR1M sehingga jadual pembayaran BR1M 2018 serta permohonan rayuan bagi pemohon yang gagal.

Bantuan Rakyat 1Malaysia merupakan perkara yang terkandung dalam intipati pembentangan Bajet 2018 dimana kerajaan mengumumkan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan bantuan ini terbukti berkesan sebagai suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA BR1M 2018 | PERMOHONAN | KEMASKINI DAN SEMAKAN KEPUTUSAN SERTA PERMOHONAN RAYUAN

Sebagai makluman, semua kandungan maklumat yang dinyatakan di adalah benar dan tepat berdasarkan rujukan editor GCarian terhadap Infografik BR1M yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

SYARAT KELAYAKAN MENDAPATKAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA BR1M 2018

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

No 1PERMOHONAN BAHARU BR1M 2018 BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA
Permohonan Baharu BR1M adalah merujuk kepada rakyat Malaysia yang belum pernah memohon atau pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang telah meninggal dunia / bercerai ataupun rakyat Malaysia (pemohon) yang gagal / tidak layak dalam permohonan BR1M pada tahun sebelumnya.
Sekiranya perkara yang dinyatakan ini mempunyai kaitan dengan anda selain menepati syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh membuat permohonan baru bagi mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia.
TARIKH RASMI PERMOHONAN PENDAFTARAN BR1M 2018
DibukaDitutup
25 November 2017
25 Januari 2018
Tarikh yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
CARA BUAT PERMOHONAN PENDAFTARAN BR1M2018
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menyediakan dua kaedah bagi tujuan permohonan BR1M iaitu secara dalam talian (online) dan borang manual. Sila menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan bagi mengelakkan duplikasi atau pentindihan maklumat pemohon.
PERMOHONAN BR1M SECARA ONLINE
Permohonan BR1M 2018 secara online adalah melalui Portal Rasmi EBR1M Hasil, sila klik pada judul pautan di bawah.
Berikut adalah pautan lampiran panduan untuk membuat permohonan.
PERMOHONAN BR1M SECARA BORANG MANUAL
Permohonan BR1M 2018 secara borang manual adalah melengkapkan borang permohonan BR1M yang boleh didapati secara percuma di semua Kaunter BR1M LHDNM ataupun klik pada judul pautan di bawah.

BORANG PERMOHONAN BR1M 2018 MANUAL

Panduan pengisian maklumat permohonan dan dokumen yang perlu disertakan dan penghantaran borang telah dinyatakan dalam borang berkenaan.
No 2KEMASKINI BR1M 2018 BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA
Kemaskini Maklumat BR1M adalah merujuk kepada penerima sedia ada. Mereka perlu kemaskini (update) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tiga tahun permohonan BR1M bagi mengesahkan diri masih wujud.
Atau terdapat perubahan maklumat peribadi seperti kematian pasangan / tanggungan. Ataupun perubahan status perkahwinan, perubahan alamat / nombor telefon dan perubahan waris.
Sekiranya perkara yang dinyatakan ini mempunyai kaitan dengan anda, anda perlu membuat pengemaskinian maklumat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia.
TARIKH RASMI KEMASKINI MAKLUMAT BR1M 2018
DibukaDitutup
25 November 2017
25 Januari 2018
Tarikh yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
CARA BUAT KEMASKINI BR1M 2018
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menyediakan dua kaedah bagi tujuan pengemaskinian maklumat permohonan BR1M iaitu secara dalam talian (online) dan borang manual. Sila menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan bagi mengelakkan duplikasi atau pentindihan maklumat pemohon.
KEMASKINI BR1M SECARA ONLINE
kemaskini BR1M 2018 secara online adalah melalui aplikasi MyBR1M Portal Rasmi EBR1M Hasil, sila klik pada judul pautan di bawah.
Berikut adalah pautan lampiran panduan untuk membuat kemaskini.
KEMASKINI BR1M SECARA BORANG MANUAL
Kemaskini BR1M 2018 secara borang manual adalah melengkapkan borang kemaskini permohonan BR1M yang boleh didapati secara percuma di semua Kaunter BR1M LHDNM ataupun klik pada judul pautan di bawah.
Panduan pengisian maklumat kemaskini permohonan dan dokumen yang perlu disertakan dan penghantaran borang telah dinyatakan dalam borang berkenaan.
No 3SEMAKAN KEPUTUSAN BR1M 2018 BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA
Keputusan BR1M adalah merujuk kepada pemohon yang telah membuat permohonan baharu atau penerima sedia yang yang mahu mengetahui sama permohonan / kemaskini BR1M mereka diluluskan (berjaya) atau tidak.
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN / KEMASKINI BR1M 2018 BOLEH DIBUAT
Tarikh
19 Februari 2018
CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN BR1M 2018
Surat makluman keputusan permohonan / kemaskini BR1M akan dicetak dan diposkan mengikut alamat di dalam Borang Permohonan BR1M selain pemohon boleh membuat semakan secara online atau menggunakan (Official) Aplikasi Mobile Semakan BR1M.
SEMAKAN KEPUTUSAN BR1M SECARA ONLINE
Semakan keputusan permohonan BR1M 2018 secara online adalah melalui sistem aplikasi MyBR1M Portal Rasmi EBR1M Hasil, sila klik pada judul pautan di bawah.
Berikut adalah pautan lampiran panduan untuk membuat permohonan.
No 4JADUAL PEMBAYARAN BR1M 2018
Jadual pembayaran BR1M 2018 adalah penting sebagai rujukan kepada pemohon yang berjaya bagi mengetahui bila duit BR1M akan diterima. Sila klik pada judul pautan di bawah untuk mendapatkan jadual rasmi pembayaran BR1M 2018.
No 5PERMOHONAN RAYUAN BR1M 2018 BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA
Permohonan Rayuan BR1M adalah merujuk kepada pemohon yang gagal (tidak berjaya) dalam permohonan BR1M 2018. Keterangan / sebab / punca gagal akan diberitahu selepas pemohon membuat semakan status pemohon.
Bagaimanapun, pemohon masih mempunyai peluang untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia iaitu dengan membuat permohonan rayuan BR1M.
TARIKH RASMI PERMOHONAN RAYUAN BR1M 2018
DibukaDitutup
2 April 2018
31 Mei 2018
Tarikh yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN BR1M
Kaedah yang disediakan untuk membuat permohonan rayuan BR1M 2018 adalah menggunakan borang manual kerana pemohon yang gagal perlu mengemukakan dokumen sokongan rayuan yang diperlukan. 
Permohonan Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula 02 April 2018 sehingga 31 Mei 2018 (tertakluk pada pindaan). Sila klik untuk keterangan Kod Alasan Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan yang perlu dibawa semasa tempoh rayuan.
Kaunter Rayuan BR1M 2018 di Cawangan LHDNM hanya dibuka pada hari bekerja sahaja. Sila Klik Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan BR1M 2018 di semua Cawangan LHDNM.
PERTANYAAN? HUBUNGI:
TickSekretariat BR1M, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
TickHotline BR1M LHDNM: 1-800-88-2716 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
TickHotline BR1M MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
TickE-mel: br1m@treasury.gov.my
TickPortal Rasmi: https://ebr1m.hasil.gov.my
Dengan adanya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Kerajaan berharap pembayaran BR1M 2018 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.