Cara Daftar Dan Semakan Permohonan e-Kasih Secara Online

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Kemiskinan merupakan satu isu yang sering dibangkitkan di mana-mana negara di dunia ini. Setiap kerajaan yang memerintah akan mencari jalan untuk membanteras kemiskinan dalam negara mereka. Malaysia juga tidak terkecuali. Sejak zaman kemerdekaan Kerajaan Malaysia berusaha mewujudkan akta, mengumpul data dan membahaskannya di dewan parlimen dengan tujuan membasmi kadar kemiskinan dalam negara. Usaha itu masih terus dilakukan hingga sekarang.

Antara usaha yang sedang dijalankan sekarang adalah mewujudkan sistem e-Kasih. Sistem ini telah dibangunkan oleh agensi kerajaan persekutuan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM), Jabatan Perdana Menteri. Sistem e-Kasih ini bertindak sebagai pusat pengumpulan data Kemiskinan Nasional berkenaan kemiskinan di Malaysia yang bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Berdasarkan info dari portal rasmi e-Kasih, golongan yang berpendapatan rendah seperti yang ditetapkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2012 di mana jika KIR berpendapatan kurang daripada RM 1500 sebulan untuk kawasan bandar dan bawah RM 1000 untuk luar bandar anda adalah layak untuk mendaftar. Individu yang ingin berdaftar boleh mendapatkan nasihat daripada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/ Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN) yang berhampiran.

CARA DAFTAR DAN SEMAK STATUS PERMOHONAN e-KASIH

Perhatian kepada mereka yang ingin tahu info berkaitan sistem e-Kasih ini, berikut kami kongsikan beberapa info penting untuk panduan semua.

GC Icon
Cara Daftar dan Semakan Permohonan eKasih
SISTEM e-KASIH
e-Kasih merupakan sebuah sistem berpusat yang emngendalikan pangkalan data keluarga miskin yang dapat membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Antara kegunaan sistem ini ialah:
No 1Semakan online bagi status kemiskinan
No 2Menyelaraskan maklumat bantuan
No 3Mengemaskini secara onlinemaklumat kemiskinan terkini
No 4Pengiraan automatik status miskin atau miskin tegar melalui Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
No 5Penjanaan statistik dan laporan kemiskinan
No 6Pemantauan dan pemetaan kemiskinan yang lebih efisyen
KELAYAKAN e-KASIH
Pendapatan Per Kapita Isirumah Kurang Daripada
Luar BandarBandar
RM1,000RM1,500
BORANG PENDAFTARAN e-KASIH
Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada agensi berikut untuk membuat pendaftaran di:
TickPejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/ Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN)
CARA MEMBUAT SEMAKAN PENDAFTARAN e-KASIH

Semakan Pendaftaran e-KASIH

NotaSila masukkan no kad pengenalan anda untuk membuat semakan

Carian Profil Bantuan

Pautan di atas merupakan kemudahan carian program bantuan yang dikendalikan oleh agensi pemberi bantuan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan lengkap sila layari pautan di bawah:
Klik Linke-Kasih
Klik LinkManual Pengguna
Close