Menu Bola

Cara Isi e-Filling Borang Online Cukai Pendapatan

00:07 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 4 November 2018 jam 12:14 AM oleh GC.editor

Cukai merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh mana-mana negara di seluruh dunia. Cukai dibayar oleh individu atau syarikat kepada pemerintah untuk menjalankan pentadbiran sesebuah negara. Cukai yang dikenakan berbeza mengikut negara masing-masing dan bergantung kepada pemerintah sesebuah negara. Kebiasaannya terdapat lebih daripada satu cukai dikenakan ke atas individu atau syarikat yang dikenakan kerajaan. Di Malaysia, antara contoh cukai yang dipungut adalah cukai pintu, cukai pendapatan, cukai jualan & perkhidmatan dan banyak lagi. Hasil daripada pungutan cukai diamanahkan kepada pemerintah untuk memajukan sesebuah negara.

Cukai pendapatan adalah cukai tahunan yang dikenakan ke atas upah, gaji, komisyen dan pendapatan bukan gaji. Ada dua jenis cukai pendapatan iaitu cukai pendapatan peribadi yang dikenakan ke atas individu, isi rumah, perkongsian dan milikan tunggal. Jenis cukai yang lain adalah cukai perbadanan yang dikenakan ke atas syarikat. Di Malaysia untuk mengira cukai pendapatan kita menggunakan sistem pentaksiran sendiri. Dalam sistem ini setiap individu yang memenuhi syarat hendaklah mengisi dan menyerahkan borang taksiran secara online melalui sistem e-filing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Melalui sistem ini, individu yang dikenakan cukai perlu mengisytiharkan pendapatan tahunan mereka penolakan cukai (derma dan hadiah), pelepasan cukai dan rebat cukai yang diperoleh tahun sebelumnya. Kemudian sistem ini akan memaparkan secara automatik jumlah pendapatan bercukai dan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar. Sistem ini telah dilaksanakan bagi memudahkan pembayar cukai mengetahui jumlah cukai yang perlu dibayar. Segala dokumen dan borang hanya perlu diisi secara online. Ini dilihat mendapat pujian orang ramai kerana tidak perlu lagi isi secara manual seperti diamalkan sebelum ini.

CARA ISI E-FILING BAGI PENGIRAAN DAN PENGHANTARAN BORANG CUKAI PENDAPATAN LHDNM ONLINE

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk mengisi e-borang bagi memudahkan pengguna semua. Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut:

GC Icon
cara isi e filing cukai pendapatan
LANGKAH ISI e-FILING ONLINE
Log Masuk
No 1Sila layari pautan di bawah untuk log masuk:
Klik LinkLaman Web ezHasil
Klik LinkLaman web utama LHDN
No 2Pengguna mestilah mengaktifkan no pin empat digit terlebih dahulu untuk pengguna kali pertama. No pin boleh didapatkan di kaunter LHDN
No 3Jika selesai mendaftar untuk pengguna kali pertama sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan seperti yang telah ditetapkan.
e filing 1
e-Borang
No 1Skrin perkhidmatan akan dipaparkan sekiranya anda telah berjaya log masuk ke sistem ezHASIL
e filing 2
No 2Sila klik pautan e-borang yang terdapat pada menu e-filing. Kemudian anda akan mendapati paparan skrin seperti di bawah:
e filing 3
No 3Kemudian sila pilih jenis borang yang dikehendaki dan klik pada tahun taksiran yang diinginkan
No 4Sistem akan memaparkan skrin borang e-BE. Maklumat yang boleh didapati melalui borange-BE adalah maklumat individu, Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan, Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai dan juga rumusan
e filing 4
Maklumat Individu
No 1Sila isikan semua maklumat yang diperlukan. Bagi ruangan yang bertanda (*) merupakan ruangan yang wajib diisi
No 2Untuk penerangan tentangborang BE sila klik butang nota penerangan BE. Sila tekan butang English untuk tukar bahasa
Pendapatan Berkanun
No 1Jumlah pendapatan, pendapatan tahun kebelakangan yang belum dilaporkan dan maklumat gaji akan dipaparkan pada skrin pendapatan berkanun ini. Sila isi maklumat yang diperlukan di ruang yang disediakan
e filing 5
No 2Sila isikan maklumat yang diperlukan untuk pelepasan cukai di ruangan pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai. Untuk maklumat lanjut, sila tekan butang simbol ‘info’
e filing 6
Rumusan
No 1Pada skrin ini, pengguna dapat melihat sama ada anda mempunyai Lebihan Bayaran atau Baki Cukai Kena Dibayar melalui paparan rumusan. Maklumat lain seperti jumlah pendapatan juga boleh disemak. Kemudian sila tekan butang teruskan jika sudah selesai di skrin ini
rumusan e filing
Akuan
No 1Terdapat tiga menu utama padaskrin ini iaitu cetak draf borang untuk mencetak draf borang dalam file pdf. Butang kembali untuk kembali ke skrin terdahulu dan butang tanda tangan dan hantar untuk menghantar e-borang
akuan e filing
Tandatangan Dan Hantar Borang
No 1Sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan kemudian tekan butang tanda tangan untuk menghantar borang
tanda tangan dan hantar borang
Pengesahan Penerimaan Borang Cukai Pendapatan
No 1Terdapat tiga butang pada skrin ini, iaitu butang simpan dan cetak pengesahan, butang simpan dan cetak e-BE dan butang keluar
pengesahan penerimaan borang
Info LainInfo Lanjut
Terdapat dua jenis pembayar cukai:
No 1Pembayar cukai yang telah mendaftar sijil digital. Anda boleh melayari laman web ezHasil untuk log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan anda
No 2Pembayar cukai yang belum mendaftar sijil digital. Anda perlu membuat pendaftaran sijil digital bagi mendapat no pin untuk log masuk portal ezHasil. Permohonan boleh dibuat di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Transformasi Bandar (UTC)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH). Sila bawa dokumen seperti di bawah:
bullet pointBorang CP55B yang lengkap
bullet pointSalinan kad pengenalan/ pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat
bullet pointBorang 49 sekiranya Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat
bullet pointSurat lantikan sebagai Wakil Syarikat
Klik LinkCawangan LHDNM Seluruh Malaysia
Klik LinkLokasi UTC (Pusat Transformasi Bandar)