Menu Bola

Permohonan Program Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UM 2019 online

07:30 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 16 June 2019 jam 08:48 PM oleh GC.editor

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya (UM) adalah program yang diwujudkan khas bagi graduan lepasan ijazah bukan pendidikan yang berminat untuk menjadi guru. Guru adalah satu profesion yang mulia. Guru lah yang akan membentuk anak-anak kita untuk menjadi insan yang berguna. Tanpa guru siapa lah kita.

Atas dasar kepentingan pendidikan ini, DPLI di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Tinggi membuka peluang ini kepada lepasan ijazah bukan pendidikan untuk merpersiapkan diri menjadi seorang guru. Program ini berbeza dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) dimana ia mengandungi tiga semester dengan pengajian sepenuh masa secara kerja kursus.

Pemohon perlu tahu bahawa dengan mengikuti program ini tidak menjamin akan mendapat posting atau penempatan walaupun pemohon berjaya dengan cemerlang. Program ini telah ditambah baik dari tahun ke tahun dan telah dibuka juga oleh universiti lain selain dari UM.

PERMOHONAN DPLI UM 2019

Untuk pengetahuan semua, permohonan DPLI ambilan tahun 2018 telah dibuka secara atas talian untuk ambilan September 2018. Bagi memudahkan semua, turut dikongsikan tarikh tutup permohonan, syarat kelayakan memohon serta lain-lain info untuk ambilan 2019 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa jika terdapat pengambilan semasa:

GC Icon
Permohonan Program Pendidikan Lepasan Ijazah
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TARIKHJAM
Dalam ProsesDalam Proses
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN DPLI
Berikut merupakan syarat kelayakan memohon DPLI. Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan:
No 1Warganegara Malaysia
No 2Umur tidak melebihi 35 tahun
No 3Pemohon tiada masalah kesihatan, sihat tubuh badan dan berupaya melakukan aktiviti dalam program yang telah diaturkan
No 4Pemegang ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan
No 5Pemegang Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara
No 6Mendapat sekurang kurangnya kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di SPM/SPM(V) 
No 7Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia
No 8Untuk memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan
No 9Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon
BIDANG PROGRAM YANG DITAWARKAN
Berikut adalah bidang yang ditawarkan di program DPLI:
Bahasa Malaysia
Biologi
Matematik
Fizik
Kimia Teknologi Pengajaran
Sains Komputer
Pendidkan Jasmani Dan Kesihatan
Kejuruteraan
Fizik
Pendidikan IslamPendidikan Tahfiz
CARA CARA MEMBUAT PERMOHONAN DPLI UM
Berikut dikongsikan cara cara membuat permohonan DPLI UM bagi memudahkan semua pemohon:
No 1Pendaftaran boleh dibuat dengan klik pautan berikut:
Klik Linkhttps://pgadmission.um.edu.my/
No 2Sila buat pendaftaran sebagai pengguna baharu terlebih dahulu dengan Universiti Malaya jika masih belum mendaftar

  • Create New Account
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan
  • Tekan butang Register
No 3Kod verifikasi akan dihantar ke email setelah pendaftaran berjaya dilakukan. Klik pada pautan link yang diberikan dalam email untuk meneruskan langkah seterusnya iaitu Login Borang
No 4Untuk mengisi borang permohonan, sila tekan “Add New Programme”
No 5Sila pastikan maklumat dalam borang permohonan adalah seperti berikut :-

  • Mode of Programme : Course work (Kerja Kursus)
  • Intake : Semester 1, Session 2018/2019 (Sep 2018)
  • Academy/ Faculty : Education
  • Programme : PQH – Diploma in Education
No 6Lengkapkan maklumat yang diperlukan saau persatu di borang permohonan. Jika semua maklumat/ butiran lengkap telah diisi, sila tandakan setuju kepada message ‘Tick here if you have read through and agreed with the above terms and conditions’
No 7RM50 dikenakan sebagai wang proses permohonan