Menu Bola

Kadar Dividen dan Bonus LTAT 2019 Lembaga Tabung Angkatan Tentera

11:58 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 2 February 2019 jam 11:58 AM oleh GC.editor

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah sebuah badan berkanun kerajaan yang ditubuhkan bagi mewujudkan faedah persaraan dan lain-lain faedah kepada anggota lain-lain pangkat dan satu skim simpanan kepada pegawai -pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga anggota kerahan dalam pasukan sukarela. Objektif lain bagi LTAT adalah melaksanakan program-program latihan peralihan bagi anggota angkatan tentera yang akan atau telah bersara.

Setiap tahun LTAT akan mengumumkan kadar dividen dan bonus kepada ahli yang membuat caruman dengan LTAT. Kebiasaannya pengumuman akan dilakukan oleh Menteri Pertahanan dalam satu sidang media. Tahun lepas, LTAT mengumumkan bayaran dividen dan bonus sebanyak 12.5% untuk tahun kewangan 2017. Kadar dividen adalah berdasarkan peningkatan pendapatan bersih LTAT. Daripada jumlah tersebut, 6.5% merupakan bonus khas berbentuk unit amanah saham yang diberi percuma kepada pencarum yang aktif.

Untuk membuat semakan, pencarum boleh berbuat demikian dengan membuat semakan secara atas talian. Bermula 2 Mei 2017, sebuah sistem online yang dinamakan i-Wira disediakan untuk semakan penyata caruman LTAT tahun semasa atau tahun sebelum, menyemak maklumat waris, semakan dana unit amanah affin hwang dan membuat aduan atau pertanyaan.

KADAR DIVIDEN DAN BONUS LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT) TAHUN 2019

Berikut merupakan kadar dividen dan bonus yang akan diumumkan LTAT untuk tahun 2019. Turut dikongsikan kadar dividen/ bonus tahun-tahun sebelumnya serta kebaikan membuat caruman dengan LTAT dan beberapa info penting berkaitan:

GC Icon
Kadar Dividen dan Bonus LTAT 2019
TARIKH PENGUMUMAN DIVIDEN DAN BONUS LTAT TAHUN 2019
TarikhJam
Dalam Proses
Dalam Proses
Tarikh yang tepat (rasmi) dividen dan bonus akan diumumkan dari semasa ke semasa. Jangkaan pada bulan Mac 2019
REKOD KADAR DIVIDEN DAN BONUS LTAT (%) TAHUN 2000 – 2018
TahunDividenBonus
2018Dalam ProsesDalam Proses
20176.006.50
20166.006.00
20156.006.00
20147.008.00
20137.009.00
20127.009.00
20117.008.00
20107.007.00
20097.007.00
20087.009.00
20077.009.00
20067.008.00
20057.008.75
20047.008.75
20037.003.75
20027.003.00
20017.003.00
20007.006.00
CARA PEMBAYARAN BALIK CARUMAN LTAT
AFFIN BANK Berhad
Public Bank
CIMB Bank
RHB Bank
Maybank
Bank Rakyat
Bank Islam Malaysia Bhd
Bank Simpanan Nasional
Alliance Bank
Bank Muamalat
AmBank
ASBC
EON Bank
Standard Chartered
Hong Leong Bank
 FAEDAH MENJADI PENCARUM
TickMenerima dividen dan bonus tahunan yang akan dikreditkan ke akaun pencarum dan akan menerima bonus khas dalam bentuk unit amanah bergantung kepada prestasi kewangan LTAT
TickDividen dan bonus dikompaunkan menjadi jumlah caruman pencarum untuk menjadi jumlah caruman terkumpul
TickPencarum tidak dikenakan cukai pendapatan
TickWaris pencarum akan menerima khairat kematian bagi pencarum yang meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan
TickPencarum yang diberhentikan dari perkhidmatan kerana kecacatan tubuh atau akal fikiran yang berkekalan akan mendapat faedah hilang upaya
TickPengeluaran caruman dilakukan sekali gus
TickPengeluaran sebahagian caruman untuk menampung kos pembelian rumah atau tanah kediaman pertama
Info LainINFO BERKAITAN
Sebarang maklumat lanjut boleh didapati di alamat dan pautan di bawah
Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 12, Bangunan LTAT,
Jalan Bukit Bintang,
Peti Surat 11542,
50748 KUALA LUMPUR
Tel: (60) 3-2148 9777
Klik LinkLaman Sesawang Rasmi LTAT
Klik LinkFAQ Soalan Lazim