Menu Bola

Bayaran terkini harga denda hilang ic mykad kali pertama kedua ketiga

04:00 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 18 October 2018 jam 11:39 AM oleh GC.editor

Kad pengenalan atau MyKad merupakan dokumen terpen­ting yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan kepada setiap rakyat yang layak memilikinya di Malaysia.

Selain ianya menjadi dokumen pengenalan dan pengesahan diri, Mykad digunakan dalam pelbagai urusan penting seperti ketika berurusan di bank, imigresen, perkahwinan, lesen memandu bahkan turut berfungsi sebagai kad transit.

Namun, tahap kesedaran tentang kepentingan menjaga kad pengenalan diri itu boleh dikatakan masih rendah dalam kalangan rakyat negara ini.

Perkara tersebut dapat dibuktikan melalui peningkatan jumlah kad pengenalan yang hilang saban tahun. Sebahagian daripada kes berkenaan berpunca daripada kecuaian dan kealpaan pemiliknya itu sendiri selain faktor kemalangan dan bencana alam.

Bagi mengurangkan masalah kehilangan Mykad akibat kecuaian sendiri, Jabatan Pendaftaran Negara mengingatkan semua pemiliknya supaya lebih bertanggungjawab dalam penjagaan dokumen pengenal­an diri tersebut.

Sebagai usaha membendung masalah kehilangan MyKad yang masih membimbangkan, Jabatan Pendaftaran Negara mengenakan kadar bayaran denda akibat kehilangan MyKad bagi permohonan penggantian Mykad yang hilang itu dengan yang baharu.

HARGA BAYARAN TERKINI DENDA HILANG MYKAD (IC / KAD PENGENALAN) WARGANEGARA MALAYSIA

Justeru, warganegara Malaysia yang hilang kad pengenalan atau Mykad akibat kecuaian sendiri perlu membuat pembayaran bagi penggantian kad pengenalan yang hilang itu.

Sebagai makluman kadar bayaran yang terkini bagi kehilangan akibat kecuaian sendiri bagi kali pertama adalah sebanyak RM100, manakala kehilangan kali kedua pula, RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya ialah RM1,000.

Bagi orang kurang upaya, fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut dikecualikan bayaran penggantian kad pengenalan yang hilang tersebut.

Bayaran penggantian kad pengenalan yang hilang akibat kecuaian sendiri itu adalah sebahagian daripada penambahbaikan prosedur penggantian MyKad berikutan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menunjukkan kadar kehilangan MyKad akibat kecuaian semakin meningkat.

Bagi permohonan gantian hilang kad pengenalan kali pertama, pemohon boleh terus ke kaunter JPN, manakala bagi permohonan kali kedua dan seterusnya, pemohon hendaklah membuat laporan polis mengenai kehilangan tersebut sebelum memohon di kaunter JPN.

Permohonan gantian hilang kad pengenalan kali ketiga dan seterusnya akan disiasat terlebih dahulu sebelum kad pengenalan gantian dikeluarkan.

Semua permohonan gantian hilang kad pengenalan akan dikeluarkan dengan Dokumen Pengenalan Sementara sebelum kad pengenalan gantian dikeluarkan.

Selaras dengan Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, setiap orang yang dikeluarkan kad pengenalan adalah bertanggungjawab menjaga kad pengenalan tersebut dan hendaklah memastikan ia berada dalam keadaan baik.

BAYARAN GANTI MYKAD YANG HILANG AKIBAT KECUAIAN SENDIRI
KehilanganBayaran Permohonan GantianBayaran Proses (Denda)Jumlah Bayaran Keseluruhan
TickPertama
RM Kecil10
RM Kecil100
RM Kecil110
TickKedua
RM Kecil10
RM Kecil300
RM Kecil310
TickKetiga »
RM Kecil10
RM Kecil1,000
RM Kecil1,010
Klik LinkPanduan Permohonan Gantian Hilang Mykad (Kad Pengenalan)