Permohonan bantuan duit raya Aidilfitri 2020 Terengganu iDANATTB

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Rakyat Terengganu boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) bagi mendapatkan Bantuan Rakyat Negeri Terengganu seperti Permohonan Dana Hari Raya Aidilfitri. Bantuan ini merupakan satu inisiatif kerajaan Negeri Terengganu bagi membantu rakyat Terengganu menyambut hari raya aidilfitri. Ianya terbuka kepada mereka yang layak mendapat dan melepasi kriteria yang telah di tetapkan sahaja.

Rakyat Terengganu yang dikategorikan sebagai warga emas, Orang Kurang Upaya, keluarga berpendapatan rendah, ibu atau bapa tunggal dan individu belum berkahwin adalah golongan yang layak membuat permohonan. Walau bagaimanapun, permohonan ini terhad kepada ketua isi rumah yang berpendapatan bawah RM1,100 sebulan sahaja. Diharapkan bantuan ini dapat membantu rakyat Terengganu yang berkelayakan menyambut hari raya adilfitri bersama orang tersayang.

alert warningMAKLUMAN
Susulan pembentangan Bajet Terengganu 2020, tidak dinyatakan sebarang pengumuman mengenai Dana Terengganu. Menurut sebuah sumber, kerajaan Terengganu sedang mengkaji semula cara baru bagi melaksanakan dana berkenaan. Sekiranya Dana Terengganu akan diberikan bagi tahun 2020, kemungkinan sejumlah bajet tambahan akan dibentangkan pada sidang DUN 2020. 
Gcarian akan mengemaskini Dana Terengganu 2020 dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang pengumuman atau makluman

PERMOHONAN BANTUAN DANA HARI RAYA AIDILFITRI 2020 BANTUAN RAKYAT NEGERI TERENGGANU

Permohonan boleh di buat melalui Sistem Agihan Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu yang dibangunkan untuk mengurus semua permohonan bantuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyat.

Bantuan-bantuan yang telah dilaksanakan sebelum ini seperti Bantuan Perayaan, Program Remaja Bakti, Bantuan Persekolahan akan diselaraskan di bawah satu pangkalan data bersepadu kerajaan negeri.

Berikut adalah maklumat berkaitan Bantuan Rakyat Negeri Terengganu bagi Permohonan Dana Hari Raya Aidilfitri 2020:

GC Icon
permohonan idanattb
TARIKH RASMI PERMOHONAN DANA RAYA AIDILFITRI 2020
DibukaDitutup
 Live 1
Live 1
NotaBayaran secara bank in ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan selain BSN akan bermula pada tarikh yang tertera di bawah. 
MAKLUMAN TERKINI DAN KAEDAH CARA BUAT PERMOHONAN DANA RAYA AIDILFITRI TERENGGANU 2020
NotaMaklumat terkini berkenaan permohonan Dana Raya Aidilfitri Terengganu 2020 akan dikemaskini sejurus pengumuman daripada Kerajaan Negeri Terengganu. Berikut adalah maklumat berkaitan Dana Raya Aidilifitri Terengganu 2019:  
No 1Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kali ke 14 tahun 2019 pada 8 Mei 2019 telah bersetuju meluluskan Bantuan Perayaan Aidilfitri 2019 sebanyak RM500,000 nagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan syarat pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) tidak melebihi RM1,100 sebulan.
No 2Kadar Bantuan yang akan diterima adalah sebanyak RM200 untuk semua kategori
No 3Sehubungan dengan itu, senarai penerima dana yang layak pada tahun lepas boleh dicetak oleh Pihak Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), DUN melalui sistem iDANA
No 4Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu akan mengedar borang permohonan Bantuan Perayaan Aidilfitri 2019 ke Pusat-Pusat Khidmat DUN bermula 15 Mei 2019 untuk diisi oleh penama yang telah dikenalpasti melalui senarai yang telah dicetak dalam sistem iDANA dan pemohon baharu.
No 5Penama yang dikenal pasti dan layak akan menerima borang melalui I-MITS dalam masa yang terdekat. Pemohonan baru juga perlu mengisi borang, tunggu maklumat dari I-MITS DUN Masing-masing.
No 6Penerima dana yang layak akan diputuskan oleh YB DUN masing-masing. Manakala bagi DUN uang berada di kawasan pembangkang, ianya diputuskan oleh YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mewakili DUN berkenaan
Sebelum ini, kerajaan Negeri Terengganu menyediakan kaedah permohonan secara dalam talian (online) bagi rakyat Terengganu yang berkelayakan mendapatkan Bantuan Rakyat Negeri Terengganu.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilalui semasa membuat permohonan.
No 1Sila layari laman web rasmi Sistem Agihan Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu, klik pada pautan di bawah
No 2Langkah seterusnya, sila rujuk kepada lampiran di bawah.
Panduan Permohonan Online Bantuan Rakyat Negeri Terengganu
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT NEGERI TERENGGANU
Untuk mendapatkan maklumat jenis bantuan dan kategori, serta syarat kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Rakyat Negeri Terengganu, sila klik pada judul pautan di bawah
InfoSila dapatkan maklumat selanjutnya melalui menu yang tersedia di dalam laman web Sistem Agihan Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu.
TARIKH SALURAN BANTUAN DANA RAYA AIDILFITRI 2020
Berikut adalah tarikh di mana pembayaran bantuan akan dikreditkan ke akaun penerima Dana Raya Aidilfitiri.
Kredit melalui akaun BSNKredit melalui akaun selain BSN
 Live 1
 Live 1
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut sila klik pautan di bawah:
Klik LinkManual Pengguna
Klik LinkSoalan Lazim (FAQ)
Close