Cara Mendaftar Lesen Perniagaan SSM secara Online

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Wang adalah aset penting dalam kehidupan seseorang sebagai suatu alat untuk melengkapkan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tekanan ekonomi yang menyebabkan kos sara hidup semakin bertambah menyebabkan persaingan dalam mendapatkan pekerjaan turut meningkat. Maka, bagi golongan yang tidak berjaya untuk bekerja di sektor awam atau swasta, alternatif lain adalah untuk membuka dan menguruskan perniagaan sendiri

Perniagaan boleh ditakrifkan sebagai suatu bentuk organisasi yang sah dan memperoleh pengiktirafan untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan, atau kedua-duanya sekali. Majoriti perniagaan merupakan milik persendirian atau enterprise yang diasaskan untuk mencari keuntungan agar dapat menambahkan kekayaan si pemilik lantas membesarkan perniagaan tersebut

Sebagai langkah pertama untuk memulakan perniagaan secara sah, pendaftaran perniagaan perlu dilakukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Buat maklumat semua, SSM merupakam sebuah badan berkanun yang diasaskan melalui hasil gabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal selia perniagaan dan syarikat-syarikat di Malaysia

Peranan SSM adalah sebagai agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan. Di samping itu, SSM berfungsi sebagai pengantara yang membekalkan informasi syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Buat yang berminat, berikut dikongsikan Cara Mendaftar Enterprise Lesen Perniagaan SSM Online

CARA MENDAFTAR SSM PERNIAGAAN BAHARU SECARA ONLINE MELALUI EZBIZ ONLINE

Kepada mereka yang berhasrat untuk memulakan perniagaan dan membuat pendaftaran di SSM, rujuk panduan di bawah. Maklumat yang dikongiskan termasuk prosedur pendaftaran, syarat kelayakan, fi pendaftaran, panduan am dan lain-lain

GC Icon
cara daftar ssm 2
JENIS PERNIAGAAN
Jenis Perniagaan Maksud
Perniagaan Milik Tunggal (Enterprise)Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik
Perniagaan PerkongsianPerniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua (2) hingga dua puluh (20) orang rakan kongsi
SYARAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN
TickPemilik hendaklah mempunyai kewarganegaraan Malaysia atau penduduk tetap
TickPemilik perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
TickHanya pemilik/rakan kongsi yang dibenarkan untuk mengemukakan permohonan
PROSEDUR PENDAFTARAN PERNIAGAAN
Berikut dikongsikan prosedur untuk mendaftar perniagaan di SSM menggunakan EzBiz Online:

No 1 LAYARI LAMAN EZBIZ SSM UNTUK MEMBUAT PENDAFTARAN ONLINE

TickKlik butang Sign Up untuk membuat pendaftaran baru. Masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan
ezbiz ssm login
TickJika sudah memiliki akaun, isikan USERNAME dan PASSWORD serta kod verifikasi. Klik butang Sign In
No 2Setelah melakukan pendaftaran secara online menerusi pautan di atas, buat pengesahan akaun di pejabat SSM berhampiran. Lokasi pejabat SSM boleh dirujuk di Pejabat SSM Seluruh Negeri
TickKad pengenalan perlu dibawa bersama
TickPengguna akan dikehendaki untuk mengesahkan cap jari sebagai proses Pengaktifan ID (bagi tujuan keselamatan)
TickPengesahan hanya perlu dilakukan sekali sahaja
No 3Setelah proses pengesahan selesai dilakukan, barulah sistem EzBiz Online dapat digunakan untuk membuat pendaftaran serta pembaharuan perniagaan
TickKlik My Business Services dan klik New Business di bawah seksyen New Business Registration. Isi dan lengkapkan Borang A/Form A (Registration of New Business) dengan maklumat-maklumat berikut:
TickNama perniagaan (boleh didaftarkan dengan menggunakan nama sendiri atau nama Tred)
Nama SendiriNama Tred
Nama seperti yang tertera dalam kad pengenalan dan tiada kelulusan nama perniagaan yang perlu dimohon. Contoh: Ali bin Mohamad, Ravinthran, Lee ShurenNama perniagaan yang dicadangkan serta perlu memperoleh kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dahulu. Contoh: Hatijah Maju, XVC Enterprise 
TickTarikh mula perniagaan
TickAlamat utama perniagaan
TickAlamat cawangan perniagaan (sekiranya ada)
TickMaklumat pemilik serta rakan kongsi
TickSalinan perjanjian perkongsian (sekiranya ada)
TickJenis perniagaan yang akan dijalankan
TickContoh BORANG A (hardcopy):

borang a ssm

No 4Setelah selesai melengkapkan permohonan dengan maklumat yang diperlukan, lakukan bayaran di bahagian Fees & Declaration (bayaran boleh dilakukan secara online atau di kaunter)
FI PENDAFTARAN MENGIKUT JENIS PERNIAGAAN
KetegoriJumlah Fi/Bayaran
 Perniagaan pemilikan tunggal (memakai nama sendiri berdasarkan kad pengenalan) RM 30.00
 Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred RM 60.00
 Pendaftaran cawangan RM 5.00 untuk setiap cawangan
 Mencetak maklumat perniagaan RM 10.60 termasuk GST
SYARAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN
TickJenis perniagaan yang didaftarkan perlulah mematuhi dan tidak melanggar undang-undang selain bersesuaian dengan ketenteraman awam, keselamatan persekutuan serta tidak bertentangan dengan prinsip moral
TickPerniagaan mestilah sudah berjalan dan berdaftar kurang dari 30 hari dari tarikh mula perniagaan
TickPendaftaran perniagaan yang baru dapat dibuat bagi tempoh masa setahun dan tidak lebih dari lima (5) tahun pada setiap pendaftaran
TickPerakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diterima dalam tempoh satu (1) jam dari waktu pembayaran dilakukan
TickIndividu yang menjalankan perniagaan tetapi tidak melakukan pendaftaran perniagaan tersebut dianggap sebagai membuat kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956. Sekiranya disabitkan kesalahan akan dikenakan denda sejumlah maksimum RM 50,000 atau dipenjara selama tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali
TickPemilik perniagaan bertanggungjawab untuk memperoleh lesen, permit atau surat kebenaran yang sepatutnya untuk perniagaan yang dijalankan daripada pihak berkuasa berkaitan. Hal ini hendklah dilakukan walaupun perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
 Untuk maklumat lanjut mengenai Cara Mendaftar Enterprise Lesen Perniagaan SSM Online, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi:
MENARA SSM@SENTRAL
No 7, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral,
50623 Kuala Lumpur.
TickHotline SSM: +603 22994400
TickE-mel Rasmi: enquiry@ssm.com.my
TickFAQ: Soalan Lazim FAQ SSM
TickPortal Rasmi SSM di pautan URL Laman Web Rasmi SSM
Close