Cara Daftar Calon Persendirian SPMU / SPM 2019

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan yang amat penting di Malaysia. Kebanyakan majikan meletakkan syarat minima mempunyai SPM kepada sesiapa yang ingin berkerja di syarikat mereka. Kebiasaanya SPM akan diambil oleh pelajar tingkatan 5 di semua sekolah di Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan kementerian yang bertanggungjawab untuk menyediakan penilaian bertulis seperti SPM agar sentiasa menepati piawaian. Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pula bertanggungjawab untuk mengelolakan peperiksaan rasmi di Malaysia seperti SPM.

KPM sedar ada sesetengah individu tidak dapat menduduki SPM ketika berada di tingkatan 5 atas sebab-sebab tertentu. Ada juga dalam kalangan rakyat yang gagal dalam SPM dan ingin menduduki peperiksaan tersebut kerana kesedaran kepentingan SPM demi kelangsungan masa depan mereka. Oleh itu KPM menyediakan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) kepada mereka yang berminat untuk menduduki peperiksaan ini.

Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dan terdapat dua sesi iaitu sesi Jun dan sesi November. Sesi Jun hanya menawarkan maksima tiga kertas iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik dan dijangkakan akan berlangsung pada 25 hingga 2 Jun 2109. Manakala sesi November pula menawarkan semua subjek SPM dan akan diadakan pada tarikh yang sama seperti SPM 2019.

PENDAFTARAN ONLINE CALON PERSENDIRIAN SPM ULANGAN (SPMU)/ SPM TAHUN 2019

Berikut merupakan cara membuat pendaftaran calon persendirian SPMU/SPM 2019. Bagi mereka yang berminat boleh ikuti perkongsian seperti di bawah:

GC-Icon
Cara-Pendaftaran-Calon-Persendirian-SPMU-SPM-2019
TARIKH PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN SPM/SPMU 2019
Buka Tutup
10 Februari 2019 10 Mac 2019
Nota Bagi calon SPM 2018 yang ingin mengambil peperiksaan SPM Ulangan 2019 atau SPM sebagai calon persendirian tahun 2019, pendaftaran akan dibuka bermula pada 14 Mac 2019 sehingga 31 Mac 2019.
Nota Permohonan yang lewat tidak akan dilayan. Untuk maklumat yang tepat sila layari portal rasmi KPM dan LPM.
CARA MEMBUAT PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN SPMU 2019
Sila layari pautan di bawah untuk membuat pendaftaran di aplikasi Sistem Pengurusan Peperiskaan Atas Talian (SPPAT):

PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN SPMU

No-1 Sila masukkan maklumat seperti no kad pengenalan, tahun peperiksaan dan angka giliran berdasarkan peperiksaan terakhir SPM anda
No-2 Rujuk sijil atau slip keputusan yang diperolehi untuk lengkapkan maklumat kemudian tekan butang mohon
CARA MEMBUAT PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN SPM 2019
Sila layari pautan di bawah untuk membuat pendaftaran di aplikasi Sistem Pengurusan Peperiskaan Atas Talian (SPPAT):

PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN SPM

No-1 Sila masukkan maklumat seperti no kad pengenalan dan tekan butang mohon
PANDUAN MENGISI BORANG PENDAFTARAN ONLINE
No-1 Layari pautan seperti di atas dan tekan butang daftar
No-2 Masukkan butiran yang diperlukan seperti yang tertera kemudian tekan butang mohon
No-3 Sahkan maklumat yang diberikan dan tekan butang teruskan
No-4 Lengkapkan maklumat peribadi yang diminta dan tekan butang teruskan
No-5 Tandakan mata pelajaran yang ingin diambil kemudian tekan butang teruskan. Jumlah bayaran akan dipaparkan berdasarkan mata pelajaran yang diambil
No-6 Pilih pusat peperiksaan yang diinginkan kemudian tekan butang teruskan. Kekosongan berdasarkan kouta pusat peperiksaan tersebut
No-7 Pastikan maklumat yang diberikan adalah benar kemudian tandakan ruangan akur janji sebelum hantar permohonan
No-8 Pastikan anda mencetak dokumen senarai semak pendaftaran SPMU dan kenyataan semakan. Kemudian bawa ke JPN/PPD negeri masing-masing bersama enam dokumen yang diperlukan dalam masa tujuh hari dari hari pendaftaran
PERINGATAN
No-1 Semua maklumat yang diberikan haruslah tepat dan benar sebelum hantar permohonan
No-2 Permohonan SPMU hanya dibuka untuk calon SPM yang pernah mengambil SPM/ SPM(V)/ SPVM/MCE/ SC/ FMC
No-3 Membuat permohonan pendaftaran pada tarikh yang dinyatakan. Sebarang kelewatan tidak akan dilayan
No-4 Selesai pendaftaran online sila hadir ke JPN/PPD negeri masing-masing untuk pengesahan pendaftaran serta buat bayaran yuran dalam masa tujuh hari dari hari pendaftaran. Dokumen yang diperlukan adalah:
bullet-point Cetakan senarai semak pendaftaran
bullet-point Salinan dokumen pengenalan diri yang disahkan
bullet-point Tiga salinan kenyataan semakan
bullet-point Bayaran yuran peperiksaan sama ada Kiriman Wang/ Wang Pos/ Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia
bullet-point Empat keping sampul pos laju prabayar atau pos ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri
bullet-point Salinan sijil/ slip peperiksaan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ MCE/ SC/ FMC yang disahkan (Calon mengulang sahaja)
No-5 Semakan permohonan pendaftaran SPMU boleh dilakukan di aplikasi semak daftar SPMU bermula 8 April 2019 dan untuk calon persendirian SPM pula pada 14 April 2019 di aplikasi semak daftar SPM persendirian
No-6 Sila cetak borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dan bawa bersama maklumat peribadi dan perlatan ke pusat peperiksaan
No-7 Permohonan pindah pusat peperiksaan untuk SPMU adalah antara 1 April hingga 15 Mac 2019 dan pembetulan maklumat adalah dari 11 Mac hingga 1 April 2019. Manakala untuk SPM permohonan pindah pusat peperiksaan adalah dari 11 Mac hingga 30 April 2019 dan permohonan pembetulan maklumat adalah dari 11 Mac hingga 24 Mac 2019
No-8 Pengemaskinian maklumat hanya boleh dibuat di JPN negeri masing-masing
No-9 Borang PPP hendaklah dicetak semula jika terdapat pengemaskinian maklumat
 PEMBAYARAN PENDAFTARAN SPMU
PEPERIKSAAN BAYARAN ASAS MATA PELAJARAN BAYARAN
SPMU Sesi Jun  RM 20.00 Bahasa Melayu (1103) RM 12.00
Matematik (1449) RM 10.50
Sejarah (1249)
RM 12.00
 SPM sesi November  RM 20.00 Bahasa Inggeris (1119) RM 20.50
Bayaran mata pelajaran bertanda *
RM 10.50
Bayaran mata pelajaran bertanda **
RM 12.00
Close