Cuti sekolah 2020 jadual penggal persekolahan KPM

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Musim cuti persekolahan bagi tahun 2020 akan kembali tidak lama lagi dan pastinya ibu bapa serta anak-anak mempunyai cabaran masing-masing sepanjang musim tersebut.

Berkemungkinan ada yang gembira tetapi tidak kurang juga yang gelisah terutamanya dalam kalangan ibu bapa. Antara cabarannya adalah cara bagaimana untuk memastikan masa lapang anak-anak diisi dengan aktiviti berfaedah dan bermanfaat.

Umum sedia maklum, perubahan daripada mood persekolahan kepada percutian sedikit sebanyak menukar rutin harian anak-anak namun cabaran itu boleh diatasi sekiranya ibu bapa membuat persediaan awal dan merancang perkara dan aktiviti untuk menghadapi cuti penggal sekolah, cuti pertengahan tahun dan cuti akhir tahun.

Sebagai peringatan kepada ibu bapa, rancanglah sesuatu agar cuti sekolah anak-anak kali ini dapat direncanakan dengan sebaik-baiknya. Jangan sesekali membiar anak-anak bersendirian menguruskan masa cuti tanpa pengetahuan, pemantauan dan panduan daripada anda.

TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN DAN CUTI PENGGAL, PERTENGAHAN DAN CUTI AKHIR TAHUN SEKOLAH 2020

Sebagai makluman kepada ibu bapa, Bahagian pengurusan sekolah harian dan maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan perincian takwim jadual rasmi penggal persekolahan bagi tahun 2020 menerusi portal rasmi KPM, www.moe.gov.my dan kebiasaannya dikeluarkan pada penghujung bulan Oktober setiap tahun.

Takwim persekolahan dan cuti penggal, cuti pertengahan serta cuti akhir tahun dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B mengikut sekolah-sekolah di seluruh negeri di Malaysia. GCarian akan sertakan lampiran takwim persekolahan tersebut apabila ianya dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

GC Icon
cuti sekolah jadual persekolahan kpm
2020 : SEKOLAH KUMPULAN A | KEDAH, JOHOR, KELANTAN DAN TERENGGANU
CutiTarikh
Pertengahan Penggal 113 Mac hingga 21 Mac 2020
Pertengahan Tahun22 Mei hingga 6 Jun 2020
Pertengahan Penggal 224 Julai hingga 1 Ogos 2020
Akhir tahun20 November hingga 31 Disember 2020
LAMPIRAN
Jadual Takwim 20201
2020 : SEKOLAH KUMPULAN B | PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, N. SEMBILAN, MELAKA, PAHANG, SABAH, SARAWAK, WP KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA
CutiTarikh
Pertengahan Penggal 114 Mac hingga 22 Mac 2020
Pertengahan Tahun23 Mei hingga 7 Jun 2020
Pertengahan Penggal 225 Julai hingga 2 Ogos 2020
Akhir tahun21 November hingga 31 Disember 2020
LAMPIRAN
Jadual Takwim 20202
2019 : SEKOLAH KUMPULAN A | KEDAH, JOHOR, KELANTAN DAN TERENGGANU
CutiTarikh
Pertengahan Penggal 122 Mac hingga 30 Mac 2019
Pertengahan Tahun24 Mei hingga 8 Jun 2019
Pertengahan Penggal 29 Ogos hingga 17 Ogos 2019
Akhir tahun22 November hingga 31 Disember 2019
LAMPIRAN
cuti sekolah 2019 kumpulan a
2019 : SEKOLAH KUMPULAN B | PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, N. SEMBILAN, MELAKA, PAHANG, SABAH, SARAWAK, WP KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA
CutiTarikh
Pertengahan Penggal 123 Mac hingga 31 Mac 2019
Pertengahan Tahun25 Mei hingga 9 Jun 2019
Pertengahan Penggal 210 Ogos hingga 18 Ogos 2019
Akhir tahun23 November hingga 31 Disember 2019
LAMPIRAN
cuti sekolah 2019 kumpulan b
Close