Perbezaan Antara CTOS Dan CCRIS

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Credit Tip-Off Service (CTOS) dan Central Credit Reference Information System (CCRIS) adalah dua perkara yang berbeza. Bukan semua orang pernah mendengar tentang CTOS dan CCRIS apatah lagi mengetahui perbezaan di antara kedua-duanya. Walaupun seringkali dikaitkan, CTOS dan CCRIS merupakan dua istilah yang berlainan. Kedua-dua laporan kredit yang mereka keluarkan adalah sangat penting sekiranya seseorang individu itu mahu mendalami hal berkaitan pengurusan kewangannya.

CTOS dan CCRIS lazimnya berkaitan dengan pinjaman. Apabila seseorang itu melakukan permohonan sama ada untuk membuat kad kredit atau membuat pinjaman bank, permohonan tersebut akan melalui suatu proses kelulusan kredit. Setelah itu barulah bank akan memutuskan sama ada hendak meluluskan atau menolak permohonan tersebut.

Laporan CCRIS dan CTOS akan digunakan dalam proses tersebut. Bank tidak akan mempunyai masalah untuk meluluskan sesuatu permohonan sekiranya laporan menunjukkan status kredit yang positif. Namun begitu, kebarangkalian untuk bank menolak permohonan adalah tinggi sekiranya seseorang individu itu sering gagal melunaskan hutang mengikut ketetapan masa yang diarahkan.

Sebelum menentukan permohonan lulus atau tidak, pihak bank juga akan melihat laporan kredit bagi memutuskan Nisbah Khidmat Hutang (debt service ratio) seseorang individu itu. Disebabkan bank menanggung risiko sewaktu meluluskan sesuatu permohonan, CCRIS dan CTOS menjadi alat untuk mengurangkan risiko tersebut. Terdapat banyak perbezaan antara CCRIS dan CTOS.

APA ITU CTOS DAN CCRIS DAN PERBEZAANNYA?

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan perbezaan antara CTOS dan CCRIS termasuk definisi CTOS dan CCRIS serta butiran-butiran lain untuk rujukan semua:

GC Icon
beza ctos dan ccris
DEFINISI CTOS DAN CCRIS
No 1 CTOS atau Credit Tip-Off Service adalah sebuah syarikat swasta yang menyediakan laporan kredit yang digunakan secara meluas oleh institut-institut kewangan. Ia bertujuan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon, selain daripada menggunakan laporan CCRIS. Kebiasaannya, institut kewangan akan menggunakan lebih dari satu laporan kredit untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan kredit pemohon.
No 2 CCRIS atau Central Credit Reference Information System menyediakan laporan kredit dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM). CCRIS mengumpul maklumat kredit dari pengendali servis kewangan di Malaysia. Antaranya adalah bank, broker insurans, serta syarikat swasta yang menyediakan servis utiliti. Antara maklumat yang akan terpapar dalam laporan kredit CCRIS ialah pinjaman tertunggak, saman, dan status muflis.
PERBEZAAN ANTARA CTOS DAN CCRIS
Perbezaan antara CTOS dan CCRIS secara ringkas adalah seperti berikut:
CTOSCCRIS
No 1Diuruskan oleh syarikat persendirianNo 1Diuruskan oleh Bank Negara Malaysia
No 2Informasi yang boleh diperoleh dalam laporan CTOS termasuk pembayaran tertunggak atas pinjaman atau bil, tindakan undang-undang dan status muflis serta pemilikan dalam perniagaan No 2Laporan kredit mengandungi maklumat berkaitan senarai tunggakan pinjaman bank, akaun yang dipantau oleh bank secara khusus dan status permohonan pinjaman bank
No 3 CTOS memperoleh maklumat kredit daripada sumber awam seperti Jabatan Insolvensi Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)No 3CCRIS memperoleh maklumat berkaitan kredit daripada institusi kewangan seperti bank
No 4Laporan kredit dikekalkan sepanjang hayatNo 4Laporan kredit kekal dalam tempoh 12 bulan terdekat (kecuali akaun perhatian khusus)
No 5CTOS perlu mengumpulkan maklumat kredit daripada sumber yang berkenaanNo 5Maklumat akan terus dimasukkan kepada CCRIS setiap kali membuat pinjaman dari pihak bank
No 6Contoh rekod adalah tunggakan bayaran atas pinjaman atau bill seperti syarikat telekomunikasi (Digi, Celcom, Maxis dan lain-lain), Juga termasuk tindakan undang-undang dan status muflisNo 6Contoh rekod adalah pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman kereta iaitu akaun yang dipantau secara khusus oleh bank
PERSAMAAN ANTARA CTOS DAN CCRIS
NotaKedua-duanya adalah laporan kredit
NotaCCRIS dan CTOS tidak akan senarai hitam (blacklist) individu
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
 Untuk maklumat lanjut mengenai CTOS dan CCRIS, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi:
TickeCCRIS BNMTELELINK: 1-300-88-5465
TickCTOS : 03- 27228833 | 03- 27228882
TickLaman Web Rasmi CCRIS: http://creditbureau.bnm.gov.my/
TickLaman Web Rasmi CTOS di pautan URL https://www.ctoscredit.com.my/
Close