Cara Buat CPR Bantuan Pernafasan Perawatan Asas

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

CPR atau nama penuhnya cardiopulmonary resuscitation merupakan satu jenis pertolongan cemas yang melibatka bantuan pernafasan dari mulut ke mulut oleh penyelamat kepada mangsa yang mengalami masalah pernafasan. CPR merupakan bantuan awal bagi membantu mangsa yang terhenti pernafasan sebelum bantuan paramedik datang ke tempat kejadian. Jika bantuan CPR tidak dilakukan ini boleh mengakibatkan bekalan oksigen ke seluruh tubuh badan terutama sekali otak akan terhenti dan boleh mengakibatkan kematian atau kecacatan kepada mangsa.

Ilmu tentang CPR adalah satu keperluan untuk setiap orang kerana ia boleh digunakan diwaktu kecemasan dan boleh menyelamatkan nyawa seseorang. Ia bukan sahaja perlu dipelajari oleh doktor sahaja tapi perlu dipelajari oleh orang awam. Jika berlaku kecemasan terhadap ahli keluarga atau sahabat terdekat kita, sekurang-kurangnya kita tahu apa perlu dilakukan untuk memulihkan mangsa.

Langkah-langkah untuk menjalankan CPR boleh dipelajari daripada badan-badan yang mahir dalam pertolongan cemas seperti Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Teknik yang betul harus dipelajari kerana jika salah ia akan mengakibatkan perkara yang lebuh buruk berlaku. Sebagai contoh, tekanan pada dada dan hembusan ke atas mangsa adalah berbeza mengikut umur. Cara yang lebih selamat untuk mangsa kanak-kanak perlu dipelajari kerana ia berbeza dengan mangsa dewasa.

CARA BUAT CPR BANTUAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT DAN TEKANAN DADA

Berikut dikongsikan cara-cara yang betul untuk membuat bantuan pernafasan. Pastikan anda faham dengan setiap langkah dan teknik yang diberikan bagi mengelakkan perkara buruk berlaku:

GC Icon
Cara melakukan CPR
CARA-CARA MELAKUKAN CPR BANTUAN PERNAFASAN
TickPerhatikan keadaan mangsa dan juga tindak balas mangsa. Jika anda lihat tiada pergerakkan atau pernafasan mangsa terhenti, sila hubungi unit kecemasan (999) dengan kadar yang segera
TickDongakkan sedikit kepala mangsa dan angkat dagunya ke atas
TickDekatkan telinga anda ke mulut mangsa, dengar dan rasa jika ada pernafasan berlaku, perhatikan jika ada pergerakkan naik turun pada dada mangsa. Jika tiada pernafasan, sedia untuk lakukan pertolongan cemas CPR. Pastikan tiada benda asing dalam mulut mangsa, jika ada keluarkan
TickBuka sedikit mulut mangsa dan picit hidungnya. Hembus nafas anda ke mulut mangsa sehingga ada pergerakan naik turun dada mangsa. Berikan bantuan pernafasan kepada mangsa sebanyak dua kali untuksetiap hembusan dalam dua saat
TickJika masih tiada pergerakkan daripada mangsan tekan dadanya dengan menggunakan kedua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri kemudian tekan dada mangsa sebanyak 15 kali. Dua hembusan dan 15 kali tekanan adalah satu pusingan. Teruskan dengan pusingan kedua jika masih tiada respon daripada mangsa. Semasa membuat tekanan, pastikan kedudukan tekanan tangan anda pada mangsa adalah betul iaitu satu sentimeter dari ulu hati. Pastikan juga tangan anda lurus semasa buat tekanan. Tekanan juga perlu dilakukan secara pantas dengan kadar 100 tekanan setiap minit
TickUlang langkah di atas sebanyak empat kali atau sehingga bantua daripada pasukan pertolongan cemas datang
TickJika ada pergerakkan daripada mangsa, alihkan badan mangsa dalam keadaan mengiring untuk mangsa bernafas dengan baik
info grafik CPR
CARA-CARA MELAKUKAN HANDS ONLY CPR
TickMerupakan satu teknik bantuan CPR yang menggunakan tekanan dada sahaja
TickTeknik ini menekankan teknik tekanan dada yang lebih efektif
TickBerbeza dengan teknik konvensional yang menganjurkan nisbah tekanan dada kepada bantuan pernafasan 30:2 iaitu 30 tekanan dan 2 hembusan, teknik hands only CPR memberi penekanan kepada teknik tekanan dada dengan kadar 100-120 kali tekanan seminit dengan kedalaman tekanan sebanyak 5 sentimeter
TickBerikut merupakan teknik hands only CPR:
No 1DANGER – Pastikan mangsa dan penyelamat berada dalam keadaan selamat
No 2RESPOND – Memeriksa tindak balas mangsa dengan menggerakkan bahu mangsa
No 3SHOUT – Memanggil bantuan dan jika keseorangan buat panggilan 999
No 4AIRWAY – Membukan saluran pernafasan mangsa dengan mendgikkan kepala pesakit dan jika terdpat benda asing di dalam mulut mangsa hendaklah dikeluarkan
No 5BREATHING – Periksa pernafasan mangsa dan jika tiada pernafasan bermaksud jantung telah terhenti
No 6CHEST COMPRESSION – Meletakkan tangan di separuh bawah dada mangsa dan mulakan tekanan dada
No 7DEFIBRILLATION – Menggunakan perlatan Automated External Defibrillator (AED) jika ada
TickSetiap 2 minit, mangsa akan dinilai pada nadi, pernafasan dan tahap kesedaran
TickBantuan CPR ditamatkan jika:
TickMangsa kembali bernafas dan mempunyai nadi. Kemudian mangsa akan diletakkan ke posisi pemulihan
TickPenyelamat keletihan
TickPetugas kesihatan tiba dan ambil alih CPR
Close