Contoh terkini format soalan ujian MEdSI Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia atau Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) merupakan suatu ujian pemilihan sebagai syarat kelayakan awal kemasukan ke Program Ijazah Muda Pendidikan bagi Lepasan STPM / Setaraf di Universiti Awam.

Ujian MEdSi bertujuan untuk mengetahui tahap keupayaan calon-calon bagi mengikuti Program Ijazah Muda Pendidikan selain kecenderungan calon guru dari segi personaliti, minat kerjaya, nilai Integriti dan kecerdasan emosi.

Perkara-perkara atau item-item dalam soalan Medsi telah digubal oleh Jawatankuasa Panel Penggubal Medsi yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari institusi pengajian awam Malaysia.

Ujian Medsi merupakan tapisan awal, calon-calon mesti lulus dalam ujian Medsi ini bagi melayakan calon untuk dipanggil temuduga kemasukan ke Program Ijazah Muda Pendidikan di Universiti Awam (UA).

TERKINI CONTOH-CONTOH FORMAT SOALAN UJIAN MEDSI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

Soalan dalam ujian Medsi ini adalah berbentuk psikometrik. Lazimnya sebanyak 300 soalan merangkumi semua bahagian yang perlu dijawab oleh calon-calon dalam masa yang ditetapkan.

Soalan- soalan berbentuk psikometrik terbahagi kepada empat bahagian, antaranya seperti berikut.

GC-Icon
Contoh-Soalan-Ujian-Medsi
SOALAN UJIAN MEDSI
Perkara Item
Bahagian 1 Personaliti
Bahagian 2 Minat kerjaya
Bahagian 3 Nilai integriti
Bahagian 4 Kecerdasan emosi
CONTOH-CONTOH SOALAN UJIAN MEDSI
Contoh-Soalan-Ujian-Medsi-1
 Contoh-Soalan-Ujian-Medsi-2
 Contoh-Soalan-Ujian-Medsi-3
 Contoh-Soalan-Ujian-Medsi-4
 Contoh-Soalan-Ujian-Medsi-5
 Contoh-Soalan-Ujian-Medsi-6
 Contoh-Soalan-Ujian-Medsi-7
 Contoh-Soalan-Ujian-Medsi-8
Close