Menu Bola

Niat dan cara solat sembahyang hari raya Aidilfitri panduan terkini

08:56 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 26 October 2018 jam 08:21 AM oleh GC.editor

1 Syawal merupakan hari kemenangan bagi umat Islam sesudah Ramadan yang penuh barakah kita lalui dengan penuh kesabaran dan ketakwaan. Ia besar bagi umat Islam yang dirayakan pada 1 Syawal setiap tahun setelah berakhir puasa di bulan Ramadan.

Hari Raya Aidilfitri ialah hari kemenangan bagi umat Islam yang berjaya menundukkan nafsu amarah sepanjang Ramadan untuk merayakan kemenangan.

Ia disambut penuh kesyukuran, tunduk dan sujud kepada Allah dengan menunaikan solat hari raya, iaitu solat sunat dua rakaat pagi 1 Syawal. Hukumnya sunat muakkad (dituntut atau digalakkan).

Tunaikan solat hari raya, pada kebiasaannya bagi Mazhab Syafi’e dilakukan di masjid dan boleh juga dilakukan di kawasan terbuka jika masjid penuh iaitu di kawasan padang dan tanah lapang yang terbuka lagi bersih.

NIAT MANDI SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

Mandi sebelum solat hari raya. Selepas mandi sunat memakai haruman yang dibolehkan dibawa sembahyang dan pakaian yang baik, membersih dan menghilangkan bau badan serta memotong kuku.

NIAT MANDI SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI
نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى
Nawaitul Ghusla Li i’dil fitri Sunnatallilahi Ta’ala
Sahaja Aku Mandi Sunat Aidil Fitri Kerana Allah Ta’ala
PANDUAN TERKINI CARA DAN NIAT (SEMBAHYANG) SOLAT SUNAT HARI RAYA PUASA (AIDILFITRI)
Solat hari raya Idulfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.
LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Usalli Sunnatan LiAidil Fitri Rak’ataini Makmuman Lillahi Ta’ala
Sahaja Aku sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Fitri Dua Rakaat Makmum Kerana Allah Ta’ala
CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI
Rakaat Pertama
No 1Di mulai dengan lafaz takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
No 2Membaca doa iftitah
No 3Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ilaha illallah, Wallahu akbar
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
No 4Membaca surah al- Fatihah
No 5Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
No 6Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
Rakaat Kedua
No 1Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
No 2Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ilaha illallah, Wallahu akbar
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
No 3Membaca surah al- Fatihah
No 4Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
No 5Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
No 6Memberi salam