Permohonan Dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup Bujang 2020 Serta Tarikh Bayaran

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Umum mengetahui bahawa beberapa perubahan Bantuan Sara Hidup 2019 telah dilakukan selaras dengan pembentangan Belanjawan 2019. Langkah ini bagi memastikan wang bantuan yang disalurkan sampai kepada holongan rakyat yang benar-benar memerlukan. Antara perubahan yang dilakukan ialah dengan menambah kadar bantuan berdasarkan bilangan anak dan melupuskan BSH 2019 kategori bujang. Penyingkiran bantuan kepada golongan bujang ini dianggap sebagai langkah kurang popular bagi sesetengah pengkritik politik di Malaysia kerana bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan kos sara hidup golongan muda.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa golongan bujang bakal diberikan bantuan BSH. Siaran media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 19 Februari 2019 menyatakan BSH bujang berjumlah RM 100 akan diberikan pada penghujung Mac 2019 kepada mereka yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2018.Perincian lanjut mengenai syarat kelayakan dan cara untuk memohon masih lagi belum diumumkan dan akan dikemaskini kelak.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau menyarankan agar kerajaan memberi bantuan seperti BSH kepada golongan anak muda bujang yang bekerja tetapi memperoleh pendapatan yang kecil setiap bulan. Hal ini kerana bantuan ini dapat membantu kehidupan mereka dalam mengharungi tekanan hidup kini.

BANTUAN SARA HIDUP (BSH) BUJANG 2020: PERMOHONAN BARU, KEMASKINI MAKLUMAT DAN TARIKH PEMBAYARAN RM300

alert-warning INFO TERKINI : BSH 2020 INDIVIDU BUJANG DAN OKU
Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) akan diteruskan pada tahun 2020 
Peruntukan sebanyak RM5 bilion disediakan dengan perluasan skim kepada 1.1 juta individu bujang serta OKU yang memenuhi kriteria berikut: 
No-1 Berumur 40 tahun ke atas bagi individu bujang
No-2 Berumur 18 tahun dan ke atas bagi OKU
No-3 Memiliki pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan bagi individu bujang dan OKU
Masing-masing akan menerima bantuan berjumlah RM300 seorang
Secara automatik mereka layak menerima bantuan Skim Perlindungan Takaful Mysalam dengan percuma
Klik-Link Skim Perlindungan Takaful MySalam

Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting berkaitan BSH 2019 bujang seperti tarikh buka permohonan, cara membuat permohonan dan ringkasan siaran media sebagai rujukan:

GC-Icon
Bantuan-Sara-Hidup-Bujang
TARIKH BAYARAN BSH BUJANG 2019
Kementerian Kewangan, sebagai permulaan, akan membuat bayaran RM100 kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018. Bayaran tersebut akan dibuat pada hujung bulan Mac 2019 dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka. Bayaran ini akan memanfaatkan lebih daripada 3 juta individu dan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 Juta.
Cara Bayaran
Bayaran Permulaan
RM-Besar 100
28 Mac 2019
TARIKH RASMI PERMOHONAN DAN KEMAS KINI BSH BUJANG 2019
Berdasarkan siaran media Kementerian Kewangan di bawah, bayaran selanjutnya dan kadar bantuan BSH bujang bagi 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.
Tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai tarikh rasmi permohonan dan syarat kelayakan BSH bujang buat masa ini. Sebarang maklumat terkini keputusan kerajaan mengenai pembayaran selanjutnya, permohonan baru atau kemaskini BSH Bujang akan diberitahu (jika ada) 
BUKA TUTUP
Dalam-Proses Dalam-Proses
PERMOHONAN DAN KEMAS KINI BSH BUJANG 2019 ONLINE
Sila layari pautan di bawah untuk membuat permohonan dan kemas kini BSH bujang 2019:

PERMOHONAN DAN KEMASKINI BSH BUJANG ONLINE 2019

Klik-Link Dalam-Proses
Nota  Tarikh rasmi dan permohonan BSH bujang 2019 akan dikemaskini dari semasa ke semasa (jika ada)
RINGKASAN SIARAN MEDIA BSH KATEGORI BUJANG 2019
Berikut merupakan ringkasan siaran media bertarikh 19 Februari 2019 oleh Kementerian Kewangan Malaysia tentang BSH bujang 2019
Tick Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membangkitkan isu berkaitan kenaikan kos sara hidup yang melibatkan semua golongan termasuk individu bujang yang berpendapatan rendah. Kenyataan ini juga telah disokong oleh Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tick Hasil daripada saranan itu, Kementerian Kewangan bersetuju untuk memberikan BSH untuk golongan bujang sebanyak RM 100. Untuk permulaan, individu yang telah berdaftar di pangkalan data BSH 2018 ketegori bujang akan menerima bantuan ini
Tick Bantuan sejumlah RM 100 itu akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang telah berdaftar pada penghujung Mac 2019
Tick Kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM 300 juta untuk BSH bujang 2019 ini dimana manfaatnya akan dinikmati lebih 3 juta individu yang layak menerima bantuan
Tick Kementerian akan membentangkan kepada jemaah menteri hasil kajian untuk bayaran selanjutnya sebelum keputusan dibuat
iklan-bsh-bujang-2019
Klik-Link Siaran Media Lengkap MOF: Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019 Sebanyak RM100 Untuk Golongan Bujang
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
 Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat Bujang 2019, sila hubungi:
Sekretariat BSH,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.
Tick Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 – BSHR (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
Tick Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
Tick E-mel Rasmi: bsh@treasury.gov.my
Tick Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH)
Close