Menu Bola

Tarikh pembayaran bonus kakitangan awam pesara Bajet 2019

08:24 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 2 December 2018 jam 12:10 PM oleh GC.editor

Seramai 1.6 juta kakitangan awam dan 775,000 pesara kerajaan akan menerima Bonus seperti diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng pada pembentangan Bajet 2019 pada 2 Oktober 2018. Pemberian bayaran khas adalah sebagai tanda terima kasih dan penghargaan diatas perkhidmatan kakitangan awam.

Tidak seperti tahun sebelumnya, kerajaan baharu Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa pembayaran Bayaran Khas Bajet 2019 akan dibuat lebih awal iaitu sebelum 25 Disember 2018 dan bukannya pada tahun hadapan seperti kelazimannya.

Jumlah bayaran khas adalah sebanyak RM500 untuk semua penjawat awam Gred 54 dan bawah manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran khas sebanyak RM250. Ianya melibatkan peruntukkan sebanyak RM1 bilion.

Untuk makluman, pemberian khas ini tidak akan dikira sebagai pendapatan untuk tujuan cukai pendapatan. Ianya juga tidak perlu dicarumkan ke KWSP serta PERKESO.

JUMLAH DAN TARIKH BAYARAN BONUS BAYARAN KHAS BAJET 2019 PENJAWAT AWAM & PESARA KERAJAAN

Berikut adalah maklumat berkaitan tarikh pembayaran Bonus penjawat awam dan pesara merangkumi informasi penting iaitu jumlah, tarikh, pekeliling serta lain-lain maklumat berkaitan.

Kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia atas sumbangan mereka dalam menjamin keselamatan serta keamanan negara. Sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi kesemua penjawat awam semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka, Kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan bawah. Bayaran khas sebanyak RM250 juga akan diberi kepada pesara kerajaan. Jumlah bayaran khas ini adalah sebanyak RM1 bilion. Berbanding dengan pentadbiran dahulu yang lazimnya menyalurkan bayaran khas pada tahun depan, Kerajaan Pakatan Harapan ini akan menyalurkan bayaran khas sebelum hujung tahun 2018 ini.

GC Icon
bayaran bonus
JUMLAH DAN TARIKH PEMBAYARAN BAYARAN KHAS KAKITANGAN AWAM DAN PESARA KERAJAAN BAJET 2019

RM Besar500

Penjawat Awam
Bayaran Khas Bajet 2019
RM500
Selasa, 18 Disember 2018

RM Besar250

Pesara Kerajaan
Bayaran Khas Bajet 2019
RM250
Selasa, 18 Disember 2018
MANFAAT / INSENTIF BUAT PENJAWAT AWAM DALAM BAJET 2019
Selain Bayaran Khas buat Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan, berikut adalah beberapa inisiatif (manfaat) buat pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan pada Bajet 2019 (Belanjawan Malaysia) :-
KEMUDAHAN PERUBATAN KEPADA IBU BAPA PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK
TickKerajaan sentiasa mengambil berat dan mengiktiraf peranan serta sumbangan 30,000 pegawai lantikan kontrak (contract of service) di dalam perkhidmatan awam yang tidak menikmati kemudahan yang sama seperti penjawat awam tetap. Justeru itu, Kerajaan memperuntukkan RM10 juta setahun untuk memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak. Selain itu, kemudahan Cuti Kuarantin turut dipanjangkan kepada pegawai lantikan kontrak yang anaknya menghidap penyakit berjangkit bermula 12 November 2018.
RUMAH MAMPU MILIK
TickKerajaan akan terus membina dan menyiapkan rumah mampu milik dengan peruntukan hampir RM1.5 bilion untuk Program Perumahan Rakyat, Perumahan Penjawat Awam Malaysia, PR1MA dan Syarikat Perumahan Nasional Bhd demi memastikan bekalan rumah mencukupi.
MEMANJANGKAN TEMPOH PEMBIAYAAN PINJAMAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM
TickSelaras dengan hasrat Kerajaan untuk membantu kakitangan sektor awam memiliki kediaman yang diimpikan, Kerajaan akan memanjangkan tempoh pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di mana tempoh pembiayaan pertama daripada 30 tahun kepada 35 tahun; dan tempoh Pembiayaan Kedua daripada 25 tahun kepada 30 tahun.
KUARTERS KERAJAAN
TickUntuk memastikan kesejahteraan penjawat awam terutamanya polis, tentera dan guru mendiami kuarters yang selesa, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM400 juta untuk penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters Kerajaan yang dikenal pasti.
MANFAAT BUAT PENJAWAT AWAM DALAM BAJET 2018
Selain Bayaran Khas buat Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan, berikut adalah beberapa inisiatif (manfaat) buat pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan dari pengumuman Bajet 2018 :-
KEMUDAHAN CUTI UMRAH
TickMaksimum 7 hari cuti tanpa rekod sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.
KADAR PENCEN TERENDAH
TickKadar Pencen Terendah naik kepada RM1,000 sebulan.
WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB)
TickPenambahbaikan WBB di Agensi Kerajaan Persekutuan dari 900 pagi hingga 600 petang dan pulang 30 minit awal pada Bulan Ramadhan.
PULANG AWAL 1 JAM
TickPelaksanaan Kebenaran Pulang Awal 1 Jam kepada Pegawai Wanita Mengandung 5 bulan dan ke atas serta pasangan (Penjawat Awam) tertakluk kepada Kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.
KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK)
TickBerasaskan kecemerlangan bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana. Pegawai yang berada 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat boleh dinaikkan secara KUP ke lapisan kedua gred kenaikan peringkat berdasarkan TBBK.
GANTIAN CUTI REHAT (GCR)
TickKebenaran gantian cuti rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan. Hanya GCR yang melebihi 150 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat dan boleh digunakan secara sekaligus ataupun berperingkat dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh bersara tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.
GRAFIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) MALAYSIA
pekeliling jpa bonus
SURAT PEKELILING JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
BAYARAN KHAS BAJET 2019
Klik LinkSurat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2018 Bayaran Khas BAJET 2019