Permohonan bantuan musim tengkujuh BMT Online

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Malaysia amat mementingkan hal kebajikan para pekerja tanpa mengira sama ada mereka dari sektor awam mahupun swasta. Ianya termasuklah juga golongan pekebun kecil dan penoreh getah dengan wujudnya organisasi seperti Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Perdana Menteri menerusi pembentangan Bajet 2017 telah mengumumkan pengenalan Skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM200 sebulan untuk diberikan kepada pekebun kecil dan penoreh getah.

Bantuan Musim Tengkujuh ini adalah inisiatif kerajaan yang dikendalikan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebagai agensi pelaksana. Mereka membangunkan Sistem Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh yang bertujuan memberi kemudahan kepada golongan pekebun kecil untuk membuat permohonan. Ianya turut mengambil kira kumpulan penoreh getah yang tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan sebelum ini. BMT juga lebih disasarkan kepada penerima pekebun kecil dan penoreh getah yang berada dalam kumpulan B40.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan dana sebanyak RM261 juta khas untuk membantu golongan pekebun kecil apabila tiba musim tengkujuh. Seramai 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah menerima BMT dengan jumlah RM200 seorang bermula November 2017 sehingga Januari 2018. Pada tahun itu, permohonan telah dibuka bermula 1 September 2017 dan ditutup pada 31 Januari 2018.

Pada tahun 2019 melalui Belanjawan 2020, Kerajaan berhasrat membantu golongan penoreh getah dengan memperuntukkan bajet sebanyak RM200 juta khas untuk pekebun kecil getah yang layak di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS). Tambahan pula, sebanyak RM100 juta diperuntukkan untuk Insentif Pengeluaran Getah bermula tahun 2020 yang bertujuan meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang terjejas akibat daripada kejatuhan harga getah.

Kerajaan memperuntukan RM164.78 juta untuk bantuan ini dalam Bajet 2020. Bayaran sebanyak RM600 akan terus diakuankan ke pemilik secara ansuran iaitu RM300 dibayar bulan 12 tahun 2019 dan RM300 dibayar bulan Januari 2020 sehingga dana habis. Bantuan ini memanfaatkan 274,639 pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA, dimana meliputi 255,997 orang seluruh Negara untuk tanah tidak melebihi 2.5Ha ~ 6.17Ekar dan 18,642 penoreh bukan pemilik.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2020 ONLINE DAN MANUAL SERTA SYARAT KELAYAKAN

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai permohonan Bantuan Musim Tengkujuh termasuklah cara membuat permohonan secara atas talian (online) beserta perincian syarat kelayakan mendapatkan bantuan ini.

GC-Icon
Permohonan-BMT
TARIKH RASMI PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Dibuka Ditutup
15 Oktober 2019
15 Disember 2019
Nota Sebelum ini, bantuan diberikan sehingga dana yang diperuntukkan habis digunakan
SYARAT DAN KRITERIA BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
No-1 Warganegara Malaysia
No-2 Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
No-3 Keluasan tanah 0.1011 hektar hingga 2.5 hektar 
No-4 Merupakan pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik
No-5 1 Lot hanyalah bagi seorang pekebun kecil sahaja
No-6 Seorang pekebun kecil hanya layak mendapatkan bantuan sekali sahaja
No-7 Memiliki Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja)
CARA SEMAK BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Semakan status permohonan Bantuan Musim Tengkujuh boleh dibuat melalui cara berikut:
SEMAKAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

SEMAKAN SISTEM E-BMT ONLINE

Masukkan nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan dan klik butang semak. Ikuti langkah seterusnya seperti diarahkan. Sekiranya nama tiada dalam rekod, sila ikuti langkah permohonan baharu di bawah.
SEMAKAN GUNA APLIKASI TELEFON PINTAR
Klik-Link eBantuan (Android)
Masukkan nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan dan klik butang semak. Ikuti langkah seterusnya seperti diarahkan. Sekiranya nama tiada dalam rekod, sila ikuti langkah permohonan baharu di bawah.
SEMAKAN DI PEJABAT RISDA
Hadir ke mana-mana pejabat RISDA berhampiran dan semak Semak Senarai Penerima Bantuan Musim Tengkujuh
CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Sekiranya nama tiada dalam senarai semakan, Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh boleh dibuat melalui cara berikut: 
Tick Isi borang permohonan baharu BMT di mana-mana cawangan pejabat RISDA negeri ataupun daerah
Bawa sekali salinan dokumen berikut: 
Pemilik Pengusaha
No-1 Kad Pengenalan pemohon dan salinan
No-2 Salinan Kad Pengenalan Pekebun SIC (Smallholder Identification Card) jika ada
No-3 Geran asal tanah dan salinan 
No-4 Salinan buku akaun bank yang masih aktif
Penoreh Bukan Pemilik
No-1 Kad Pengenalan pemohon dan salinan
No-2 Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
No-3 Salinan geran lot yang ditoreh
No-4 Salinan Kad PAT-G 
No-5 Salinan buku akaun bank yang masih aktif
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi butiran berikut atau klik pautan di bawah:
Tick Talian : 03-4256 4022
Klik-Link Laman Web Rasmi RISDA
Klik-Link Senarai Pejabat RISDA Negeri
Close