Cara semak status senarai hitam blacklist Imigresen PTPTN

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Rakyat Malaysia yang merancang ke luar negara disarankan untuk membuat semakan di Jabatan Imigresen Malaysia (JMI). Ini bagi mengelakkan nama disenarai hitamkan atas pelbagai sebab dan perjalanan anda ke luar negara terbantut. Pihak JMI ada menyediakan platform atas talian (online) untuk rakyat Malaysia membuat semakan.

Antara sebab nama disenarai hitamkan adalah disebabkan kes anda terhadap agensi-agensi kerajaan seperti bank negara, PTPTN, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), PDRM, SPRM, perintah mahkamah atau anda telah diisytiharkan muflis. Kes seperti ini tidak seharusnya dipandang enteng kerana ia boleh merumitkan urusan anda.

Dalam era serba maju kini, di mana segalanya boleh dilakukan dihujung jari pihak JMI telah menyediakan satu laman semakan senarai hitam secara atas talian. Kemudahan ini boleh dicapai oleh semua rakyat Malaysia.

Pihak PTPTN juga ada menyediakan kemudahan yang sama bagi memudahkan peminjam membuat semakan senarai hitam nama mereka.

CARA SEMAK STATUS SENARAI HITAM IMIGRESEN & PTPTN (BLACKLIST)

Jadual di bawah adalah langkah-langkah untuk membuat semakan senarai hitam Jabatan Imegresen dan PTPTN secara atas talian:

GC Icon
Cara semak status senarai hitam blacklist Imigresen PTPTN
LANGKAH-LANGKAH SEMAKAN SENARAI HITAM IMIGRESEN
Langkah-langkah semakan online imigresen

Semakan Online Imigresen

No 1Masukkan no kad pengenalan
No 2Tekan butang semak
No 3Paparan “tiada halangan” akan dipaparkan jika nama anda tidak disenarai hitamkan
No 4Kemasukan ke sabah dan sarawak adalah tertakluk pada kuasa kerajaan negeri tersebut
LANGKAH-LANGKAH SEMAKAN ONLINE PTPTN
Langkah-langkah semakan online ptptn
No 1Masukkan no kad pengenalan, no telefon dan e-mail
No 2Tekan butang hantar
No 3Pastikan maklumat yang dihantar adalah yang terkini bagi memudahkan urusan
NotaSoalan Lazim Semakan Senarai Hitam PTPTN (FAQ)
SEBAB-SEBAB NAMA DISENARAI HITAM
Antara sebab nama anda disenarai hitam adalah:
No 1Majikan yang gagal membuat bayaran levi untuk pekerja asing
No 2Peniaga enggan membayar cukai GST
No 3Tidak membayar cukai pendapatan
No 4Perintah mahkamah
No 5Diisytihar muflis
No 6Tidak membayar pinjaman PTPTN
No 7Tinggal atau menetap melebehi tempoh di luar negara
No 8Majikan yang tidak membayar caruman KWSP pekerja
SENARAI AGENSI KERAJAAN YANG MENYENARAI HITAMKAN NAMA
Antara agensi kerajaan yang menyenarai hitamkan nama rakyat Malaysia untuk tindakan JIM:
No 1Bank negara Malaysia
No 2Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
No 3Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
No 4Perintah mahkamah
No 5Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
No 6Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
No 7Jabatan Insolvensi Malaysia
No 8Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)
Close