Senarai bazaar Ramadan tumpuan dan menarik Pahang 2020

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Allah telah mengurniakan kita nikmat dengan cara mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan sekali lagi. Ia merupakan antara nikmat yang sering kita terlepas pandang dan bukan semua muslim dapat memperolehinya. Dengan itu, hendaklah kita bersyukur dan sentiasa mematuhi segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya agar dapat menjadi seorang umat Islam yang bertaqwa.

Pada hari Khamis, 23 April 2020, kita akan meraikan hari pertama bulan puasa iaitu 1 Ramadhan 1441 Hijrah. Menjelang bulan ini, pasti umat Islam sudah membuat pelbagai jenis perancangan seperti apa yang hendak dimakan pada waktu sahur, di mana hendak mendirikan solat sunat terawih, dan semestinya juadah apa yang hendak dinikmati ketika waktu berbuka puasa.

Antara keseronokan berbuka adalah menentukan bagaimana anda hendak meluangkan waktu berbuka tersebut. Adakah dengan semudah berbuka di rumah? Atau mungkin berbuka secara berjemaah di surau atau masjid? Atau boleh juga berbuka di luar seperti di kedai makan atau restoran tertentu. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menyediakan makanan sendiri pasti memilih untuk berbuka puasa di luar atau membeli makanan di bazar Ramadan.

Mengunjungi bazar Ramadan adalah salah satu aktiviti yang paling kerap dilakukan oleh umat Islam di Malaysia untuk membeli makanan untuk berbuka. Ia tidak asing lagi bagi setiap negeri termasuklah di negeri Pahang. Selain para pengunjung dapat menikmati juadah yang mereka inginkan, para peniaga bazar juga dapat mengaut keuntungan atas jual-beli yang mereka lakukan.

SENARAI LOKASI BAZAR RAMADHAN PAHANG 2020 (LOKASI BELI JUADAH BERBUKA PUASA)

Justeru itu, berbelanja di bazar Ramadhan perlu dimulakan dengan perancangan yang rapi. Bukan mudah untuk menentukan apa yang hendak dijamah saat azan maghrib berkumandang nanti, tetapi ia akan menjadi mudah sekiranya perjalanan diatur dengan baik. Berikut GCarian kongsikan Senarai Bazar Ramadhan di serata Negeri Pahang beserta lokasi-lokasi bazar tumpuan bagi tahun 2020 bagi kemudahan anda:

GC Icon
bazaar Ramadan Pahang
 SENARAI BAZAR RAMADHAN PAHANG 2020
Nota Simbol digunakan bagi bazar yang menjadi tumpuan ramai. 
Bazar Ramadhan Kuantan
NOLOKASI
1Mahkota Square*hot icon
2Taman PSJ Sg. Karang
3Pantai Selamat Indera Mahkota
4Bukit Rangin Perdana 2
5Depan Pasaraya Alfa Indah Beserah
6Nirwana Batu 3
7Hentian Gambang
8Indera Sempurna
9Hadapan Sekolah Vokasional Jln Kg. Padang
10Kawasan Balok Makmur
11UTC Pahang*hot icon
12Berjaya Permai
13Taman Tas
14Peramu
15Kempadang
16Tanjung Api (Depan Gerai Persatuan Nelayan)
17Taman Impianku
18Kempadang Sejahtera
19PASDEC Makmur
20Parkir Stadium Darul Makmur*hot icon
21Tapak Pasar Lambak Mahkota Aman
22Gambang Damai
23Jaya Gading
24Pandan Damai
25Beserah
26Hadapan Tunas Manja Sg Isap
27Kompleks Dagangan Indera Mahkota
28Balok
29Indera Mahkota 14
30Perkampungan Sg Isap 2
31Tapak Pasar Lambak Inderapura
32Parkir Masjid Negeri Masjid Negeri Ahmad 1
33Hadapan Rest Rahmat Indera Mahkota 8

 

TAKWIM BUKA PUASA DAN IMSAK SERTA PROMOSI BUFFET RAMADHAN
Klik LinkJadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak seluruh Negeri Pahang Tahun 2020/ 1441H
Klik LinkSenarai Buffet Ramadhan Pahang 2020 (Harga Promosi)
Close