Tarikh penting jadual pembayaran pencen 2019-2020 pesara kerajaan

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Surat pekeliling / edaran Jabatan Perkhidmatan Persaraan berhubung dengan tarikh dan peraturan pembayaran pencen bulanan tahun 2019 yang baharu telah dikeluarkan. Pembayaran pencen adalah melibatkan bekas kakitangan kerajaan yang sudah menamatkan perkhidmatan mereka awal atau telah mencapai umur untuk menamatkan perkhidmatan. Pembayaran kepada pesara kerajaan ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun mereka pada satu tarikh yang telah ditetapkan dengan sebarang perubahan dalam tarikh bayaran akan dimaklumkan terlebih dahulu. Bayaran pada kebiasaannya di buat pada hujung bulan iaitu sebelum pembayaran gaji bulanan penjawat awam.

Surat pekeliling tersebut adalah bertujuan untuk memaklumkan tarikh pembayaran pencen bulanan pesara kerajaan, Jabatan Perkhidmatan Awam bagi tahun 2019 dan peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan penyediaan pencen bulanan dapat diuruskan dengan sempurna dan pencen bulanan dibayar mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Tarikh pembayaran ini amat penting bagi pesara dalam membeli keperluan harian dan menyara keluarga mereka.

Untuk pengetahuan semua, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ada membangunkan satu aplikasi pintar yang membolehkan pesara untuk memperolehi maklumat seperti data peribadi, data perkhidmatan, hal ehwal persaraan dan maklumat bayaran pencen yang diterima setiap bulan. Aplikasi ini dinamakan mypesara, yang boleh di muat turun di Google Playstore atau Apple Appstore.

TARIKH PENTING JADUAL PEMBAYARAN PENCEN BULANAN TAHUN 2019 PESARA KERAJAAN

Jadual bayaran pencen bulanan ini penting berikutan ia memudahkan anggota berpencen atau tanggungan / waris pesara merancang dan menguruskan perbelanjaan isi rumah dengan lebih teratur selain membuat simpanan kewangan peribadi.

Berikut adalah perincian tarikh bayaran pencen bulanan dalam jadual pembayaran pencen bulanan pesara kerajaan bagi tahun 2019. Pembayaran Pencen Perkhidmatan anggota pencen perkhidmatan awam adalah dibayar sebulan sekali di mana tarikh pembayaran pencen adalah tertakluk kepada pindaan dari masa kesemasa.

GC-Icon
Tarikh-penting-jadual-pembayaran-pencen-2019-2020-pesara-kerajaan
JADUAL PEMBAYARAN PENCEN BULANAN PESARA KERAJAAN TAHUN 2019
Tahun Baru Cina 5 & 6 Februari
No-1 JANUARI No-2 FEBRUARI No-3 MAC
22.1.2019
(Selasa)
21.02.2019
(Khamis)
21.03.2019
(Khamis)
Hari Gawai 1 & 2 Jun
Hari Raya Aidilfitri 5 & 6 Jun
Hari Pesta  Kaamatan 30 & 31 Mei
No-4 APRIL No-5 MEI No-6 JUN
22.4.2019
(Isnin)
21.5.2019
(Selasa)
24.06.2019
(Isnin)
Hari Raya Aidiladha 11 Ogos
No-7 JULAI No-8 OGOS No-9 SEPTEMBER
22.07.2019
(Isnin)
19.08.2019
(Isnin)
23.09.2019
(Isnin)
Hari Deepavali 27 Oktober
No-10 OKTOBER No-11 NOVEMBER No-12 DISEMBER
14.10.2019
(Isnin)
21.11.2019
(Khamis)
16.12.2019
(Isnin)
Hari Krismas 25 Disember
Klik-Link Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Pencen Bulanan Tahun 2019
Close