Menu Bola

Bayaran harga terkini buat pasport antarabangsa Malaysia 2018

11:37 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 18 October 2018 jam 11:38 AM oleh GC.editor

Pasport Malaysia antarabangsa merupakan suatu dokumen perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud tujuan keluar negara.

Laporan Indeks Pasport 2018 yang disediakan oleh Arton Capital me­nunjukkan bahawa pasport antarabangsa Malaysia kini berada di kedudukan tangga keenam paling berkuasa di dunia.

Pasport antarabangsa Malaysia terus ditambah baik dengan ciri ke­selamatan tambahan bagi menepati piawaian Dokumen 9303 ICAO pada 2013 dan lokasi cip dimasukkan ke dalam halaman muka surat biodata pada 2016.

Sebagai makluman, pasport antarabangsa Malaysia terkini versi baharu ditambah baik dengan 50 ciri keselamatan tambahan, reka bentuk lebih unik, paparan mercu tanda negara, flora dan fauna tempatan serta menerapkan falsafah lima prinsip Rukun Negara.

Permohonan pembaharuan pasport Malaysia antarabangsa boleh dibuat secara dalam talian dan perkhidmatan pasport juga bertaraf dunia di mana pasport disiapkan dalam tempoh sejam selepas bayaran, mendahului negara-negara maju di dunia.

KADAR BAYARAN HARGA TERKINI BUAT PERMOHONAN BARU DAN PEMBAHARUAN PASSPORT MALAYSIA ANTARABANGSA 2018

Bayaran bagi permohonan pasport antarabangsa Malaysia bagi warga berumur 13 hingga 59 tahun untuk tempoh sah laku lima tahun adalah RM200

Manakala kadar bayaran bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah pula serta jemaah haji dan pelajar mengikuti program ijazah di luar negara (21 tahun dan ke bawah) ialah RM100. Sementara permohonan Orang Kelainan Upaya (OKU) percuma.

PERINCINAN KADAR BAYARAN PEMOHONAN DAN PEMBAHARUAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA
Tempoh Sah Laku 5 Tahun
BayaranKategori
RM Kecil200Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun)
RM Kecil100Warga emas (60 tahun ke atas)
RM Kecil100Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)
RM Kecil100Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah)
RM Kecil100Jemaah Haji (surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik)
PercumaOrang Kelainan Upaya (OKU)
Permohonan dan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa boleh dibuat di semua pejabat Imigresen.
PAUTAN CARIAN MAKLUMAT BERKAITAN
Klik LinkPanduan Lengkap | Garis Panduan | Syarat | Permohonan Baharu Passport Malaysia Antarabangsa
Klik LinkMaklumat Lengkap Permohonan Pembaharuan Passport Malaysia Antarabangsa Dan Semakan Status Permohonan Secara Online