Menu Bola

Tarikh bila bayaran duit BSH 2019 dapat Bantuan Sara Hidup Rakyat

05:57 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 28 March 2019 jam 10:23 PM oleh GC.editor

Sejarah telah tercipta di bumi Malaysia yang bertuah ini. Setelah 60 tahun Barisan Nasional memerintah Malaysia, akhirnya pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) rakyat telah memilih untuk beralih kepada pucuk pimpinan yang baharu, Pakatan Harapan. Pakatan Harapan yang diterajui oleh mantan Perdana Menteri selama 22 tahun itu kembali menerajui parti yang baharu dan berjaya menumbangkan Barisan Nasional dengan majoriti mudah.

Pasca pilihan raya menyaksikan pelbagai pembaharuan dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Menerusi sidang media oleh Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan ditukar kepada Bantuan Sara Hidup (BSH).

Mengikut perancangan seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2019 kerajaan akan mengagihkan bantuan selepas tahun baru cina namun akan dipercepatkan pada 28 Januari 2019 untuk fasa pertama. Katanya lagi kerajaan komited untuk memberi BSH kepada golongan sasar B40 namun proses pemutihan untuk mengeluarkan penerima yang bukan B40 mengambil masa. Oleh itu untuk fasa pertama ini kerajaan akan menggunakan data lama dan kaedah lama dalam membuat pengagihan bantuan.

Pengagihan BSH fasa pertama ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion. BSH menfokuskan kepada golongan B40 yang berpendapatan RM 2,000 seisi rumah akan menerima sebanyak RM 1,000. Isi rumah yang berpendapatan RM2,001 dan RM3,000 akan mendapat bantuan RM750 manakala bagi isi rumah yang berpendapatan antara RM3,001 dan RM4,000 pula akan mendapat bantuan RM500. Penerima akan menerima wang melalui akaun bank yang telah didaftarkan. Pengagihan fasa 2 dijangka akan mensasarkan golongan B40 sebaik sahaja data penerima dikemas kini oleh kerajaan.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT (BSH) MENGIKUT FASA

Kerajaan telah menetapkan pembahagian Bantuan Sara Hidup dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan gaji penerima. Berikut merupakan tarikh pembayaran  Bantuan Sara Hidup Rakyat mengikut kategori yang ditetapkan seperti dalam jadual pembayaran BSH 2019 di bawah.

Info
Tarikh BSHR
TARIKH BAYARAN BSH 2019
Cara Bayaran
Fasa 1
RM Besar300
28 Januari 2019
Fasa 2
RM BesarDalam Proses
Mei 2019
Fasa 3
RM BesarDalam Proses
Ogos 2019
TARIKH BAYARAN BSH BUJANG 2019
Cara Bayaran
One-off
RM Besar100
28 Mac 2019
KATEGORI DAN SYARAT PENERIMA SERTA JUMLAH BANTUAN BSH 2019

RM Besar500

Individu Lelaki PerempuanKATEGORI 1 | ISI RUMAH
Berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000

RM Besar750

Isi RumahKATEGORI 2 | ISI RUMAH
Berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000

RM Besar1,000

Isi RumahKATEGORI 3 | ISI RUMAH
Berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah

RM Besar120

Isi RumahKADAR TAMBAHAN | SETIAP ANAK
Berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah
Untuk setiap anak (berumur 18 tahun ke bawah sahaja)
Bagi anak kelainan upaya (OKU) tiada had umur
Diterhadkan kepada (4) empat orang anak sahaja
Mulai 30 Mei 2018 nama Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) digantikan dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)
No 1Tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup boleh berubah mengikut ketetapan daripada pihak kerajaan
No 2Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat, penerima boleh lawati laman sesawang rasmi Bantuan Sara Hidup seperti di bawah:
Klik LinkFAQ Bantuan Sara Hidup 2019/
No 3Pengumuman pertukaran tarikh agihan Bantuan Sara Hidup Rakyat akan dihebahkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia
No 4Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini dengan kadar segera dilaman ini
INFO BERKAITAN
Klik Link Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019 Pendaftaran Baru
Klik Link Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSH) Online Dan Borang Manual