Menu Bola

Tarikh penting bila bayaran duit BR1M 2018 dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia

22:32 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 3 August 2018 jam 08:22 PM oleh GC.editor

Bantuan kewangan, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya akan diperoleh kepada pemohon baharu dan penerima sedia ada sekiranya permohonan dan kemaskini maklumat yang dibuat sebelum tarikh tutup Permohonan Baharu / Kemaskini BR1M 2018 telah diluluskan mengikut syarat dan kelayakan seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Untuk mengetahui sama ada permohonan baharu atau kemaskini maklumat itu telah diluluskan atau tidak, pemohon dan penerima sedia ada perlu membuat Semakan Status Permohonan BR1M 2018 melalui aplikasi MyBR1M atau dimaklumkan melalui surat makluman keputusan BR1M yang akan dihantar ke alamat pemohon.

Terdahulu pada pembentangan Bajet 2018, Kerajaan mengumumkan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan bantuan ini terbukti berkesan sebagai suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

Kerajaan juga berharap pembayaran BR1M 2018 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

JADUAL RASMI TARIKH PENTING AGIHAN PEMBAYARAN BRIM 2018 BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA

Bagi setiap pemohonan baharu dan kemaskini maklumat penerima sedia ada yang telah diluluskan atau berjaya akan mendapat manfaat nilai bantuan kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 mengikut kategori yang ditetapkan seperti dalam jadual pembayaran BR1M 2018 di bawah.

GC Icon
BR1M
Individu Lelaki PerempuanKATEGORI 1 | INDIVIDU LELAKI ATAU PEREMPUAN
Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
Tarikh
RM Besar450
Bayaran
26 Feb 2018One-Off
Isi RumahKATEGORI 2 | ISI RUMAH
Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000
RM Besar900
Peringkat Bayaran
Fasa 1RM Besar30026 Feb 2018
Fasa 2RM Besar3006 Jun 2018
Fasa 3RM Besar30015 Ogos 2018
Isi RumahKATEGORI 3 | ISI RUMAH
Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah
RM Besar1,200
Peringkat Bayaran
Fasa 1RM Besar40026 Feb 2018
Fasa 2RM Besar4006 Jun 2018
Fasa 3RM Besar40015 Ogos 2018
Info
No 1Tarikh yang betul berhubung dengan agihan duit BR1M 2018 kepada penerima hanya akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) seterusnya akan dihebahkan oleh media arus perdana. Sila nantikan maklumat tersebut daripada media rasmi.
No 2Selain itu, penerima disarankan melayari Portal Rasmi e-BR1M bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkenaan tarikh pembayaran BR1M 2018 kepada pemohon dan penerima yang berjaya.
Klik Linkhttps://ebr1m.hasil.gov.my
No 3Tarikh yang tepat pengkreditan duit BR1M kepada penerima turut akan dinyatakan dalam ruangan jadual di atas bersertakan maklumat / berita rasmi yang berkaitan.
No 4Agihan bayaran BR1M 2018 mengikut tarikh pembayaran adalah tertakluk kepada perubahan. Sekiranya berlaku perubahan, tarikh yang berkenaan akan dikemaskini dengan kadar segera.
PAPARAN INFO BERKAITAN
Klik Link Tarikh Penting Bayaran duit BSHR Bantuan Sara Hidup Rakyat