Cara Bayar Yuran UiTM Online Pelajar Baru

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan salah sebuah universiti awam yang dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). UiTM berpangkalan di Shah Alam dan telah diwujudkan pada tahun 1956 yang dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA pada awalnya penubuhannya. Ketika itu UiTM hanya membuka pendaftaran kepada lebih kurang 50 pelajar dengan menfokuskan untuk membantu orang melayu di luar bandar. Namun kini, UiTM telah menjadi salah satu universiti awam pilihan rakyat Malaysia yang telah melahirkan ramai ilmuan dalam pelbagai bidang.

UiTM mempunyai 35 buah kampus dengan satu kampus utama. Ia mampu menawarkan lebih kurang 515 program dari peringkat asasi hingga peringkat pascasarjana. UiTM juga menawarkan pengajian sepenuh masa dan separuh masa kepada pelajar yang berminat untuk menuntut ilmu di UiTM. Antara sebab utama UiTM menjadi pilihan adalah yuran yang dikenakan adalah antara yang termurah dalam kalangan institut pengajian tinggi.

Bagi memudahkan pelajar, bayaran yuran boleh dibuat dengan cara pembayaran manual dan juga online (perbankan internet). Bayaran online boleh dilakukan dengan perbankan internet di bank islam. Selain itu semakan juga boleh dilakukan secara online. Bayaran secara manual juga boleh dilakukan dengan membuat bayaran di kaunter bank islam atau mesin ATM.

CARA BAYAR YURAN PENGAJIAN UiTM SECARA ONLINE DAN KAUNTER BANK UNTUK PELAJAR BARU

Berikut dikongsikan cara untuk membuat bayaran yuran secara online dan di kaunter bank kepada pelajar yang ingin membuat pendaftaran masuk ke UiTM:

GC-Icon
cara-bayar-yuran-UiTM-online
 CARA BUAT BAYARAN YURAN UiTM ONLINE

Portal Rasmi Bank Islam

No-1 Sila layari pautan di atas
No-2 Klik pada butang internet banking log in
No-3 Kemudian sila masukkan user ID seperti yang diminta kemudian klik log in. Pastikan private image dan private word adalah betul kemudian klik /.
No-4 Sila masukkan password anda dan tekan butang log in
No-5 Langkah seterusnya, pilih bill payment dan klik bill presentment
step-bayar-yuran-UiTM-online
No-6 Pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan, sila pilih Universiti Teknologi MARA. Kemudian klik butang “next”
No-7 Masukkan nombor kad pengenalan pelajar dan tekan butang “next”. Senarai dan jumlah bayaran yang perlu dijelaskan akan dipaparkan di skrin anda
No-8 Pilih bil yang hendak dibayar kemudian tekan butang “pay”
step-bayaran-yuran-UiTM
No-9 Butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan jumlah yang perlu dibayar akan dipaparkan. Kemudian sila pilih sumber akaun untuk membuat bayaran dan tekan butang “pay”
No-10 Kemudian tekan butang “request IAC number”. IAC number akan dihantar melalui SMS ke telefon bimbit anda
No-11 Masukkan IAC number yang diberikan dan klik “confirm” untuk mengesahkan pembayaran. Kemudian nombor rujukan pembayaran akan dipaparkan dan sedia untuk dicetak
 CARA BAYARAN DI KAUNTER BANK ISLAM

Portal Rasmi myfinancial UiTM

No-1 Sila layari pautan di atas
No-2 Masukkan nombor pelajar anda
No-3 Pilih butang bill pelajar pada bahagian maklumat bill
No-4 Cetak bill yang dipaparkan dan sila buat bayaran di mana-mana kaunter Bank Islam berdekatan
No-5 Pada slip bank,sila tuliskan nombor dokumen seperti yang tertera di bill
MESIN ATM
Bayaran yuran juga boleh dilakukan dengan menggunakan mana-mana mesin ATM Bank Islam berdekatan. Caranya adalah seperti berikut:
No-1 Masukkan kad dan pin keselamatan seperti biasa
No-2 Pada paparan skrin, tekan butang menu kemudian klik butang lain. Kemudian klik pembayaran bill. Kemudian pilih butang yuran IPT
No-3 Masukkan no kad pengenalan anda
No-4 Pilih bill yang perlu dibayar.Pastikan amaun adalah sama seperti yang dinyatakan dalam bill pelajar
No-5 Simpan slip sebagai rujukan akan datang
Close