Senarai barangan serta perkhidmatan yang kena dan terkecuali SST 2.0

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Malaysia telah menjalankan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau SST 2.0 berkuat kuasa  mulai 1 September 2018 (Sabtu) yang menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang telah dimansuhkan pada Mei 2018 dan akan dikelolai oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

SST telah diperkenalkan semula oleh pemerintahan kerajaan Malaysia yang baru diterajui oleh Pakatan Harapan setelah menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 yang lepas. Menerusi 10 Janji Pakatan Harapan pada pilihan raya tersebut, salah satunya adalah menghapuskan cukai GST untuk membantu meringankan beban yang ditanggung masyarakat.

Melalui pelaksanaan SST, kerajaan telah mengenakan pengecualian cukai kepada 5443 barangan berbanding GST dahulunya sebanyak 545 barangan sahaja yang telah pun dikenakan cukai 6%  pada awal pelaksanaannya pada tahun 2015. Senarai barangan yang dikecualikan dan dikenakan SST telah pun dipamerkan di laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Walau bagaimanapun, menurut Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng, senarai tersebut masih belum dimuktamadkan dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas semua pihak. Kajian dan pindaan akan dilakukan dan dijangka diumumkan pada hujung tahun 2018.

GC Icon
Senarai Barangan Kecuali SST 2
InfoPERBEZAAN GST DAN SST DI MALAYSIA
GSTSST
No 1Cukai pelbagai peringkat atau “Multi-stage tax”  berasaskan konsep nilai tambah yang dikenakan di setiap peringkat dalam rantaian bekalan seperti pengeluar, pemborong dan peruncit.No 1Cukai seperingkat yang mana cukai ini hanya dikenakan sekali sahaja kepada pengilang atau pengeluar lazimnya di peringkat output.
No 2Kadar 6% pada setiap barangan yang dikenakan.No 2Kadar 5%, 10% atau kadar yang ditetapkan oleh kerajaan.
No 3Hanya 545 barangan sahaja dikecualikan daripada dikenakan cukaiNo 3Sebanyak 5443 barangan dikecualikan daripada dikenakan cukai.
SST 2.0
SST (Sales and Services Tax) juga dikenali sebagai cukai jualan dan perkhidmatan telah diperkenalkan semula setelah pemansuhan GST. Cukai ini terbahagi kepada dua kategori iaitu cukai perkhidmatan dan cukai jualan
CUKAI PERKHIDMATAN
Berikut merupakan ringkasan senarai perkhidmatan yang dikenakan SST pada kadar 6%:
No 1Perkhidmatan profesional – Guaman, Perakaunan, Penilai
No 2Saluran TV Berbayar dan Perkhidmatan Telekomunikasi
No 3Penyediaan Bekalan Elektrik
No 4Penyediaan Makanan dan Minuman – Restoran, Katering, Kafe
No 5Insurans dan Takaful
No 6Kelab – Kelab Malam, Kelab Golf, Kasino, Loteri
Klik LinkSenarai Lengkap Perkhidmatan Yang Dikenakan SST
CUKAI JUALAN
SST yang dikenakan kepada jualan mempunyai dua kadar yang berbeza iaitu 5% dan 10%
5%10%
No 1Makanan segar – Daging; Unta, Monyet, Arnab.No 1Rokok – Semua jenis kecuali tembakau.
No 2Makanan Laut – Udang Geragau, Udang Kering, Tiram, Kerang, Ikan Masin.No 2Sabun – Sabun Basuh, Sabun Mandi, Sabun Cuci Pinggan, Sabun Cuci Kereta
No 3Sayur-sayuran – Sayur Campur (Sejuk Beku) Cendawan (Dalam Tin, Kering), Jagung Manis (Sejuk Beku).No 3
Barangan Kosmetik – Bedak Talkum, Bedak Bayi, Pewarna Rambut, Minyak Wangi.
No 4Buah-Buahan – Campuran Buah-buahan Kering, Campuran Kekacang Kering, Gambir, Kacang Tanah, Kacang Merah.No 4Minuman – Malt Coklat, Air Berkarbonat, Air Kotak, Air Tin, Arak.
No 5Daging Diproses – Keropok Ikan, Keropok Udang, Burger Ayam, Burger Daging, Daging Cincang.No 5Koko –  Coklat, Coklat Masakan, Coklat cip.
No 6Makanan kering – Oat, Santan, Biskut, Jem Buah, Bertih Jagung, Kerepek
*Untuk senarai lengkap sila klik pautan JKDM di atas.
No 6Gula – Gula-gula, Gula-gula getah, Lozenge Tekak.
*Untuk senarai lengkap sila klik pautan JKDM di atas.
Dikecualikan SST
TickMakanan segar – Daging; Lembu, Kambing, Ayam, Itik, Ikan, Telur.
TickSayur-sayuran – Kailan, Kangkung, Lobak, Timun, Tomato, Bawang.
TickBuah-buahan – Pisang, Kelapa, Durian, Cempedak, Oren, Tembikai, Mangga.
TickKeperluan harian – Beras, kopi, teh, tepung susu, gula, minyak masak kelapa sawit.
TickKesihatan – Ubat-ubatan, Produk Farmaseutikal, Lampin, Tuala wanita.
Klik LinkSenarai Lengkap Barang Yang Dikenakan Dan Dikecualikan SST
Close