Kerajaan mansuh BR1M perkenal bantuan sara hidup kepada rakyat
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Sebelum pilihanraya umum ke-14 yang lalu, Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir telah mengumumkan pemberian BR1M akan diteruskan jika dipilih sebagai kerajaan pemerintah yang baru. Kini, kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan telah mengumumkan beberapa penambahbaikan dan pertukaran polisi dalam pentadbiran negara.
Terdapat beberapa projek/ Inisiatif kerajaan di bawah kerajaan terdahulu telah dibatalkan dengan sebahagian daripadanya diteruskan dan ditambah baik.
Seperti yang dijanjikan, kerajaan akan terus memberikan bantuan kewangan sebagai subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pada 30 Mei 2018, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan digantikan dengan Bantuan Sara Hidup.
BANTUAN SARA HIDUP 2018 GANTI BR1M
Buat masa ini, tiada perubahan ketara yang dilakukan dalam skim bantuan sara hidup kepada rakyat berpendapatan rendah kerana hanya pembaharuan nama yang dilakukan. Penerima-penerima BR1M sedia ada tidak perlu risau kerana akan terus menerima bantuan kewangan ini pada kadar bayaran bantuan yang sama. Pemberian bantuan ini diharapkan dapat mengurangkan beban kos sara hidup golongan yang memerlukan.
Selain bantuan sara hidup, beliau turut mengumumkan beberapa perubahan polisi yang lain hasil daripada keputusan mesyuarat kabinet mingguan.
| ||
Sebagai makluman, berikut merupakan intipati sidang media selepas Mesyuarat Kabinet kali kedua oleh Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad:- |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |