Menu Bola

Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

22:13 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 16 December 2018 jam 10:13 PM oleh GC.editor

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat komited dalam memastikan setiap masyarakat menerima pendidikan tanpa mengira kaum mahupun status. Menyedari bahawa antara punca keciciran di kalangan murid sekolah adalah disebabkan kemiskinan, KPM telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib berkuatkuasa Januari 2003 bagi mengatasi masalah keciciran di kalangan murid sekolah khususnya bagi golongan miskin.

Dalam dasar tersebut di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] menyatakan bahawa ibu bapa wajib untuk menghantar anak mereka ke sekolah bermula Darjah Satu (1). Kerajaan juga sedar bahawa bantuan perlu dihulurkan kepada golongan miskin agar mampu untuk mengikuti pelajaran di sekolah. Justeru sebuah tabung bernama “Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin” dilancarkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah.

Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) ini mendapatkan sumber kewangan daripada peruntukan kerajaan dan juga melalui sumbangan pihak luar. Hal ini telah mendapat kelulusan dalam Surat Ikatan Amanah daripada Kementerian Kewangan pada 10 April 2003. Orang ramai yang ingin membuat sumbangan kepada tabung ini boleh berbuat demikian melalui panduan yang akan dikongsikan di bawah.

Bermula tahun 2019, KPM dalam proses bagi menyediakan data untuk permohonan KWAPM secara atas talian (onine) melalui sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) – Modul KWAPM bagi murid Darjah 2 hingga Darjah 6 sesi persekolahan tahun 2019. Murid yang layak menerima bantuan KWAPM akan dikenalpasti menggunakan Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) yang mempunyai pendapatan ibu bapa / penjaga yang telah dikemaskini sehingga 28 September 2018. Seterusnya, data tersebut akan dimuat naik ke dalam sistem APB – Modul KWAPM bagi tindakan selanjutnya.

PERMOHONAN KWAPM 2019 KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN 

Berikut dikongsikan jenis permohonan KWAPM dan juga syarat-syarat kelayakan permohonan bantuan KWAPM beserta cara membuat sumbangan ke Tabung KWAPM:

GC Icon
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
PERMOHONAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)
Permohonan adalah melalui kemaskini pendapatan ibu bapa/penjaga  di sekolah oleh guru bertugas pada tahun sebelumnya. 
Bagi murid yang layak menerima bantuan tetapi tidak sempat mengemaskini data pada tarikh yang ditetapkan anda mungkin akan tercicir daripada menerima Bantuan KWAPM bagi tahun 2019. 
JENIS DAN KADAR BANTUAN KWAPM
Berikut adalah jenis dan kadar bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin:
Jenis Data / Status KemiskinanBantuan Am Persekolahan (BAP)
Abjad AData Sedia Ada (DSA – Permohonan Sekolah)RM100 / setahun (Sekolah Rendah) 
Abjad BeKASIH (Miskin dan Miskin Tegar)RM150 / setahun (Sekolah Menengah)
Abjad CData Murid Orang Asli (DMOA) (Miskin dan Miskin Tegar) 
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KWAPM
No 1Pelajar warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah / Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan bagi Tahun 1 hingga Tingkatan 1
No 2Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKasih dan eDamak dan telah disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja. 
No 3Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti berikut:
Pendapatan Garis Kemiskinan
No 4Pelajar BUKAN daripada penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar. 
PROSES PERMOHONAN BANTUAN KWAPM
Berikut adalah proses permohonan bantuan KWAPM:
Klik LinkCarta Aliran Proses Permohonan Bantuan KWAPM (Permohonan Sekolah)
SUMBANGAN KE TABUNG KWAPM 
Untuk yang berminat memberi sumbangan ke Tabung KWAPM, anda boleh memberi sumbangan dengan cara berikut: 
No 1Mengkredit terus sumbangan ke atas nama SUMBANGAN TABUNG KWAPM ke akaun bank berikut:
Klik Link No. Akaun: 5640 1611 7704 (Maybank)
NotaDipohon agar setiap penyumbang memfakskan butiran diri dan transaksi (slip pembayaran) kepada Unit KWAPM – Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, KPM bagi cetakan resit rasmi (Hubungi: 03-88847611/7509)
Sumbangan akan diberikan resit rasmi pengecualian cukai 
No 2Melalui Skim Sumbangan Potongan Gaji Bulanan Secara Sukarela Kakitangan Awam dengan mengisi borang potongan gaji bulanan (seperti di bawah) dan dikemukakan kepada Unit Kewangan di Kementerian / Jabatan / Agensi masing-masing. 
Klik LinkBorang Kebenaran Potongan Gaji Bulanan untuk Sumbangan kepada tabung KWAPM
No 3Dengan menghantar cek berpalang/wang pos/kiriman wang atas nama Ketua Akauntan Kementerian Pendidikan Malaysia dan dialamatkan kepada:
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Kewangan
Aras 6-7, Blok e12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerjaan Persekutuan
62640, Putrajaya
(Tel: 03-8000 8000) 
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut berkaitan KWAPM boleh diajukan kepada:
Alamat:
Unit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Kewangan, Aras 6-7, Blok e12,
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, Putrajaya.
Telefon / Faks:
+603-88847002/7091/7088/7020/7647/7303
Emel:
kwapm@moe.gov.my