Menu Bola

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

20:28 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 9 April 2019 jam 08:28 PM oleh GC.editor

Kerajaan sedang dalam usaha untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat. Oleh itu pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dengan menyediakan inisiatif pinjaman perumahan berpandukan pendapatan sebulan peminjam. Salah satu badan yang diberi kepercayaan untuk mentadbir pinjaman perumahan adalah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). LPPSA merupakan badan berkanun yang mentadbir pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan dalam sektor awam.

Kakitangan awam yang telah membuat pinjaman boleh membuat semakan baki pinjaman perumahan kerajaan melalui dua cara iaitu online dan sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) merupakan satu sistem yang disediakan oleh LPPSA khusus untuk peminjam membuat semakan baki pinjaman mereka secara mudah dan tepat.

Bermula dari 1 Januari 2016, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah dijenamakan semula kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan diletakkan di bawah seliaan Kementerian Kewangan Malaysia. Dengan penjenamaan semula ini, bantuan khas boleh disediakan untuk kakitangan kerajaan yang berkelayakan untuk membuat pinjaman rumah yang berharga sehingga RM 750,000. Beberapa inisiatif baru juga telah diperkenalkan bertujuan memudahkan pemohon untuk membuat pinjaman perumahan.

SEMAKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN LPPSA SECARA ONLINE DAN SMS

Berikut merupakan cara-cara membuat semakan untuk baki pinjaman perumahan kerajaan LPPSA. Untuk pengetahuan semua, terdapat dua cara untuk membuat semakan, pertama secara online dan kedua adalah melalui kaedah SMS. Sila rujuk langkah di bawah untuk membuat semakan:

GC Icon
semakan baki pinjaman LPPSA
CARA MEMBUAT PENDAFTARAN AKAUN LPPSA
Berikut merupakan cara pendaftaran pengguna baru:
No 1Klik pautan yang disediakan di bawah untuk membuat pendaftaran

PERMOHONAN PENDAFTARAN PENGGUNA BARU

No 2Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan. Maklumat yang bertanda * adalah ruangan yang wajib diisi
No 3Tandakan pada kotak terma dan syarat sebagai tanda anda bersetuju dengan terma dan syarat kemudian tekan butang daftar
No 4Pengguna yang telah mendaftar boleh mengakses perkhidmatan seperti berikut:
bullet pointSemakan status permohonan baru
bullet pointStatus baki pinjaman
bullet pointPenyata tahunan
bullet pointBayaran balik pinjaman
bullet pointStatus bayaran kemajuan
bullet pointPenyata tahunan
CARA MEMBUAT SEMAKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN ONLINE
Selesai membuat pendaftaran, maklumat anda sudah berada dalam sistem. Semakan boleh dibuat secara online dan sms. Cara membuat semakan adalah seperti berikut:
No 1Klik pautan di yang disediakan di bawah untuk membuat semakan

SEMAKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

No 2Masukkan no kad penggenalan/no pasport dan kod captcha kemudian tekan butang semak
CARA MEMBUAT SEMAKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN SMS
Cara membuat semakan secara sms adalah seperti berikut:
No 1Taip LPPSA<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan
No 2Kemudian hantar sms ke 15888
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai masalah berkaitan semakan baki pinjaman perumahan kerajaan, sila rujuk maklumat dibawah:
BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN
PERBENDAHARAAN MALAYSIA
NO 9 KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN
PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62592 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Talian Telefon: 03 – 8880 2061/03 – 8880 2561
Klik LinkFAQ LPPSA
Klik LinkPanduan Pengguna LMS