Semakan Baki AEON Kredit online dan sms

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

AEON merupakan antara pasaraya terkenal di Malaysia yang namanya tidak asing lagi bagi kita. Sebut sahaja AEON, pasti semua orang pernah mendengarnya. AEON yang dahulunya dikenali sebagai JUSCO merupakan peruncit terbesar di rantau Asia. Ia merupakan satu rangkaian yang terdiri daripada 300 buah anak syarikat dan 26 syarikat ekuiti yang merangkumi kedai serbaneka “Ministop”, pasaraya, pusat beli-belah dan kedai-kedai khusus.

Ramai yang tahu tentang AEON, tetapi bagaimana pula dengan servis atau perkhidmatan yang disediakan? Salah satu perkhidmatan yang dapat digunakan oleh para pelanggan untuk membeli-belah di AEON adalah penggunaan kredit khas yang disediakan oleh AEON Credit Service.

Umum mengetahui bahawa AEON Credit Service menyediakan perkhidmatan hutang kepada para pelanggan melalui kad kredit, insurans, ansuran bulanan, dan pinjaman peribadi. Namun begitu, mereka tidak bertindak sebagai suatu institusi kewangan. Perkara ini disebabkan keuntungan mereka hanya diperoleh menerusi faedah atau interest dari pihak pemiutang dan terhad untuk beberapa perkhidmatan sahaja.

Buat makluman semua, terdapat dua cara untuk membuat semakan baki AEON Kredit iaitu melalui semakan atas talian/ online dan secara SMS dengan menggunakan telefon pintar. Hal ini dapat memudahkan para pelanggan sekiranya terlupa samada masih ada baki atau tidak di dalam akaun mereka agar dapat menyemak jumlah kredit yang tinggal di mana-mana saja mereka berada.

CARA SEMAKAN BAKI PINJAMAN AEON KREDIT ONLINE DAN SMS

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Baki AEON Kredit yang merangkumi langkah-langkah untuk membuat semakan secara atas talian/online dan menggunakan khidmat pesanan ringkas SMS:

GC-Icon
semak-baki-aeon-kredit
SEMAKAN BAKI AEON KREDIT SECARA ONLINE
Untuk membuat semakan baki kredit AEON secara online, kepada yang sudah mempunyai akaun boleh Log Masuk melalui Laman Web Utama AEON Credit pada pautan berikut:

LOG MASUK KE LAMAN WEB AEON CREDIT

Bagi para pelanggan yang belum memiliki akaun untuk Log Masuk ke Laman Web Utama AEON Credit, lengkapkan pendaftaran melalui pautan ini:

DAFTAR DI LAMAN WEB AEON CREDIT

Isikan nombor kad pengenalan kemudian klik SUBMIT 
Nota  Bagi bulan yang upahnya melebihi RM20,000.00 pula, caruman oleh pekerja hendaklah dikira pada kadar 11% daripada amaun upah bagi bulan itu, dan caruman oleh majikan hendaklah dikira pada kadar 12% daripada amaun upah bagi bulan itu. Jumlah caruman yang termasuk wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit berikutnya.
SSEMAKAN BAKI AEON KREDIT MELALUI SMS
Bagi memudahkan lagi urusan para pelanggan, baki AEON kredit dapat disemak menggunakan telefon pintar sahaja melalui SMS. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
No-1  Buka aplikasi Messaging dan taip mesej baru
Cara-Semak-Baki-Pinjaman-AEON-Credit-1-1
No-2  Taip Kod Ringkas yang ditetapkan oleh AEON
Cara-Semak-Baki-Pinjaman-AEON-Credit-3-1
Sebagai contoh: AEON Keyword (4-digit terakhir No. IC) 

Panduan bagi inquiry Credit Card adalah seperti berikut: 

Keywords:

Status Permohonan : AEON CCSTS 1234*
Baki Tertunggak : AEON CCBAL 1234*
Amaun Bayaran Minima : AEON CCMIN 1234*
Limit Yang Ada : AEON CCAVA 1234*
Untuk Mengaktifkan Kad : AEON CCACT 5678**1234*  

**5678 = 4 digit terakhir nombor kredit kad 

*1234 = 4 digit terakhir nombor I.C. atau passport 

AEON-XPRESS Easy Payment/Personal Financing Inquiry 

Keywords:

Status Permohonan : AEON STS 1234*
Baki Tertunggak : AEON BAKI 1234*
Amaun Bayaran : AEON BAYAR 1234*
Tarikh Bayaran Terakhir : AEON AKHIR 1234

Kadar dan Caj:

Caj biasa: Satu SMS dicaj RM0.15
Kadar SMS yang standard akan dicaj untuk setiap SMS gagal yang diterima
Kadar SMS yang standard adalah berdasarkan kepada khidmat rangkaian

No-3  Hantarkan mesej ke 63633
Cara-Semak-Baki-Pinjaman-AEON-Credit-2-1
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi butiran berikut atau klik pautan di bawah:
Tick Talian Khidmat Pelanggan AEON Credit Service : +603 2719 9999
Tick E-mel AEON Credit Service : customer.service@aeoncredit.com.my
Klik-Link Laman Web Rasmi AEON Credit
Close