Ringkasan Intipati Bajet 2020 Belanjawan Malaysia Semua Sektor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Umum mengetahui bahawa tema untuk Bajet 2019 adalah Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera dan jumlah peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM314.5 billion. Bagaimana pula dengan Bajet 2020 pada tahun ini? Sudah pasti ramai yang berharap agar kerajaan dapat membuat pembaharuan serta penambahbaikan terhadap apa-apa kekurangan daripada tahun lalu.

Buat makluman semua, bajet tahunan Malaysia merupakan perancangan perbelanjaan kerajaan dalam satu tahun fiskal untuk tujuan pelaksanaan projek serta program pembangunan negara menggunakan hasil pendapatan negara seperti cukai dan duti. Seperti tahun lalu, pembentangan Bajet 2020 juga akan diadakan di Dewan Parlimen dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga saluran berbayar terpilih.

Tahun ini merupakan tahun kedua bagi kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) untuk membentangkan bajet tahunan negara. Berdasarkan prestasi PH pada tahun lalu, kita dapat melihat pelbagai langkah dan inisiatif yang dilaksanakan untuk membantu memudahkan hidup rakyat Malaysia. Namun begitu, segala kekurangan yang terdapat dalam usaha mereka haruslah diambil sebagai pengajaran dan iktibar untuk menambahbaik apa-apa yang perlu pada masa akan datang.

Pasti ramai yang percaya bahawa pengurusan kewangan negara yang telus dan bersih daripada unsur rasuah dapat membawa kepada kemajuan dan keharmonian negara. Rakyat menaruh harapan yang besar terhadap kerajaan Pakatan Harapan agar dapat membawa aspirasi negara dan mensejahterakan rakyat yang berbilang kaum dan bangsa. Ia bukanlah suatu perkara yang mudah dan pada masa yang sama bukan juga suatu perkara yang mustahil. Pembentangan intipati bajet 2020 belanjawan Malaysia pasti akan menjadi suatu detik yang dinanti-nantikan semua.

RINGKASAN INTIPATI BAJET 2020 BELANJAWAN MALAYSIA

Sebagai rujukan dan panduan untuk rakyat Malaysia memperoleh maklumat yang sahih berkenaan Bajet 2020, berikut dikongsikan ringkasan pembentangan yang akan ditayangkan secara langsung di saluran RTM:

GC-Icon
ringkasan-bajet
 TEMA DAN PERUNTUKAN BAJET UNTUK TAHUN 2019-2020

2020

JUMLAH PERUNTUKAN | TEMA
RM-Besar  297 billion
Kemakmuran Bersama: Menjana Pertumbuhan Inklusif yang Berkualiti ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi
PERUNTUKAN TERPERINCI
Perbelanjaan Mengurus  Perbelanjaan Pembangunan Simpanan Luar Jangka
RM-Besar  241 billion RM-Besar  56 billion RM-Besar  2 billion

2019

JUMLAH PERUNTUKAN | TEMA
RM-Besar 314.5 billion
Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera
MAKLUMAT BELANJAWAN 2020
Berikut dikongsikan maklumat belanjawan 2020 buat rujukan semua
TERAS BELANJAWAN 2020
No-1 Memacu Pertumbuhan Ekonomi Baru Dalam Digital
No-2 Pelaburan Ke Atas Rakyat: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan
No-3 Mewujudkan Masyarakat Bersatu, Inklusif Dan Saksama
No-4 Memulihkan Institusi Dan Kewangan Negara
STRATEGI BELANJAWAN 2020
Bagi mencapai fokus utama belanjawan 2020, 15 strategi telah disusun untuk mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia iaitu:
1. Menjadikan Malaysia sebagai Pilihan Utama Destinasi Pelaburan
2. Mempercepatkan Ekonomi Digital
3. Memperkukuh Akses kepada Pembiayaan Perniagaan
4. Mengukuhkan Kepelbagaian Ekonomi
5. Meningkatkan Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia
6. Memodenkan Pasaran Buruh
7. Pelaburan dalam Pendidikan dan Bakat
8. Pembangunan Inklusif – Peruntukan RM10.9 bilion untuk pembangunan luar bandar
9. Ke Arah Perkhidmatan Kesihatan Yang Lebih Baik
10. Meningkatkan Ekosistem Pengangkutan
11. Meningkatkan Akses Kepada Perumahan
12. Perpaduan melalui Sukan
13. Mempromosikan Kelestarian Alam Sekitar
14. Komitmen Terhadap Konsolidasi Fiskal
15. Memperkukuhkan Institusi, Tadbir Urus dan Integriti
ISU UTAMA BAJET 2020
Berikut merupakan isu utama bajet 2020 Malaysia:
#Malaysiakerja 
#Graduankerja Graduan yang menerima kerja akan menerima insentif sebanyak RM500 sebulan kepada graduan yang telah menganggur lebih 12 bulan.  Manakala insentif sebanyak RM300 sebulan akan diberikan kepada majikan yang mengambil pekerja yang telah menganggur lebih daripada 12 bulan. Inisiatif ini akan disediakan dan diuruskan oleh KWSP dimana insentif gaji akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP
#Wanitakerja  Khas bagi golongan wanita yang berusia 30 hingga 50 tahun dan tidak bekerja selama setahun,  dan kembali bekerja akan menerima insentif sebanyak RM500 sebulan sepanjang dua tahun. Majikan akan menerima insentif sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh sama. Inisiatif ini akan disediakan dan diuruskan oleh KWSP dimana insentif gaji akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP
#Watankerja program kesamarataan kos pengambilan pekerja yang bertujuan mengurangkan kebergantungan pekerja asing berkemahiran rendah. Warganegara yang akan menggantikan pekerja asing akan diberikan insentif selama dua tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor. Majikan akan menerima insentif sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh sama. Inisiatif ini akan disediakan dan diuruskan oleh KWSP dimana insentif gaji akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP
#Perantiskerja adalah Program insentif TVET dalam bentuk elaun tambahan RM 100 sebulan
Bayaran Khas Kakitangan Kerajaan
Bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan ke bawah
Bagi pesara kerajaan, akan menerima bayaran khas sebanyak RM250 seorang. 
Bayaran khas ini akan disalurkan kepada semua penerima sebelum hujung tahun 2019
 Gaji Minima
Gaji minima dinaikkan kepada RM1200 mengikut bandar-bandar utama
 e-wallet
Semua rakyat atas 18 tahun yang berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun akan menerima RM 30 dalam e-wallet bermula 1 Januari 2020 untuk kali pertama bagi merangsang penggunaan dompet nirtunai
Bantuan Sara Hidup 
Bantuan Sara Hidup untuk 1.1 juta individu bujang dibawah umur 40 tahun dengan pendapatan kurang RM 2,000 sebulan akan menerima RM 300
Golongan OKU yang berumur 18 Tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM2000 sebulan layak menerima BSH
Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak untuk menerima sebanyak RM300 dan secara automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma
 Klik-Link Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) Pendaftaran Online Pemohon Baru
 Klik-Link Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) Online Dan Borang Manual
 Insentif Khas Kepada Sabah dan Sarawak 
Kerajaan Persekutuan akan membuat pemberian khas tahunan RM 53.4 juta kepada  Sabah dan sebanyak      RM 32 juta untuk Sarawak.  Kerajaan akan menggandakan lagi pemberian khas sebanyak  RM 470 juta untuk Sabah & Sarawak dalam tempoh lima tahun.
Lebuhraya Pan Borneo telah melalui proses rasionalisasi menjadikan RM 1.2 bilion penjimatan kos dalam pembinaan lebuhraya tersebut.
RINGKASAN INTIPATI BAJET 2020 MENGIKUT SEKTOR
Berikut dikongsikan ringkasan intipati Bajet 2020 mengikut sektor:
Sektor Pengangkutan 2020
MARRIS diberikan sebayank RM 4.85 bilion untuk penyelenggaraan jalan raya negeri. Kerajaan negeri diberi kelonggaran menaik taraf jalan, jambatan, parit, longkang dan cerun menggunakan dana MARRIS sehingga 15 peratus atau RM20 juta
RM 85 juta disediakan untuk mengurangkan kesesakan Tambak Johor. Sebanyak 50 kaunter tambahan akan dibuka untuk penunggang motorsikal serta kaunter imigresen dan PLUS juga ditambah baik. Kerajaan juga berhasrat meneruskan projek Sistem Rapid Transit (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura.
Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh juga dicadangkan untuk dinaik taraf. 
Pengangkutan Awam 
Kerajaan berhasrat untuk menyediakan sebanyak 500 buah bas elektrik akan diperkenalkan dengan peruntukan RM450 juta di bandar-bandar terpilih seluruh negara.
Kerajaan akan menaik taraf landasan keratapi kawasan Gorge Line antara Stesen Halogilat ke Stesen Tenom di Sabah sebagai langkah meningkatkan keselamatan penduduk dan menarik minat pelancong.
Pemansuhan Tol
Jemaah menteri menimbangkan cadangan mengambil alih saham atau melupuskan saham PLUS Malaysia Berhad. Kerajaan  bercadang diskaun 18 peratus akan diberikan di semua lebuhraya milik PLUS pada tahun 2020. 
Kerajaan juga telah meluluskan pengambil alihan lebuhraya KESAS, LDP, SPRINT, SMART, maka penggunaan tol percuma pada waktu bukan puncak dan pengurangan sebanyak 30 peratus diwaktu puncak serta waktu biasa diperkenalkan  
Mulai 1 Januari 2020, kadar tol Jambatan Pulau Pinang Pertama dan Kedua akan diseragamkan di mana kategori kereta persendirian dikurangkan kepada RM7.00
Subsidi Minyak 
Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar diperkenalkan. Sejumlah RM 30 sebulan untuk pemilik kereta, RM 12 untuk pemilik motorsikal tetapi tertakluk kepada syarat dan kelayakan.
Bagi pemandu yang layak tetapi bukan penerima BSH, mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menerima subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motorsikal. Kad95 akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020.
Harga runcit petrol dan diesel akan diapungkan secara beransur
Sektor Kesihatan 2020
Sejumlah 30.6 billion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia
RM1.6 billion untuk membina hospital baharu dan menaik taraf serta membesarkan hospital sedia ada. 
RM60 juta akan disediakan untuk menyediakan vaksin pneumococcal untuk semua kanak-kanak
Insentif kesuburan melalui KWSP akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepad pasangan yang menjalani rawatan kesuburan. Selain itu, pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6 ribu diberikan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan untuk penyakit serius akan diperluaskan untuk merangkumi kos rawatan kesuburan
Pelan Persaraan Swasta (PRS) menawarkan alternatif bagi rakyat menabung terutamanya kepada mereka yang tidak tertakluk kepada skim simpanan persaraan wajib
Perluasan mySalam dan PeKa B40
Mulai 1 Januari 2020, perlindungan mySalam dipanjangkan kepada:

  • Perlindungan ke atas  45 penyakit kritikal termasuk penyakit terminal, dan polio
  • indvidu berumur 65 tahun layak
  • individu yang mempunyai pendapatan kasar rm100 ribu, mereka akan menerima bayaran kritikal sebanyak rm4 ribu dan bayaran penggantian pendapatan sebanyak rm50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari apabila didiagnos dan dimasukkan ke hospital kerajaan
Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) akan diperluaskan kepada individu berumur 40 tahun ke atas
Sektor Pelancongan 2020
Sejumlah 1.1 billion peruntukan diberikan kepada MOTAC
Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera Pulau Pinang di beri peruntukan RM100 juta bagi membangunkan sistem kerata kabel baharu. Kos tambahan akan ditanggung oleh kerajaan negeri. 
RM5 juta diberikan kepada Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) untuk menyokong galeri seni visual dan penganjuran pameran seni. RM 10 juta akan diperuntukkan kepada Think City untuk memelihara budaya dan warisan bandar.
Taman Tema Antarabangsa
Pengecualian cukai 100% pendapatan untuk pelaburan baharu
Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus ditolak sehingga 70 peratus untuk lima tahun
Pelancongan Kesihatan
“Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020”
Sektor Komunikasi dan Multimedia 2020
Rm 21.6 bilion diperuntukkan kepada NFCP – National Fiberisation & Connectivity Plan
RM 250 Juta diperuntukkan kepada kawasan pedalaman Sabah Sarawak untuk infrastruktur internet 
Geran sebanyak RM50 Juta untuk pembangunan ekosistem 5G. Matching Grant sebanyak RM 25 Juta untuk projek perintis 5G seperti blockchain, IoT, pelbagai lagi.
Sektor Sukan 2020
RM 299 juta untuk menaiktaraf kemudahan sukan RM179 juta untuk Sukan Olimpik 2020, Sukan Sea 2021, dan sukan 
RM 45 Juta diberikan untuk pembangunan Bola Sepak Negara 
RM 10 juta disediakan bagi pembangunan atlet wanita
Peruntukan sebanyak RM20 juta kepada membangunkan E-Sports.
Sektor Sumber Manusia 2020
 Kerajaan akan menilai semula Akta Kerja 1955
 Cuti bersalin akan ditambah menjadi 90 hari 
 RM 500 juta peruntukkan bagi pembinaan pusat rehabilitasi baru Perkeso di Perak
 Faedah Ex-Gratia Kematian yang akan diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai RM150 000
Sektor Pertanian 2020
Industri Tani akan menerima sebanyak RM 4.9 bilion
Sejumlah RM810 juta diperuntukkan khusus bagi Lembaga kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) 
RM 738 juta untuk program penjanaan pendapatan kepada Risda dan Felcra
Sebanyak RM150 juta peruntukkan disediakkan untuk menaikkan elaun sara hidup nelayan sebanyak RM250 sebulan  berbanding RM200 sebelum ini.
Kerajaan memperuntukkan RM150 juta sebagai galakan program integrasi tanaman cili, nanas, kelapa, tembikai dan buluh. RM30 juta pula diperuntukkan bagi penghasilan beras pulut di Pulau Langkawi.
Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) diberikan sebanyak RM855 juta bagi meningkatkan hasil padi negara.  
Sektor Pendidikan 2020
Sejumlah 64.1 billion diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
Rm652 juta diperuntukkan kepada penyelenggaraan dan naik taraf sekolah
Program TVET diberikan peruntukkan sebanyak RM 5.9 bilion
Sejumlah RM1.3 billion diperuntukkan kepada MARA dan sebanyak RM2 billion lagi untuk membiayai pinjaman untuk 50 ribu pelajar.
Sektor Keselamatan 2020
RM 15.6 bilion diberikan  kepada Kementerian Pertahanan Malaysia
RM 235 Juta diperuntukkan kepada Kastam bagi membeli 20 pengimbas kargo berteknologi tinggi. Cadangan sebanyak  11,000 CCTV akan dipasang di imigresen, dan pusat-pusat awam.
Program 3R – Repair, Replace, Restore untuk membaikpulih dan menyelenggara aset awam diperuntukkan sebanyak RM 10.5 bilion.
Elaun RELA dinakikkan sebanyak RM 2 sejam
Elaun khas skim perkhidmatan bomba sebanyak RM 200 sebulan, RM 500 untuk pemegang Pingat Jasa Malaysia & Veteran Tentera.
Bayaran secara one-off RM500 akan diberikan kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia yang melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta 
Kuarters PDRM diperuntukkan RM 250 juta untuk membaiki dan selenggara, begitu juga bagi kuarters Tentera sebanyak RM150 juta
Info-Lain Info Lanjut
Klik-Link Teks Ucapan Penuh Pembentangan Bajet 2020
Close