Menu Bola

Ringkasan intipati Bajet 2019 belanjawan Malaysia semua sektor

06:49 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 3 November 2018 jam 02:01 PM oleh GC.editor

Menjelang akhir tahun, tumpuan umum kini terarah kepada perincian bajet bagi tahun 2019. Bajet tahunan ialah perancangan perbelanjaan kerajaan dalam satu tahun fiskal bagi tujuan projek dan program pembangunan negara menggunakan hasil pendapatan negara seperti cukai dan duti. Bajet 2019 akan dibentangkan di Dewan Parlimen pada 2 November 2018, hari Jumaat  jam 4:00 petang dan akan disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga saluran berbayar terpilih.

Pembentangan bajet pada tahun ini merupakan pembentangan yang paling bersejarah kerana ia merupakan yang pertama kali dilakukan oleh kerajaan baharu, Pakatan Harapan. Pilihan Raya Umum ke-14 telah menyaksikan rakyat memilih menukar kerajaan lama dengan kerajaan baru bagi menguruskan negara dalam tempoh 5 tahun akan datang dengan mengharapkan suatu pembaharuan dari segi peruntukan kewangan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata pada sesi sidang media bulan Ogos bahawa bajet 2019 akan lebih kecil jika dibandingkan dengan bajet tahun sebelumnya. Berlaku pengurangan peruntukan dan Bantuan Sara Hidup (BSH) juga akan dipotong secara berperingkat. Berdasarkan Menteri Kewangan, ini disebabkan oleh negara mengalami masalah kewangan akibat beban hutang yang banyak justeru menjadikannya cabaran besar bagi pembentangan bajet kali ini kerana terpaksa mengurangkan peruntukan di samping perlu menjaga kebajikan rakyat.

Diharapkan kerajaan yang baharu ini dapat menguruskan kewangan negara dengan telus dan tanpa unsur rasuah. Besar harapan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan agar dapat membawa aspirasi negara dan mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa. Sama-sama kita nantikan pembentangan yang akan dibuat pada 2 November akan datang.

RINGKASAN INTIPATI BAJET 2019

Bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk mendapatkan informasi yang tepat dan padat mengenai Bajet 2019, berikut merupakan ringkasan pembentangan yang akan disiarkan secara langsung melalui RTM pada jam 4:00 petang bertempat di Dewan Parlimen:

GC Icon
intipati bajet 2019
 TEMA DAN PERUNTUKAN BAJET UNTUK TAHUN 2017-2019

2019

JUMLAH PERUNTUKAN | TEMA
RM Besar 314.5 billion
Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera
PERUNTUKAN TERPERINCI
Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan PembangunanSimpanan Luar Jangka
RM Besar 259.8 bilion RM Besar 54.7 bilion RM Besar 2.0 bilion 

2018

JUMLAH PERUNTUKAN | TEMA
RM Besar 280.25 billion
Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50

2017

JUMLAH PERUNTUKAN | TEMA
RM Besar 262.8 billion
Menjamin Perpaduan Dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh
FOKUS UTAMA BELANJAWAN 2019
No 1Melaksanakan Reformasi Institusi
No 2Memastikan Kesejahteraan Rakyat
No 3Memupuk Budaya Negara Keusahawanan
STRATEGI BELANJAWAN 2019
Bagi mencapai fokus utama belanjawan 2019, 12 strategi telah disusun untuk mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia iaitu:
No 1Memperkukuh pengurusan fiskal
No 2Menstruktur semula dan merasionalisasi hutang kerajaan
No 3Meningkat hasil kerajaan
No 4Menjamin kebajikan dan kualiti hidup
No 5Meningkat peluang pekerjaan dan kebolehpasaran
No 6Meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan perlindungan kebajikan sosial
No 7Meningkatkan pendapatan boleh guna pendidikan bagi masa hadapan yang lebih baik
No 8Pendidikan bagi masa hadapan yang lebih baik
No 9Mencetuskan kuasa ekonomi baharu
No 10Merebut peluang dalam menghadapi cabaran global
No 11Mendefinisi semula peranan kerajaan dalam perniagaan
No 12Memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan
ISU UTAMA BAJET 2019
Berikut merupakan isu utama bajet 2019 Malaysia:
Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019
Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000
Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750
Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.
Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka
Klik LinkPermohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSH) Pendaftaran Online Pemohon Baru
Klik LinkCara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSH) Online Dan Borang Manual
Bayaran Khas Kakitangan Kerajaan
Bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan ke bawah
Bagi pesara kerajaan, akan menerima bayaran khas sebanyak RM250 seorang. 
Bayaran khas ini akan disalurkan kepada semua penerima sebelum hujung tahun 2018
Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Pemotongan pinjaman kepada pelajar yang terdiri daripada kategori isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.
Penghapusan baki hutang kepada peminjam yang berusia 60 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.
Pembayaran balik melalui kaedah potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam (bergantung pada tahap pendapatan peminjam) dan hanya dilaksanakan terhadap peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan
Pembayaran balik melalui kaedah potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam (bergantung pada tahap pendapatan peminjam) dan hanya dilaksanakan terhadap peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan
Perkhidmatan Atas Talian Import
Penyedia perkhidmatan atas talian yang diimport hendaklah berdaftar dengan kastam dan dikenakan cukai perkhidmatan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020
Contoh perkhidmatan yang dimaksudkan adalah termasuk perisian, muzik, video atau sebarang pengiklanan digital seperti Netflix, Spotify dan sebagainya
Bantuan Pembiayaan Pembelian Rumah Mampu Milik (Rumah Pertama)
Peruntukan dana RM1 bilion untuk pembelian rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan RM2,3000 sebulan dan belum pernah memiliki rumah pertama
Kadar pembiayaan terkurang serendah 3.5% diberikan untuk mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan dan memudahkan peminjam mendapat pembiayaan 
Levi Pelepasan Udara (Ke Luar Negara)
Mulai 1 Jun 2019, pengenaan levi pelepasan untuk semua penumpang ke luar negara menggunakan laluan udara akan berkuatkuasa
Kadar caj dikenakan adalah RM20 bagi penumpang ke negara Asean dan RM40 bagi penumpang ke negara lain. 
RINGKASAN INTIPATI BAJET 2019 MENGIKUT SEKTOR
Berikut dikongsikan ringkasan intipati Bajet 2019 mengikut sektor:
Sektor Pengangkutan 2019
Projek pengangkutan awam MRT2 akan tetap dijalankan dengan mengurangkan kos keseluruhan sebanyak 22.4% iaitu RM8.8 bilion daripada jumlah asal RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion 
Projek pengangkutan awam LRT3 juga akan diteruskan dengan penurunan kos keseluruhan daripada RM31.6 bilion kepada RM16.6 bilion sahaja menunjukkan pengurangan sebanyak 47%
Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 akan dibuka untuk ditender semula dan dianggarkan bakal memberikan penjimatan kos yang besar
Pengangkutan Awam 
Bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, pas bulanan RM100 (rel dan bas RapidKL) dan RM50 (bas RapidKL sahaja) tanpa had perjalanan bermula 1 Januari 2019 akan diperkenalkan dengan peruntukan sebanyak RM240 juta
Pertambahan perkhidmatan bas GoKL secara percuma selain daripada 4 laluan yang telah sedia ada akan dijalankan dengan peruntukan RM20 juta
Pemansuhan Tol
Pembekuan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019 
Pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan kedua di Johor mulai 1 Januari 2019
Subsidi Minyak 
Pemberian subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kuasa enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkuasa enjin 125cc dan ke bawah
Subsidi yang diberikan adalah petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal bermula suku kedua 2019. 
Harga RON95 akan diapungkan semula berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM) 
Sektor Kesihatan 2019
Insurans dan Takaful Pekerja 
Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sepenuhnya mulai 1 Januari 2019
Pengenalan Dana Pelindungan Kesihatan Nasional B40 bermula 1 Januari 2019 yang memberikan perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital dengan kadar RM50 sehari bersamaan RM700 setahun
Perkhidmatan Kesihatan 
Peruntukan hampir RM29 bilion diberikan menunjukkan peningkatan sebanyak 7.8% berbanding tahun lepas
RM10.8 bilion bagi kos membaik pulih hospital dan klinik serta pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan
Pengenalan Skim Perlindungan Kesihatan (PEKA) dengan projek perintis pelaksanaan saringan kesihatan untuk golongan B40 berumur 50 tahun ke atas melibatkan 800,000 orang. 
Peruntukan RM50 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa (rare disease), rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut di kalangan kanak-kanak, saringan dan peluasan rawatan haemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC).
Pengenalan duti eksais mulai 1 April 2019 kadar 40 sen per liter ke atas minuman bergula dalam dua kategori yang ditentukan
Sasaran ke arah Malaysia Bebas Asap Rokok pada tahun 2045, kementerian memperluas kawasan larangan merokok meliputi semua restoran atau kedai makanan yang akan diwartakan mulai 1 Januari 2019
Sektor Pelancongan 2019
Geran sepadan sebanyak RM100 juta akan disediakan kepada syarikat swasta untuk mengadakan program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa bagi meningkatkan kemasukan pelancong asing 
Pengecualian Cukai / Bebas Cukai
Kemudahan bebas cukai diberikan kepada kedai bebas cukai di Pelabuhan Swettenham, Pulau Pinang bagi menggalakkan penyinggahan kapal persiaran. 
Pulau Pangkor bakal dijadikan pulau bebas cukai di samping memperkembangkan lagi taraf Pulau langkawi sebagai pulau bebas cukai. 
Pelancongan Kesihatan
Peruntukan RM20 juta kepada Malaysia Healthcare Tourism Council (MHTC) diberikan bagi menjalin usahasama dengan hospital swasta terkemuka untuk menjenamakan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan terkenal
Sektor Keselamatan 2019
Peruntukan sebanyak RM5.9 bilion diberikan kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri untuk mempertingkat keselamatan dalam negeri dan pertahanan negara.
Sektor Sukan 2019
Peruntukan sebanyak RM100 juta diberikan untuk persediaan atlet ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dengan matlamat untuk mendapatkan pingat emas pertama negara
Peruntukan sebanyak RM10 juta kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi menggalakkan dan membangunkan E-Sports.
Sektor Pekerjaan 2019
Peruntukan RM20 juta berbentuk geran sepadan diberikan untuk program peningkatan kebolehpasaran graduan dan mempertingkat peluang pekerjaan dengan jangkaan dapat membantu seramai 4,000 orang belia
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai beragama Islam untuk menunaikan Umrah sebanyak 7 hari sekali sepanjang tempoh perkhidmatan juga kepada penjawat awam beragama lain bagi tujuan keagamaan juga
Kenaikan gaji minimum bagi sektor kerajaan dan swasta kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019
Sektor Pendidikan 2019
Merupakan penerima peruntukan yang terbesar berjumlah RM60.2 bilion iaitu 19.1% daripada keseluruhan bajet 2019
Peruntukan bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion bagi membantu golongan miskin dengan bantuan tunai, buku teks dan bekalan makanan
Peruntukan sebanyak RM652 juta bagi menaiktaraf dan menyelenggara semua sekolah
Peruntukan sebanyak RM100 juta untuk pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara 
Peruntukan sebanyak RM206 juta untuk pembangunan dan penyediaan program latihan di Politeknik dan Kolej Komuniti
Peruntukan sebanyak RM50 juta untuk memperkasakan program Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) 
Peruntukan sebanyak RM3.8 bilion untuk pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran daripada agensi seperti MARA, JPA dan Kementerian kesihatan
Bagi syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019, pelepasan cukai akan diberikan
Info LainInfo Lanjut
Klik LinkTeks Ucapan Penuh Pembentangan Bajet 2019