Semakan ASB Online Dan Cara Daftar MyASNB

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah sebuah dana amanah pelaburan khusus untuk kaum bumiputra sahaja. Ia mula dilancarkan pada 2 Januari 1990 dengan objektif menyediakan satu platform simpanan dan pelaburan saham jangka panjang yang memberi keuntungan dan pulangan yang konsisten kepada pelabur. Sejajar dengan perkembangan teknologi semasa, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah menaik taraf sistem perkhidmatan mereka. Kini urusniaga pelabur boleh dilakukan tanpa buku atau dengan kata lain urusniaga boleh dilakukan secara online.

ASNB dengan adanya sistem baharu ini dapat memudahkan pelabur untuk membuat semakan baki termasuk kemaskini dan menambah pelaburan. Pelabur tidak perlu pergi ke kaunter untuk membuat semakan sebaliknya hanya perlu membuat pendaftaran di Portal MyASNB sahaja dan urusan pelabur dapat dilakukan dengan mudah. Selain itu, pelabur juga boleh mengakses unit amanah saham yang lain di bawah ASNB seperti ASB2, ASW2020, ASM, ASD, AS1M, ASN, ASN2, ASN3 dan ASG.

Pendaftaran MyASNB juga sangat mudah dan banyak kelebihannya. Antara kelebihan menggunakan MyASNB adalah memudahkan pelaburan untuk membuat pelaburan ke atas mana-mana unit amanah ASNB. Selain itu, pelabur juga boleh membuat semakan baki pelaburan dengan mudah dan di mana-mana sahaja. Urusniaga menggunakan MyASNB juga adalah percuma.

SEMAK ASB ONLINE DAN CARA DAFTAR MyASNB

Berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan baki dan penyata ASB secara online dan cara untuk mendaftar MyASNB dengan mudah. Semoga kemudahan ini dapat memudahkan pelabur untuk menguruskan unit saham di ASNB:

GC-Icon
Semakan-ASB-Online-MyASNB
SENARAI PERKHIDMATAN ASNB ONLINE
Berikut merupakan perkhidmatan yang boleh didapati melalui ASNB:
No-1 Semakan baki terkini termasuk agihan pendapatan seperti dividen dan bonus
No-2 Semakan baki unit dan nilai terkini bagi pelaburan tunai untuk setiap produk amanah ASNB yang anda miliki
No-3 Rekod transaksi sepanjang 90 hari lalu
No-4 Status transaksi untuk 90 hari
No-5 Tambahan pelaburan bagi tabung-tabung unit amanah ASNB
No-6 Penjaga yang berdaftar boleh membuat pelaburan untuk anak yang didaftarkan di bawah nama mereka
No-7 Muat turun penyata akaun
No-8 Buka akaun baru unit amanah ASNB
No-9 Kemas kini maklumat peribadi
CARA DAFTAR MyASNB
No-1 Dapatkan Nombor Akaun 12 Digit
bullet-point Sila hadir ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk mendapatkan nombor akaun 12 digit
bullet-point Sila kemas kini nombor telefon anda untuk penghantaran nombor TAC
bullet-point Pelabur ASB akan diberi nombor akaun 12 digit untuk pelaburan mereka dalam unit amanah ASNB
bullet-point Nombor akaun 12 digit akan digunakan sebagai rujukan untuk pelabur berurus niaga dengan ASNB untuk semua jenis urusan seperti ASB, ASB2, ASM, ASN, ASN 2 atau unit amanah ASNB yang lain
bullet-point Nombor akaun ini perlu didapatkan oleh semua pelabur yang mempunyai unit amanah ASNB dan selain ASNB untuk pendaftaran MyASNB
No-2 Daftar di Portal MyASNB
Sila layari pautan di bawah untuk membuat pendaftaran MyASNB:

DAFTAR MyASNB

No-1 Kemas kini maklumat peribadi seperti nombor telefon di mana-mana kaunter ASNB atau ejen ASNB
No-2 Ikuti langkah pendaftaran seperti yang dipaparkan
No-3 Aktifkan akaun MyASNB anda
No-4 Anda boleh melabur dalam unit amanah ASNB, semakan serta lain menggunakan MyASNB
Nota Kata laluan sementara akan diberikan apabila selesai pendaftaran. Sila cetak/ simpan/ catat kata laluan sementara berkenaan untuk log masuk kali pertama
Nota Sila simpan nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan frasa keselamatan untuk kegunaan masa hadapan
CARA SEMAK BAKI DAN PENYATA AKAUN ASB ONLINE
Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan MyASNB:

SEMAKAN MyASNB

No-1 Tekan butang log masuk di bahagian atas kanan paparan anda
No-2 Masukkan ID pengguna yang sudah didaftarkan
No-3 Masukkan kata laluan sementara yang diberikan jika anda pertama kali log masuk dan masukkan frasa keselamatan yang tertera
No-4 Anda boleh mengemas kini kata laluan yang baharu dan semakan boleh dibuat
Info-Lain INFO LANJUT
Nota Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan adalah di talian 03 8026 8101
Nota Anda juga boleh membuat pelaburan selain daripada MyASNB di:
bullet-point 30 Cawangan ASNB di seluruh negara
bullet-point Ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, BSN, Ambank dan Affinbank
bullet-point Perbankan Internet seperti Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnLine dan RHBNow.
Close