Menu Bola

Siaran langsung keputusan final AJL 33 Anugerah Juara Lagu 3.2.2019

16:57 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 13 March 2019 jam 04:31 PM oleh GC.editor

AJL33 atau Anugerah Juara Lagu edisi yang ke-33 kini berada di peringkat akhir (final) dengan menyaksikan finalis terdiri daripada 12 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2018 akan berentap di pentas akhir AJL bagi merebut gelaran Juara Lagu Ke-33.

Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33) mengangkat tema galaksi pada malam kemuncak acara muzik berprestij yang di jadual berlangsung pada hari Ahad, 3 Februari 2019 bermula jam 9:00 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Meskipun sudah memasuki edisi ke-33, namun AJL masih utuh mendominasi sebagai pentas terbaik mengangkat usaha pemuzik merangkumi komposer, penulis lirik dan penyanyi melalui penjurian profesional.

AJL33 masih mengekalkan pengacara daripada edisi yang lalu iaitu gandingan mantap daripada Sherry Al hadad dan Alif Satar. Persembahan malam tersebut turut dihiasi dengan kehadiran kumpulan Search serta pendatang baru seperti Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Nabila Razali.

LIVE STREAMING FINAL AJL33 DAN KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU

Anugerah Juara Lagu Ke-33 mempertandingkan 12 lagu ciptaan komposer tanah air. Berbeza seperti tahun-tahun sebelum ini, tiket AJL33 akan dijual secara atas talian bermula pada tarikh jualan 7 Januari 2019. Maklumat lanjut boleh didapati di bawah:

GC Icon
Siaran langsung keputusan final Anugerah Juara Lagu
JUALAN TIKET KONSERT AKHIR AJL33 ANUGERAH JUARA LAGU 3 FEBRUARI 2019
Tiket Konsert akhir AJL33 (Anugerah Juara Lagu) dijual pada harga RM55 (arena), RM35 (aras 3) dan RM25 (aras 4). Tiket boleh didapati daripada laman sesawang seperti pautan di bawah:
Klik LinkJualan Tiket Konsert akhir AJL33
SENARAI 12 LAGU TERBAIK | FINALIS AJL 33
BilPenyanyi / KumpulanJudul Lagu
No 1Siti Sarah Semakin
No 2Ara JohariBunga
No 3SyamelKau Pun Sama
No 4Misha OmarSampai Bila
No 5Hael Husaini & DayangHaram
No 6Khai BaharLuluh
No 7AltimetBunga
No 8Haqiem Rusli ft Aman RAJatuh Bangun
No 9Amylea X KaerTak Pernah Hilang
No 10Hael HusainiHajat
No 11Sufian SuhaimiDi Matamu
No 12Siti Nordianan & Jaclyn VictorNisan Cinta
SIARAN LANGSUNG FINAL KONSERT AKHIR AJL33 ANUGERAH JUARA LAGU 3 FEBRUARI 2019
Malam kemuncak persaingan akhir AJL33 (Anugerah Juara Lagu) turut disiarkan secara langsung oleh TV3 selain turut boleh di tonton di seluruh dunia melalui laman web rasmi global live streaming Anugerah Juara Lagu iaitu di laman YouTube dan Facebook TV3Malaysia bermula jam 8:30 malam bermula dengan acara karpet merah
KEDUDUKAN PEMENANG DAN JUARA AJL33
Kedudukan | KategoriPemenangLaguHadiah
Juara AJL33Hael Husaini & DayangHaramRM50,000 dan trofi
Naib JuaraAra JohariBungaRM35,000 dan trofi
KetigaMisha OmarSampai BilaRM20,000 dan trofi
Vokal TerbaikMisha OmarSampai BilaRM12,000 dan trofi
Persembahan TerbaikSufian SuhaimiDi MatamuRM12,000, Samsung Galaxy A9 & Trofi