Menu Bola

Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran Sekolah Menengah Lepasan PT3

23:40 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 24 December 2018 jam 11:40 PM oleh GC.editor

Keputusan pt3 baru sahaja diumumkan baru-baru ini. Pt3 merupakan satu penilaian dalam bentuk ujian bertujuan untuk menguji pelajar Sekolah Menengah Rendah iaitu pelajar tingkatan 3. Pelbagai reaksi daripada ibu bapa dan para pelajar setelah keputusan diumumkan. Ada yang cemerlang ada yang kurang menyerlah. Namun apa yang pasti perjalanan mereka masih jauh. Selepas pt3 mereka akan menduduki peperiksaan penting di peringkat sekolah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelajar harus tahu apa yang mereka inginkan dan apa yang diimpikan di masa akan datang. Oleh itu pemilihan aliran sekolah menengah lepasan pt3 amat penting.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan pelbagai aliran bertujuan memberi lebih banyak pilihan kepada pelajar untuk menentukan masa depan mereka. Pelajar lepasan pt3 kini boleh memilih laluan mereka sendiri iaitu kemasukan ke Tingkatan 4 berdasarkan kepada minat masing-masing. Terdapat tiga cara iaitu dengan memasuki sekolah harian biasa, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) selama dua tahun dan kemudian menduduki SPM. Pilihan kedua pelajar boleh memasuki sekolah-sekolah vokasional dan menduduki sijil vokasional selama dua tahun dan jika pelajar berminat pelajar boleh meneruskan pengajian dengan menduduki diploma vokasional juga selama dua tahun. Pilihan ketiga pelajar boleh menyertai mana-mana Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) selama satu hingga dua tahun.

Dalam hal pemilihan aliran tingkatan 4 seperti Sains, Sastera, Teknikal dan sebagainya, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar untuk menentukan masa depan mereka. Sedikit kajian tentang kerjaya yang diimpikan boleh membantu pelajar membuat keputusan. Nasihat dari ibu bapa dan juga bimbingan dari guru-guru boleh membuka mata dan minda pelajar tentang laluan yang mereka inginkan seterusnya dapat menentukan masa depan mereka kelak.

SENARAI ALIRAN SEKOLAH MENENGAH KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 BERSERTA MATA PELAJARAN

Berikut merupakan senarai aliran sekolah menengah lepasan pt3 untuk rujukan ibu bapa dan pelajar. Disertakan juga contoh senarai mata pelajaran yang disediakan mengikut aliran yang dipilih:

GC Icon
senarai aliran dan subjek lepasan pt3
No 1 ALIRAN SAINS TULEN
Kimia
Biologi
Fizik
Matematik Tambahan
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matametik Moden
Sejarah
Pendidikan Islam
No 2ALIRAN KESUSASTERAAN DAN KESENIAN
Geografi
Kesusasteraan Melayu
Literature in English
Kesusasteraan Cina
Kesusasteraan Tamil
Sains Tambahan
Pendidikan Seni Visual
Ekonomi Rumah Tangga
Pendidikan Muzik
No 3ALIRAN TEKNIK
TickBerikut merupakan jurusan yang ditawarkan dalam aliran teknik
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
Pengajian Kejuruteraan Awam
Pengajian Kejuruteraan Elektrik
Pertanian
Perdagangan
Pengurusan Makanan
Pengajian Pakaian
No 4ALIRAN VOKASIONAL
TickBerikut merupakan jurusan yang ditawarkan dalam aliran vokasional
Elektrik
Elektronik
Automotif
Katering
Pengaturcaraan Komputer
No 5ALIRAN ICT
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matametik Moden
Sejarah
Pendidikan Islam
Matametik Tambahan
ICT/Prinsip Perakaunan
Fizik
Kimia
No 6ALIRAN PRINSIP PERAKAUNAN
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matametik Moden
Sejarah
Pendidikan Islam
Matametik Tambahan
Prinsip Perakaunan
Ekonomi Asas
Sains
No 7ALIRAN EKONOMI ASAS
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matametik Moden
Sejarah
Pendidikan Islam
Ekonomi Asas
Perdagangan
Sains
Pendidikan Seni Visual
No 8ALIRAN PERDAGANGAN
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matametik Moden
Sejarah
Pendidikan Islam
Perdagangan
Pendidikan Seni Visual
Tasawwur
Sains
No 9ALIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matametik Moden
Sejarah
Pendidikan Islam
Pendidikan Seni Visual
Tasawwur
Sains
No 10ALIRAN KATERING
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matametik Moden
Sejarah
Pendidikan Islam
Sains
Katering
No 11ALIRAN LANDSKAP
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matametik Moden
Sejarah
Pendidikan Islam
Sains
Landskap
SENARAI MATA PELAJARAN MENENGAH ATAS
MATA PELAJARAN TERAS
Bahasa MelayuEnglish LanguageMathematics
Science
SejarahPendidikan IslamPendidikan MoralPendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
MATA PELAJARAN WAJIB
Pendidikan JasmaniPendidikan Kesihatan
MATA PELAJARAN TAMBAHAN
Bahasa CinaBahasa TamilBahasa ArabBahasa Iban
Bahasa KadazandusunBahasa JepunBahasa PerancisBahasa Jerman
MATA PELAJARAN ELEKTIF
 Kesusasteraan MelayuLiterature in EnglishEnglish for Science and TechnologyPendidikan Seni Visual
Pendidikan MuzikGeografiEkonomi AsasAdditional Mathematics
Additional SciencePhysicsChemistryBiology
Information and Communication TechnologyReka CiptaSains Sukan
Pembinaan Domestik
Membuat PerabotSeni Reka TandaPendawaian DomestikKimpalan Arka dan Gas
Menservis AutomobilMenservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan UdaraMenservis Peralatan Elektrik DomestikRekaan dan Jahitan Pakaian
Katering dan PenyajianPemprosesan MakananPenjagaan Muka dan Dandanan RambutHiasan Dalaman Asas
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-KanakGerontologi Asas dan Perkhidmatan GeriatrikLandskap dan Nurseri
Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
Tanaman MakananGrafik BerkomputerProduksi MultimediaMechanical Engineering Studies
Civil Engineering StudiesElectrical & Electronic Engineering StudiesEngineering DrawingPengajian Agroteknologi
Sains PertanianPengajian KeusahawananPerdaganganPrinsip Perakaunan
Pengajian PakaianPengurusan MakananEkonomi Rumah Tangga
Engineering Technology
Fundamentals of ProgrammingProgram and Development ToolsPola PakaianMembuat Pakaian
Roti & Makanan YisPatisseriePenyediaan Masakan Barat & TimurPenyediaan Makanan & Minuman
PersolekanDandanan RambutPengajian Perkembangan Kanak-KanakPerkhidmatan Awal Kanak-Kanak
Bahan BinaanTeknologi BinaanPrinsip Elektrik & Elektronik
Aplikasi Elektrik & Elektronik
Pemesinan BerkomputerAmalan Bengkel MekanikalPenyejukanAutomotif Kenderaan
Automotif Elektrik dan DiselKimpalan ArkaKimpalan GasKejenteraan Pertanian
Hortikultur Hiasan & LanskapPengeluaran TanamanPemprosesan Hasil PertanianPengeluaran Ternakan
Teknologi Pejabat PerniagaanAplikasi Komputer Dalam PerniagaanPerakaunan Perniagaan
Applied Science
Animasi dan Rekabentuk PenerbitanPenerbitan Multimedia KreatifSistem Sokongan KomputerSistem Sokongan Rangkaian
Asas Kemahiran PelanconganPelancongan dan RekreasiBahasa Arab TinggiTasawwur Islam
Pendidikan Al-Quran dan As-SunnahPendidikan Syariah Islamiah