Menu Bola

Permohonan Program Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab 2019 KPM Online

21:54 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 9 December 2018 jam 09:32 PM oleh GC.editor

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan satu aliran tahfiz sains di Sekolah Agama Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini diberi nama Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab memberikan para pelajarnya pendedahan terhadap penguasaan ilmu tahfiz dan turath kepada murid Tingkatan 4 dan 5 disamping menguasai ilmu sains. Program ini ditawarkan di sekolah agama KPM dan ianya adalah di bawah seliaan KPM sendiri. Ambilan bermula daripada pelajar tingkatan 4 akan dibuka setiap tahun dan pelajar boleh membuat permohonan jika menepati syarat yang telah ditetapkan.

Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab menggabungkan dua modul kurikulum iaitu kurikulum kebangsaan aliran tahfiz sains ke dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz dan kitab turath dan terbuka kepada pelajar lepasan PT3 yang terpilih. Pihak KPM mencadangkan agar pelajar yang memilih aliran ini agar meneruskan pengajian hingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) jika mendapat tajaan.

KPM berharap dengan adanya program seperti ini mampu melahirkan pelajar yang seimbang dalam pelajaran berasaskan naqli dan ‘aqli serta ilmu turath seterusnya melahirkan generasi pelapis ulama dengan bertunjangkan ilmu agama.

Pengambilan pelajar sesi Januari 2019 kini telah dibuka dan kepada pelajar dan ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah agama KPM boleh mengemukakan permohonan secara online sebelum tarikh tutup permohonan. Untuk pengetahuan pemohon, permohonan anda akan diproses terlebih dahulu kemudian mereka yang terpilih akan dipanggil untuk sesi temuduga. Selepas itu, jika terpilih pelajar yang layak boleh membuat pendaftaran ke sekolah agama KPM untuk mengikuti program ini.

PERMOHONAN PROGRAM AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB KPM 2019 ONLINE

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan untuk mengikuti program ini. Turut disertakan merupakan syarat permohonan untuk mengikuti program ini berserta tarikh-tarikh penting berkaitan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab:

GC Icon
permohonan program al syahadah al ulya ulul albab
TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB 2019
BukaTutup
1 Disember 2018
17 Disember 2018
NotaPermohonan ini hanya boleh dibuat secara online. Permohonan akan ditutup pada jam 12:00 malam
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KE PROGRAM AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB 2019
Sila layari pautan di bawah untuk membuat permohonan:

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB 2019

No 1Sila isi borang yang terdapat dalam pautan di atas dengan maklumat yang diminta
No 2Pastikan segala maklumat adalah benar. Jika terdapat penyelewengan dalam maklumat tawaran akan ditarik balik
No 3Tekan butang “hantar permohonan ini” dan permohonan anda akan diproses
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN KE PROGRAM AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB
No 1Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan berumur tidak lebih daripada 16 tahun ketika 1 Januari 2019
No 2Pemohon mestilah lulus peperiksaan PT3 dengan sekurang-kurangnya memperoleh 6A termasuk subjek seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam/ Usul al-Din/al-Syariah dan Bahasa Arab/al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah
No 3Pemohon telah menghafal sekurang-kurangnya 20 juz Al-Quran dan telah mendapat perakuan dengan pihak sekolah
No 4Pemohon telah menduduki sesi temuduga dan temuduga yang dijalankan merangkumi pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan
No 5Pemohon hendaklah bersetuju mengikuti program ini sehingga menamatkan pengajian di tingkatan 5
TARIKH PANGGILAN TEMUDUGA KE PROGRAM AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB 2019
BukaTutup
28 Disember 2018
Dalam Proses
NotaPemohon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga
CARA MEMBUAT SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA
Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan:

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA

No 1Sila masuukan no kad pengenalan pemohon
No 2Tekan butang semak dan senarai akan dipaparkan
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA KE PROGRAM AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB 2019
BukaTutup
17 Januari 2019
Dalam Proses
NotaPemohon yang layak mengikuti program ini akan dipaparkan di portal
CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA
Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan:

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA

No 1Sila masuukan no kad pengenalan pemohon
No 2Tekan butang semak dan senarai akan dipaparkan
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya pemohon mengalami masalah untuk membuat permohonan, soalan boleh diajukan di alamat dan no telefon berikut:
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2
NO 2251, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p : Sektor Kemajuan Sekolah Agama)
No Tel: 03 8321 7336
E-mai: yusnidah.mahat@moe.gov.my
YAYASAN TERENGGANU
BANGUNAN YAYASAN
JALAN SULTAN ISMAIL
20200 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
(u.p : Bahagian Pengurusan Imtiaz )
No Tel: 09 622 1733
E-mai: hamdiytrg@gmail.com
Klik LinkLaman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia